BAB 11

Romance Completed 8187

“Jihin, awak memang betul-betul tak kenal siapa saya sebenarnya? Awak tak cam saya?,” tanya Cikgu Hakimi. Aku pelik dengan soalan yang ditanyakan. Kenal? Cam? Apakah ini? Sudahlah panggil namaku saja. Bukan memnaggil dengan gelaran cikgu sekali. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku sendiri keliru. Apa maksud mamat ini? Aku tidak faham.

“Maaf, saya tak faham maksud Cikgu. Saya kenal dan cam Cikgu Hakimi. Jadi, apa masalahnya?,” tanyaku hairan dengan pertanyaannya sebentar tadi.

“Jihin, kalau awak nak tahu sayalah budak debab yang suka buli, sakat, ejek awak dan seangkatan dengannya pada masa kita kecil dahulu. Saya jugalah orang yang selalu mesej dan telefon awak.”, katanya tenang. Errkkk.. siapa yang budak debab suka buli aku? Yang selalu mesej dan telefon aku? Luthfilah budak debab itu. Dan Luthfi jugalah yang selalu mesej dan telefon aku. Takkan lah dia ni….

“Awak ni Luthfi ke?”, tanyaku inginkan kepastian.

“Ya, sayalah Luthfi. Luthfi Hakimi.” Katanya seraya tersenyum memandangku dengan pandangan redupnya. Aku pantas menekup mulutku yang ternganga akibat tidak percaya dengan kenyataan yang baru sahaja Cikgu Hakimi beritahuku.

“Kenapa awak tak bagitahu tentang diri awak dekat saya? Kenapa baru sekarang? ”, tanyaku berdas-das seperti machine gun. Dadaku sudah berombak kencang. Aku seperti sudah ditipu hidup-hidup. Mana tidaknya, aku kenal dua orang yang berlainan karakter tetapi orang itu adalah orang yang sama. Kenapa tidak beritahu awal-awal? Itu kan lebih senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience