BAB 10

Romance Completed 8187

Di satu perhimpunan pagi, seperti biasa murid-murid berkumpul dan beratur mengikut kelas masing-masing. Guru-guru juga mengambil tempat masing-masing di atas pentas sebelum acara perhimpunan rasmi bermula. Dari jauh, aku nampak kelibat Cikgu Hakimi sedang duduk di salah satu tempat yang disediakan. Kelihatan wajahnya tenang sahaja. Tidak sedikitpun dia menoleh kearahku. Aku rindu melihat senyumannya yang manis itu. Aiittt.. dah jatuh hati ke? Hehe . Apabila Puan Suaidah mamanggil namaku untuk membuat ucapan terakhir kali, aku terus bangun dari tempat dudukku. Rupanya Puan Suaidah telahpun memberitahu mereka semua tentang peninggalanku kelak. Aku saja yang tidak perasan. Mengelamun saja. Aku memulakan ucapanku dihadapan anak muridku.

“Assalamualaikum, semua. Disini, cikgu ingin mengatakan bahawa minggu depan cikgu tidak mengajar di sekolah ini lagi. Kamu semua pun sudah sedia maklum. Cikgu harap kamu belajar rajin-rajin. Ingat pesan Cikgu sebelum ini. Tiada kejayaan tanpa usaha kita sendiri. Berusahalah untuk berjaya, berusahalah untuk mencapai cita-cita kamu semua. Yang paling penting, ingat Allah sentiasa ada bersama kita. Mohonlah padaNya. Harap kamu takkan lupakan Cikgu selepas ini,” ujarku menamatkan ucapan. Hatiku sebak, tapi sedaya upaya ku tahan agar tidak gugur air mata ini. Aku tidak mahu dilihat lemah. Aku harus kuat.

Usai perhimpunan itu, aku terus menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan ke sana, aku terserempak dengan Cikgu Hakimi. Dia senyum kepadaku dan aku membalas senyumannya.

“Tahniah, Cikgu Jihin. Semoga dapat bekerja dengan baik disana nanti,” ujarnya sambil tersenyum padaku.

“Terima kasih, Cikgu Hakimi. InsyaAllah.” Ujarku senyum. Dia pun berlalu dari situ. Aitt..macam itu je..

“Errr Cikgu Jihin.”panggil Cikgu Hakimi. Rupanya tadi dia berpusing semula memanggil namaku.

“Ya, saya. Ada apa- apa lagi ke?,”tanya ku sopan.

“Boleh saya jumpa awak sekejap petang esok? Pukul 5 di Tasik Cempaka.”katanya.

“Oh, boleh. Kita jumpa esok.” Aku menjawab sambil tersenyum dan terus berlalu dari situ.

Aku tiba awal di tempat seperti dijanjikan dengan Cikgu Hakimi semalam. Aku bukannya excited sangat nak jumpa dengannya. Cuma aku takut terlewat saja nanti. Apa pula yang dia fikir pasal aku nanti. 10 minit menunggu, akhirnya nampak juga batang hidung Cikgu Hakimi sampai. Dia berjalan kearah ku.

“Maaf, terlambat sikit. Jalan jammed tadi. Lama menunggu?”, tanya Cikgu Hakimi.

“Oh, tak lama pun. Saya pun baru sampai ni. Ada apa Cikgu mahu berjumpa saya?”, tanyaku terus. Aku tidak mahu berlengah lagi. Rasa kekok pula bila berjumpa berdua begini. Dia diam seketika. Aku juga turut membisu. Selang beberapa minit, Cikgu Hakimi pun bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience