BAB 6

Romance Completed 8187

“Cikgu Jihin!”. Aku kembali ke alam nyata setelah namaku dipanggil. “Awak ditugaskan di bahagian larian”, kata Cikgu Husaini selaku ketua panitia Pendudukan Sukan Dan Jasmani. “ Baiklah, cikgu”, kataku sambil tersenyum padanya. Dari jauh kelihatan Cikgu Hakimi menuju kearah kami yang sedang berkumpul dengan senyuman manisnya yang tak lekang di bibir. Aku buat muka tak tahu dan pandang kearah lain. Aku lebih selesa begitu dari aku terpaksa bertentang mata dengannya. Cewaaahhh.. macam la pernah bertentang mata dengan dia. Hehe

“Cikgu Hakimi pula akan bersama Cikgu Jihin menjaga bahagian larian.” Kata Cikgu Husaini tadi. Serta merta badanku berpusing seratus lapan puluh darjah memandang kearahnya. Aku bagaikan tidak percaya. Kenapa mesti aku dengan dia? Tidak ada cikgu lain ke? Nampaknya terpaksalah aku tebalkan muka bila berhadapan dengan dia nanti. Muka dia nampak suka je bila ditugaskan bersama aku. Aku pulak yang menggelabah terlebih. Hadoiii….

Aku dengan Cikgu Hakimi sudah sedia di check point yang telah ditetapkan. Tetapi masing-masing hanya diam membisu sementara menunggu kehadiran murid-murid yang bertanding datang ke check point itu. Cikgu Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya dan earphone. Terus dilekapkan di telinganya. Dengar lagu barangkali. Biarlah, mungkin dia bosan menunggu. Aku pun melayan perasaan seorang diri. Sedang aku termenung, aku terasa getaran di poket seluar sukanku. Aku terus mengeluarkan telefon bimbitku. Ada mesej masuk. Siapalah yang rajin mesej aku pagi-pagi macam ni di hari cuti pulak tu. Kalau akulah di hari cuti begini, aku dah tentu belum bangun dari tidur lagi. Aku pun periksa siapa pengirim mesj itu. Luthfi! Ya, sudah agak lama dia menyepikan diri. Baru ini dia kembali mesej aku.

Hye, jihin. Buat apa tu? Ganggu ke?

Apa mimpi dengan dia ni? Ah, lebih baik aku layan si Luthfi ni dari aku duduk kebosanan seorang diri. Cikgu Hakimi dah tentu dengan earphonenya. Aku pun membalas.

Hye, luthfi. Kat sekolah ada hari sukan hari ini. Aku kena jaga check point. Tak ganggu pun. Aku pun tengah bosan ni.. =)

Beberapa saat kemudian, telefon bimbitku berbunyi lagi.

Oh, yeke. Kau sihat? Aku rindu kau pulak. =P

Sah gila! Laju jariku menaip membalas mesejnya itu.

Gila! Tiba-tiba je rindu aku. Haha. Alhamdulillah, sihat. Kau sihat? Ke makin sihat? =P

Aku mengusik Luthfi. Sudah lama tidak bertemu musuhku ketika kecil itu. Entah-entah makin debab. Ke makin kurus dan hensem? Siapa tahu.

Amboi.. mulut tak renew insurans lagi ke? Aku sihat walafiat. =)

Hah! Dah kate sihat walafiat tu, mesti makin debab. Sah!

Alaa.. aku bergurau je. Janganlah ambil hati.. =)

Luthfi balas mesejku.

Aku tak ambil hati pun. Sebab kau memang dah ambil hati aku dari dulu lagi. =P

Uiikkksss.. apalah dia ni. Ada ke cakap macam tu kat aku. Dia suka aku ke? Ah, perasan je aku ni. Takkanlah dia suka kat aku. Dulu dia selalu buli aku. Bukan setakat buli, ejek sekali. Mujur aku sudah melupakan semuanya. Tidaklah terkesan dihati sekarang. Lagipun dia itu kan gila-gila orangnya. Mesti dia hanya bergurau saja tadi tu.

Okaylah, malas nak layan kau. Aku ada kerja sikit ni. Lain kali kita mesej lagi. =)

10 saat selepas itu..

Okay sayang. Take care =P

Eeee entah apa lah denagn si Luthfi ni. Buang tebiat agaknya. Nak bersayang bagai. Geli okay! Weeekkk..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience