BAB 1

Romance Completed 8187

Fuh siapa sangka selepas bertahun lama ku tinggalkan akhirnya aku kembali semula ke sini. Teringat ketika pertama kali aku jejakkan kaki ke sekolah rendah ini pada waktu dahulu. Sudah banyak perbezaan di sekolah ini setelah bertahun lama aku meninggalkannya. Kini aku kembali ke sekolah ini sebagai guru sandaran hanya ingin mengisi masa lapangku sementara menunggu panggilan kerja yang lain setelah tamat pengajianku di UiTM Shah Alam dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan( Kepujian ). Ah, biarlah kerja apa pun. Yang penting halal. Tiba-tiba terdengar seorang anak muridku memanggil.

“ Cikgu! Tadi guru besar minta saya panggilkan cikgu. Guru besar nak jumpa cikgu di biliknya sekarang”, ujar anak kecil itu yang bernama Azwan.

“Baiklah, terima kasih Azwan sebab beritahu kat cikgu”, ujarku seraya senyum kepadanya. Dia membalas senyumanku lantas berlalu dari situ.Aku pun berlalu dan menuju ke bilik guru besar untuk berjumpa dengannya.

Tok! Tok! Aku ketuk pintu sebelum masuk ke biliknya. Selepas aku mendengar arahan masuk, aku terus memulas tombol pintu itu. Kelihatan ada seorang lelaki yang tidak aku kenali bersama dengannya didalam bilik itu. Aku pun bertanya “Puan Suaidah ada perkara penting nak bincang dengan saya ke?”, tanyaku mesra. Puan Suaidah selaku guru besar di sekolah itu mempelawa aku duduk. Aku menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu tadi. Lelaki itu memandangku dengan menghadiahkan senyuman yang manis kepadaku. Cair!

“Sebenarnya, tujuan saya memanggil awak ke sini untuk perkenalkan guru penolong kanan baru kita yang bakal mengajar di sekolah ini. Kenalkan, Luthfi Hakimi”. Aku senyum kepadanya buat sekian kalinya.

“Jadi saya nak awak tolong tunjukkan selok belok di sekolah ini dan tolong tunjukkan bilik dia di hujung sebelah sana”. Sambil menujukkan arah bilik tersebut. Aku mengangguk faham. Tapi, kenapa mesti aku? Macam tiada guru yang lain untuk tunjukkan selok belok sekolah ini. Aku ini cuma guru sandaran sahaja. Ah, tak mengapa lah. Ikutkan sahaja. Kalau tak, nanti gaji bulan ini kena potong pulak. Hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience