BAB 5

Romance Completed 8187

Ketika aku sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba wajah itu datang menjelma. Sebenarnya sudah beberapa malam aku mimpikan wajah itu. Terus aku tersedar dari tidurku. ‘Astagfirullahalazim..’ ucapku dalam hati. Yang aku peliknya, kenapa wajah lelaki itu harus datang dalam mimpiku? Tidak adakah lelaki lain yang boleh menggantikannya. Macam Hafiz AF7 ke, Anuar Zain ke, Remy Ishak ke. Confirm aku tak terjaga macam sekarang. Mesti aku akan terus tidur enak dibuai mimpi. Ini tidak, wajah Cikgu Hakimi tu pulak yang muncul. Sudahnya aku malu sendiri apabila mahu berhadapan dengannya. Sekarang dia pulak cuba untuk merapati aku di sekolah itu. Semakin dia dekat, semakin jauh aku menjauhkan diri. Dia nak ngorat aku ke? Hisshhh.. takkanlah.. entah-entah dia dah beristeri, bertunang ke, ada teman wanita ke. Takkanlah dia nak kat aku yang hanya cikgu sandaran ini sahaja. Dia dah la berpangkat, ada kereta dan rumah sendiri. Aikk, macam mana aku tahu banyak pasal dia ni. Jangan salah faham. Aku cuma dengar-dengar je cerita dia dekat dalm bilik guru tu. Biasalah gosip-gosip antara guru. Hehe. Tapi yang merunsingkan aku, apa maksud mimpi itu? Masuk ni dah 3 kali aku mimpi benda yang sama.

Usai solat subuh, aku terus bersiap berpakaian sukan memandangkan hari ini adalah hari sukan sekolah. Aku ditugaskan untuk menjaga dibahagian larian. Acara sukan itu bermula tepat jam 8 pagi. Banyak acara yang dipertandingkan. Teringat aku ketika zaman sekolah dulu. Aku masuk acara larian 100 meter. Tapi aku tewas, aku hanya dapat mengumpul mata untuk rumah sukanku. Tapi aku tak dapat pingat. Mungkin staminaku tidak cukup kuat untuk berlari sepantas cheetah. Haha

Oleh kerana aku tidak mendapat pingat, aku telah diejek oleh si Luthfi debab. Alah, aku tak heran pun. Sekurang-kurangnya aku boleh berlari dan mewakili rumah sukanku. Tak menang pun tak mengapalah. Janji dapat menaikkan mata rumah sukanku. Daripada dia, hanya tahu duduk bersorak tanpa mewakili apa-apa cara. Mungkin sebab berat terlebih, itu yang dia tidak layak untuk mewakili apa-apa acara. Haha. Jahatnya aku.. ada orang cakap dia ada sakit asma. Mungkin sebab itu dia tidak dapat bersukan. Kasihan lah pulak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience