BAB 3

Romance Completed 7802

“Awak!Maafkan saya?”Tangan dilambaikan dihadapan mukaku.Alamak!Boleh pula aku terberangan.

“Awak membazir masa saya tahu.Saya dahlah kena balik cepat.”Aku cakap kat dia.Biar dia tahu aku ni dah penat menunggu.

“I’m sorry.”Mahu tak mahu Aaron Mateen kena minta maaf dekat gadis ni.Salah dia juga sebab lambat jumpa.Bukannya dia sengaja.Dia terborak borak(berbual) dengan Adam,rakannya tadi.

“Sudahlah.Ada apa nak jumpa saya?”Aku tanya budak lelaki depan aku ni.Jam ditangan sudah menujukkan pukul 5.35 petang.Habis aku.Jalan kaki nampaknya kalau lambat.

“Saya nak tempah origami.Boleh kan?”Aliff Rafiq menjawab.Aduhai Aliff!Sudah tentulah gadis ni boleh ditempah origami.Dah dia ni ratu origami.

“Lah…tu je ke awak nak jumpa saya.Kalau macam tu baik awak datang kelas saya.Buat penat saya menunggu awak tau.”Kalau aku tahu dia nak jumpa pasal origami dah tentunya aku tak datang tadi.

’Tapi tadikan memang kau dah dapat agak ke yang budak ni nak tempah origami.’Alahai pening aku.

“Maaf ye.”Maaf lagi diucapkan lelaki ni.Tak penat ke?

“Ok…ok.Awak nak tempah origami apa?Satu origami 50 sen.Nak apa?”Aku dah malas nak tunggu lama lama ni.Tertinggal bas aku nanti.

“Saya nak origami burung.Nak seribu.Boleh?”Dia kata apa?Aku dah terkejut beruk dengar permintaan dia.

Aaron Mateen memandang pelik gadis depan dia.Apa kena pulak ni.Sampai buntang mata pandang aku.Apa…tak pernah ada orang ke tempah origami sebanyak tu ke?Dia mengaru garu kepalanya.

Malam tu di dapur aku,Akmal dan ibu makan malam.Hanya lauk ikan cencaru sambal dan sayur goreng yang hanya dijamah.Tapi dah kira eloklah tu daripada tak ada.Syukur Alhamdulillah.

“Damia !Kamu jual origami lagi ke?”Soalan ibu mengejutkan aku yang sedang minum air.Sampai tersedak aku dibuatnya.

“Ya Allah…Damia.Apa kamu ni?Ibu baru tanya soalan sampai tersedak kamu.Nah minum air ni.”Ibu memberikan air kepada aku.

Aku minum air dengan rakus.Hampir tercekik aku ni.Tercekik kenapa?Tercekik sebab soalan ibu tadi.Aduh!Macam mana nak jawab ni.Aku gigit bibir.

“Kakak ni memang ibu.Gelojoh sangat.Macam tak minum selama seribu tahun.”Suara Akmal kedengaran.Alahai…budak ni,bukannya nak tolong aku backup jawab soalan ibu tadi tapi menambahkan gelisah aku adalah.Akmal cakap seribu ke tadi?

Seribu mengingatkan aku pasal petang tadi.Aaron Mateen tempah seribu origami.Gila!Tak pernah ada orang tempah sebegitu banyak macam dia.Dah sah sah dia tu dah gila.Tapi aku lupa pulak nak tanya apa tujuan dia tempah origami beratus macam tu.

“Damia !Soalan tadi.Kamu jual lagi ke origami?”Alamak ibu tanya lagi.Macam mana nak jawab.Aku pandang adik aku.Tolong!

“Apa?”Akmal pandang aku balik.Aduhai lagi.Adik aku ni buat buat bodoh pula.

“Damia !Ibu tanya ni.Jawab.”Suara ibu dah naik volume.Macam mana ni.

“Err…Damia buat origami…”Ibu bangun dari duduk.

“Tapi…Damia bukan jual ibu.Damia buat saje saje.Isi masa lapang.”Aku teruskan cakap sebelum ibu naik marah.Ampunkan Rissa ibu.Terpaksa tipu ibu.Ibu aku duduk balik.

“Damia !Kamu ingat pesan ibu.Ibu tak nak kamu jual origami.Nak cari duit biar ibu cari.Rissa hanya tumpukan perhatian kepada SPM.Tahun ni penting.”Aku hanya menggangguk mengiyakan.

Tapi ibu,Rissa tak nak susahkan ibu.Rissa kesian tengok ibu kerja kat kedai Pak Musa.Rissa tengok ibu macam penat sangat.Origami je lah Rissa dapat bayar yuran.Duit yang ibu bagi untuk bayar yuran Rissa simpan je bu.Untuk Rissa sambung belajar nanti.Aku pandang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience