BAB 12

Romance Completed 8187

“Jihin, saya minta maaf sebab tak beritahu awak perkara sebenar. Saya cuma nak berada dekat dengan awak. Saya takut awak masih bencikan saya tentang perkara yang dulu. At least, saya gunakan nama saya yang sebenar even saya menjadi dua orang yang berbeza pun.” Katanya masih ingin menegakkan benang yang basah. Dah salah tu, salah juga. Geram pula aku dengan mamat depan aku ni. Rasa nak smackdown je budak debab ni. Ehh, tapi dia sudah kurus sekarang. Tinggi pula tu. Muka pun boleh tahan juga hensemnya. Amboi, Cik Jihin.. puji melangit nampak. Hehe.

“Saya tak kira. Awak tetap bersalah sebab tak beritahu identiti awak yang sebenar dari dulu lagi. Mana saya nak kenal awak yang sekarang ni. Saya cuma kenal Luthfi debab itu je.” Kataku tidak mahu kalah. Dia hanya tersenyum. Tenangnya mamat ni!

“Awak tak ingat ke masa pertama kali kita jumpa di sekolah dulu? Sewaktu saya menjadi guru penolong kanan di sekolah itu. Saya kenalkan diri saya sebagai Luthfi Hakimi”, katanya sambil tersenyum ke arahku. Ada ke? Aku menepuk dahiku. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa tentang nama penuh si Luthfi ni. Malunya! Tapi aku buat muka tak bersalah. Aku terus berlalu dari situ tanpa berpaling padanya. Yang penting aku sakit hati. Tak kiralah, dia tetap salah juga. Dia agak terkejut dengan tindakanku itu. Pergi macam itu sahaja. Hehe

“Jihin, I love you!”, laungnya dari jauh. Langkahku terhenti. Aku tak salah dengarkah? Buang tebiat ke apa. Aku berpaling padanya. Dia berjalan kearahku dengan senyuman di bibir. Jantungku berdegup kencang. Macam dah nak terkeluar jantung ini saat mata kami bertemu.

“Jihin, I love you so much. Saya dah lama cari awak. Setiap hari saya berdoa semoga saya dapat jumpa awak semula. Akhirnya, Allah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan gadis pujaan hati saya. Saya dah lama suka dekat awak. Sejak kita di tadika lagi. Mungkin orang ingat itu cuma cinta monyet. Tapi tidak bagi saya. Saya tetap suka awak sampai sekarang. Dan saya cintakan awak seikhlas hati saya.”, ujarnya penuh romantis. Cair!

Aku ternyata terkejut. Mamat ni boleh buat aku sakit jantung saja. Patutlah Luthfi asyik kata dia perhati aku dari jauh. Rupanya Cikgu Hakimi yang suka skodeng aku tengah buat apa. Kurang asam garam betullah. Tapi aku tersentuh dengan ucapannya tadi. Nampak keikhlasan di wajahnya tika dia meluahkan perasaan terhadapku. Aku yakin itu. Aku membisu agak lama. Aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku ucapkan padanya.

“Err saya tak tahulah nak cakap apa. Saya masih terkejut lagi dengan semua ni. Maafkan saya. I’ve to go. See you soon.” Ucapku lantas berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience