BAB 9

Romance Completed 8187

Jam menginjak ke angka 1 pagi. Tapi mataku masih belum dapat dilelapkan. Sudah puas aku mencuba. Mengiring ke kanan sudah, ke kiri sudah. Macam-macam telah aku buat untuk melelapkan mataku ini. Selalunya pukul 11 malam, aku sudah selamat sampai ke dreamland. Hehe . Tapi tidak untuk malam ini. Fikiranku asyik memikirkan tentang perangai Luthfi yang tiba-tiba berubah sekelip mata. Dia seperti ingin melancarkan perang dingin terhadapku. Tapi atas sebab apa? Aku sendiri pening memikirkannya. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tidak berfikir tentang perihal itu lagi.

Akhirnya, malam tadi aku terlelap sendiri bertemankan dengan pelbagai persoalan yang aku pasti tiada jawapan. Pagi ini, aku akan memberitahu Puan Suaidah tentang tawaran yang aku terima. Pasti dia juga gembira dengan keputusan ini. Tapi, aku sayangkan sekolah ini. Aku sayangkan warga didalam sekolah ini. Semuanya sudah ku anggap sebagai ahli keluargaku. Pasti aku merindui setiap saat aku mengajar disini. Merindui telatah anak muridku. Demi cita-cita, aku terpaksa pertaruhkan semuanya. Aku terpaksa lepaskan semuanya dengan rela.

Kenapa sejak akhir-akhir ini Cikgu Hakimi macam melarikan diri apabila berjumpa denganku? Macam dia pula yang malu denganku. Selalunya aku yang melarikan diri daripadanya. Yang mamat seorang lagi itu pun sama. Luthfi! Sudah agak lama dia menyepikan diri sejak aku memberitahu tentang tawaran kerjaku itu. Aku mesej pun, dia tidak balas. Aku telefon, tidak diangkatnya. Kenapa? Salahkah aku berkongsi kegembiraanku dengan orang lain? Salahkah perkerjaan yang ditawrakan kepadaku? Kenapa dia perlu bersikap dingin terhadapku? Ah, tak fahamlah dengan perangai manusia ini. Kejap okay, kejap tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience