BAB 14

Romance Completed 8187

“Aku terima nikahnya Siti Najihin Binti Haslam dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Kata Luthfi Hakimi dengan tenang. Sekali lafaz sahaja, aku telah sah menjadi isteri kepada Encik Luthfi Hakimi. Dan aku pula Puan Nur Farah Najihin. Hehe. Hari bersejarah bagi kami itu berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Ramai saudara mara, sahabat handai serta jiran tetangga hadir turut memeriahkan majlis.

“Sayang, thanks for everything. Tak sia-sia abang tunggu saying selama ni. Sejak dari kita tadika lagi abang dah tunggu saying”, ucap suamiku setelah kami masuk ke bilik untuk merehatkan diri. Aku tersenyum memandangnya. “ Thanks to abang. Abang yang meyakinkan Jihin untuk pilih abang menjadi hero pilihan hati”, balasku sambil mengusap pipinya. Luthfi Hakimi tersenyum dan terus

memelukku erat bagai tidak mahu dilepaskan. “Abang harap hubungan kita sampai ke akhir hayat dan abang juga mahu menjadi papa yang terbaik untuk anak-anak kita nanti”, katanya sambil mengusap belakangku. “Jihin pun harap macam tu juga. Semoga hubungan yang kita bina ini diberkati dan berkekalan ke akhir hayat’, ucapku penuh ikhlas.

Sesungguhnya tidak ku sangka lelaki di hadapanku ini telah pun sah menjadi suamiku. Walhal aku sendiri tidak pernah terfikir akan dijodohkan dengannya dan aku juga tiak tahu mengenai isi hatinya terhadap diriku. Akhirnya kami dipertemukan kembali di dalam cara yang berbeza sehinggakan aku sendiri tidak mengenalinya. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh antara kami. Semoga hubungan ini di berkati Allah hingga ke jannah-Nya. Amin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience