BAB 4

Romance Completed 8187

Keesokkan paginya, seperti biasa aku bersiap serba ringkas untuk ke sekolah. Aku hanya mengenakan mekap yang nipis dan memakai baju kurung moden berwarna merah yang dijahit oleh Mak Cik Misah, rakan emakku. Aku sempat menjamah nasi goreng yang dimasak oleh emak pagi tadi. Setelah menyalami tangan emak dan abah, aku segera ke sekolah sebelum terlewat. Nanti cikgu yang sampai lambat dari anak murid. Aku tidak mahu dilabel sebagai seorang guru yang tidak berdisiplin. Lantas, aku mempercepatkan langkah memandangkan waktu sudah menginjak ke angka 7.15 pagi. Tinggal 15 minit sahaja lagi sebelum perhimpunan bermula.

Sejurus aku masuk ke perkarangan sekolah, aku terdengar namaku dilaung oleh seseorang. Suaranya macam kenal. Sah! Memang suara mamat tu. Aku sengaja mempercepatkan langkahku agar dapat mengelak darinya.

“Cikgu Jihin, tunggulah.” Langkahku terhenti. Tercungap-cungap dia mengejarku. Kasihan pulak tengok dia ni. Habis peluh menitik di dahi.

“Maaflah, saya tak dengar awak panggil tadi,” bohongku. Padahal dah naik bernanah telinga aku dengar dia panggil sebentar tadi.

“Awak dah breakfast? Jom kita breakfast sekali,” ajaknya.

“Tak apalah, saya dah breakfast pagi tadi di rumah. Terima kasih.” Ujarku sopan. Cehh!

“Oh, tak apalah. Lain kali kita breakfast sama-sama.” Katanya seraya senyum kepadaku. Kelihatan hampa di raut wajahnya. Yalah, kelmarin ajak aku tumpang kereta dia, aku tak nak. Ini dia ajak breakfast sekali pun aku tak nak jugak. Haihhh Jihin.. Jihin..

Sekejap lagi pukul 10 pagi, aku ada kelas matematik di kelas 3 Budiman. Sekarang baru pukul 8.30 pagi. Ah, masih banyak masa lagi sebelum kelas bermula. Aku terus menuju ke mejaku. Yalah, guru sandaran macam aku ni mana ada bilik sendiri. Ada meja sendiri pun dah kira bersyukur. Lainlah macam Cikgu Hakimi tu. Dia guru penolong kanan. Mestilah ada bilik sendiri. Ehhh.. Kenapa aku boleh terfikir pasal mamat poyo tu? Apa daaaaa..

Sedang aku duduk di mejaku itu, aku mula terfikir sesuatu. Kenapa aku tidak boleh rapat dan mesra dengan lelaki itu? Sedangkan dengan guru-guru lelaki yag lain boleh pulak aku beramah mesra, bergurau senda. Tetapi dengan dia? Sebolehnya aku mahu lari dari bertembung dengan dia. Ah, pening kepala aku memikirkannya. Bila aku melihat wajahnya, seperti aku pernah melihat seseorang sebelum ini. Tapi aku sendiri tidak pasti. Mungkin khayalan aku saja kot. Sedang aku mengelamun, terdengar bunyi pesanan baru masuk dari telefon bimbitku. Aku terus buka. Dari Luthfi rupanya.

Oiittt.. mengelamun eh..ingat kat aku lah tu. Rindu aku tak? =P

Ni mamat lagi sorang. Gila ke apa. Tiba-tiba tanya rindu dia ke tak. Tapi macam mana dia tahu aku tengah mengelamun ni. Dia dah jadi ahli nujum ke?

Tak ada masa nak rindu kau. Mana kau tahu aku mengelamun?

30 saat berlalu. Bunyi mesej masuk.

Kan aku kata aku tengok kau dari jauh. Hahahaha =D

Ah, malaslah nak layan dia ni. Dia ni bukannya betul. Entah-entah masih dengan perangai lamanya yang gila-gila tu. Mereng..

Aku tidak membalas mesej Luthfi kerana waktu kelas dah nak bermula. Aku terus mengambil beg tanganku dan buku Matematik untuk dibawa bersama. Kakiku terus menuju ke kelas 3 Budiman yang terletak tidak jauh dari bilik guru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience