BAB 2

Romance Completed 8187

“Mari saya tunjukkan bilik Encik Hakimi”, ajakku mesra. “Panggil Cikgu Hakimi je. Tak perlu berencik-encik dengan saya. Sebelum tu, nama awak apa eh?”, tanyanya kepadaku. “Oh, terlupa saya nak memperkenalkan diri. Saya Nur Farah Najihin. Kat sini semua orang panggil Cikgu Jihin”, jawabku. “Oh, ingatkan Jihan Raja Lawak tu. Dah dekat dengan nama awak kan”. Dia ketawa sendiri. Aku hanya tersenyum kelat. Sumpah tak lawak!

“Mari saya tunjukkan pula selok belok di sekolah ini”, kataku tidak mahu membuang masa melayan lawaknya yang tak jadi itu. Aku pun mula tunjuk itu ini tentang selok belok sekolah itu kepadanya. Dia nampaknya mengangguk faham dengan apa yang aku terangkan. Tak tahu faham atau buat-buat faham. Nasib kau la, labu..

Akhirnya, habis jugak aku dan Cikgu Hakimi tawaf satu sekolah ini. Waktu sekolah pun nak habis. Perut aku pun da mula bergendang kerana pagi tadi aku tidak sempat menjamah apa-apa sarapan. Perut aku memang macam ni, tak boleh makan lambat sikit atau tak makan langsung. Mula gastrik aku dah datang. Aduh, laparnya. Sabar Jihin sabar. Sabar itu kan sebahagian daripada iman.

“Terima kasih, Cikgu Jihin sebab sudi luangkan masa bersama saya dan tunjukkan selok belok sekolah ini kepada saya”, katanya. Aku tak sudi pun. Aku terpaksa okay! Aku pun banyak kerja lain nak buat. Tapi nak buat macam mana. Dah Puan Suaidah minta tolong dari aku. Aku cuba memaniskan muka aku yang dah sedia manis ni. Erkk, perasan!

“Sama-sama. Saya tak kisah pun”. Betul ke aku tak kisah? Padahal dalam hati mengutuk mamat sebelah aku ni. Hehe

Loceng sekolah telah pun berbunyi menandakan berakhirnya sesi waktu persekolahan pada hari itu. Murid-murid sekolah itu berpusu berlari keluar sekolah macam tak cukup tanah. Entah apa yang dikejarkan pun tidak tahu. Kelihatan deretan van dan bas yang mengambil mereka pergi dan balik sekolah sedang setia menunggu di luar. Aku juga tidak ketinggalan mahu pulang ke rumah dengan cepat kerana sudah tidak dapat menahan lapar yang sedang melanda dalam diriku ini. Aku hanya berjalan kaki untuk ke sekolah memandangkan jarak rumahku dengan sekolah tidaklah begitu jauh. Hanya mengambil masa lima minit untuk sampai ke rumahku. Sebab itu aku senang memilih untuk berjalan kaki sahaja. Sedang aku berjalan, kedengaran bunyi hon kereta di belakang. Aku pun menoleh. Pemandu kereta itu menurunkan tingkap keretanya. Eeee.. Mamat ni lagi! Dia nak apa lagi ni…

“Hai, Cikgu Jihin. Balik jalan kaki je? Meh la saya hantarkan sampai ke rumah. Lagipun hari panas ni,” kata Luthfi Hakimi. “Eh, tak apalah. Saya dah biasa balik jalan kaki. Rumah saya dekat situ saja,”tolakku. Terlebih peramah la pulak mamat ni. Baru kenal sehari, dah nak siap hantar balik rumah bagai. Hisshhh.. Khusnuzon Jihin. Mana tahu dia cuma berniat baik dekat kau. Astagfirullah..

“Kalau begitu, tak apalah. Saya pulang dulu. Hati-hati berjalan tu”, katanya dan terus menaikkan semula tingkap keretanya. Cehh! Ingatkan betul-betul nak tumpangkan. Rupanya pelawa sekali je. Itulah kau.. Tadi jual mahal sangat. Sekarang balik la jalan kaki seorang. Ngeee..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience