BAB 13

Romance Completed 8187

Sebenarnya aku malu bila dia meluahkan perasaannya. Hatiku berdebar-debar. Mukaku merah menahan malu. Lebih baik aku cepat-cepat pergi dari situ. Patutlah dia mahu berjumpa denganku sebab tidak lama lagi aku akan berpindah ke tempat kerja baru. Mungkin dia mahu aku tahu perasaannya sebelum aku pergi meninggalkan sekolah itu.

Sejak peristiwa Luthfi Hakimi meluahkan perasaan kepadaku, kami menjadi semakin rapat. Setiap hari mesti ada panggilan rindu dari si dia. Kami tidak dapat berjumpa selalu kerana berlainan tempat kerja. Tak dapat lihat hari-hari, dapat dengar suara pun jadilah. Aku juga rindu padanya jika dia tidak membuat panggilan telefon kepadaku. Sebenarnya kami telah pun jatuh cinta antara satu sama lain. Aku dapat menerima kehadirannya dalam hidupku selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan dirinya terhadapku. Sejak itu, kami mula berhubung sebagai pasangan kekasih. Tiada lagi panggilan kau-aku dan Cikgu Jihin-Cikgu Hakimi. Kini, kami lebih selesa dengan panggilan yang sweet sahaja. Hehe .

Kami sudah membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Memandangkan usia kami sudah menjangkau 27 tahun. Elok bebeno la tu nak kahwin. Keluarga sudah pun merestui hubungan kami berdua. Keluarga Luthfi Hakimi telah menghantar rombongan merisik ke rumahku. Tarikh perkahwinan telah ditetapkan dan kami akan berkahwin pada 10 Ogos sempena hari lahirku yang ke 27. Aku sangat teruja menunggu hari bersejarah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience