BAB 7

Romance Completed 8187

Setelah tamat acara larian, aku dan Cikgu Hakimi pun beransur pulang ke sekolah. Aku terpaksa menaiki satu kereta dangan dia kerana dia yang beria-ia ajak aku naik keretanya sekali. Aku pun ikutkan jelah. Dalam kereta ketika perjalanan pulang ke sekolah, aku masih diam membisu. Akhirnya, dia bersuara. “Cikgu Jihin dah lama ke mengajar di sekolah ini?” tanyanya ramah. “Tak adalah lama sangat. Dalam 2 bulan macam tu la. Saya ni cuma guru sandaran je sementara tunggu tawaran kerja lain. Saya cuma mengisi masa lapang je jadi guru sandaran ni.” Ujarku tanpa berselindung.

“Oh, yeke. Saya ingatkan cikgu guru tetap disekolah ini. Saya sudah lama jadi cikgu sekolah rendah. Maklumlah belajar pun setakat diploma saja. Dapat jadi guru sekolah rendah pun dah kira bersyukur. Mesti Cukgu Jihin belajar sampai peringkat tinggi kan?”, tanya Cikgu Hakimi.

“Tak adalah Cikgu Hakimi. Saya cuma belajar setakat peringkat ijazah saja. Lagipun okay apa kerja sebagai guru ni. Tak kira guru sekolah rendah ke, menengah ke. Sama saja. Yang penting kerja kita tu halal. Lagipun Cikgu Hakimi dah dinaikkan pangkat. Kira baguslah tu.” Ujarku panjang lebar dan senyum kepadanya. Dia membalas senyumanku itu tanpa membalas apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience