BAB 7

Romance Completed 7802

“Err…boleh kut…tapi…”Cakap aku terhenti sebab sorakan gembira Aliff Damien bingit di telingaku.

“Tapi ada syaratnya.”Aku hentikan sorakan dia.

“Apa syaratnya saya terima.Saya tak kisah.”Aaron Mateen dah gembira sangat.

“Syaratnya,saya buat origami selepas SPM.”Aku cakap syaratnya.

“Lepas SPM ke?Hmm….saya boleh je….kut.”Boleh lah tu Aliff daripada Damia tak buat langsung.Tak lari gunung dikejarkan.Adeila akan tunggu kau.

“Ok…lepas SPM kita jumpa.Buat sementara ni jangan jumpa saya tau.Kalau tak saya tak buat origami.Ingat tu.”Aku mengingatkan Aaron Mateen.SPM lebih tiga bulan tinggal.Tumpukan perhatian!!!Lepas tu aku terus tinggalkan dia.Waktu rehat dah habis.

“Ok…saya janji.”Aaron Mateen terduduk di situ.Demi Adeila aku akan lakukannya.Tak kira apa jua rintangan.

SPM dah sebulan berlalu.Syukurlah,nasib baik aku dapat jawab dengan senang hati.Dan sekarang aku tengah menunaikan janji membuat origami untuk Aaron Mateen dan makwe di Adeila.

Enam ratus kepingan origami.Baru tu je aku buat.Lagi empat ratus tu kemana.Tapi aku banggalah.Pecah rekod!Memang aku tak pernah buat origami sampai enam ratus keping dalam sebulan.

Kalau Aaron Mateen tolong aku buat mesti dah siap dah.Tapi dia tu pemalas.Sorang sorang juga aku buat.Dia hanya tengok aku buat.Sesekali tu boleh pula dia tertidur depan aku.Akmal pula tak bantu aku.Sebab dia memang tak tahu aku buat balik origami.Aku buat dan sorokkan origami ni dekat library awam tempat tinggal aku.Kalau ibu tahu nahas aku.

“Damia !Saya nak bagitahu awak.Esok…Adeila nak datang sini.Nak jumpa awak.”Tiba tiba Aaron Mateen menyergah aku yang sedang melipat kepingan kertas.Astaghfirullah…terkejut aku.

“Awak ni tak reti bagi salam ke.”Aku tegur dia.Aaron Mateen duduk depan aku.

“Sorrylah.Lain kali saya bagi salam.Esok awak tak payah buat origami depan dia tau.Bocor rahsia saya nanti.”Cakap Aaron Mateen.Dia mengambil kepingan kertas di tangan Damia.

“Hmm...Bila makwe awak balik sini?Awak kata Adeila balik minggu depan.”Aku ambil balik kepingan kertas di tangan Aaron Mateen.

“Semalam.Dia kata nak ronda KL ni sepuasnya sebelum balik Paris minggu depan.Sebab tu dia datang awal nak jumpa saya.Dan saya ada citer tentang awak kat dia.”Aaron Mateen mengambil balik kepingan kertas tadi

“Awak jangan suka suka cerita benda yang tak elok tentang saya.Kalau tak,tahulah akibatnya.”Aku ambil kepingan kertas lain.

“Mana ada saya cerita benda tak elok.Saya cuma cakap awak kawan baik saya di sekolah.Itu je.”

“Dia nak jumpa saya dekat mana?Pukul berapa?”Aku meletakkan origami burung di dalam kotak.

“Jangan risau.Awak cuma tunggu sini dalam pukul 2 petang.Saya dan Adeila jemput awak.Bye.”Aaron Mateen bangun dari kerusi.Lepas tu dia pergi tinggalkan aku.

Aku hanya tengok dia pergi menonong macam tu.”Tak reti reti bagi salamlah lelaki ni.Macam omputih je babai babai segala.Aku terfikir macam manalah aku nak cakap dengan Adeila esok.Mesti kekok.

“Wahhh….origami burung.Cantiknya.”Adeila terharu.Tak sangka Damia reti buat origami burung yang disukainya.Dia mengambil kepingan origami tu dan membeleknya.

Adusshh….macam mana boleh terkeluar pula dari kotak.Aku masa tu sedang mengemas beg tersepak pula kotak berisi origami di kaki aku.Aku perasan jelingan maut Aaron Mateen.Kiteorang masa tu dalam library awam.

“Err…tu kawan saya punya.Saya buatkan untuk dia.Jomlah kita pergi.”Aku ambil balik origami burung di tangan Adeila dan memasukkan semula di dalam kotak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience