BAB 8

Romance Completed 8187

Ah, letihnya badan. Minggu ini memang banyak kerja yang terpaksa diselesaikan dengan segera berikutan peperiksaan akhir semakin hampir. Oleh sebab itu, kena selesaikan semuanya sebelum peperiksaan bermula. Nanti tidaklah kelam kabut dibuatnya. Diam tidak diam sudah masuk bulan keenam aku mengajar di UiTM Shah Alam. Maknanya sudah dekat setengah tahun aku tinggalkan pekerjaanku sebagai guru sandaran di sekolah rendah itu. Kini aku telahpun menjadi seorang pensyarah Perakaunan di fakulti aku sendiri. Aku telah berjaya mendapat tawaran itu selepas beberapa hari selepas hari sukan sekolah rendah itu. Teringat aku tika itu….

Pin! Pin! Kedengaran bunyi hon motor posmen yang menghantar surat singgah dirumahku. Aku dengan langkah longlai, pergi mengambil surat itu dari posmen. Aikkk.. kenapa macam pelik je surat ni? Urusan Seri Paduka Baginda? Atas nama aku pulak tu. Ni macam surat rasmi saja. Aku terus membuka surat itu. Aku keluarkan isinya. Buru-buru aku membaca isi kandungan tersebut. Usai membacanya, aku menjerit sekuat hati. Yeaayyyy!!!!!!!

Emak dan abah yang terpinga-pinga terus berlari keluar rumahh melihat keadaan aku. Barangkali mereka juga terkejut mendengar jeritanku tadi.

“Kamu ni kenapa, Jihin? Jerit macam nampak hantu saja,” kata abah denga raut muka hairan.

“Abah, mak.. Jihin dapat offer jadi pensyarah dekat UiTM!,” kataku separuh menjerit. Terlalu excited gamaknya.

“Syukur Alhamdulillah. Tercapai juga cita-cita kamu nak jadi pensyarah, nak.” Kata mak dengan gembiranya. Aku terus meluru kearah mereka dan memeluk seeratnya kedua orang tuaku yang ku sanjungi selama ini. Tanpa mereka yang mendidikku dari kecil hingga dewasa, tidak mungkin aku sampai ke tahap ini. Abah membelai rambutku ketika aku memeluknya. Aku tahu emak dan abah orang yang paling gembira bila dapat tahu tentang keputusan ini.

Aku rasa nak berkongsi kegembiraan ni dengan kawan baik aku la. Aisyah dan Luthfi. Aittt.. sejak bila pulak Luthfi jadi kawan baik aku ni? Bukan dulu musuh ke? Hehe. Sebenarnya kami selalu berhubung antara satu sama lain. Kadang-kadang melalui Fac atau Twitter. Selalunya kami berhubung melalui telefon saja. Lebih mudah. Tetapi kami tidak pernah bertemu. Peliknya, dia tidak pula kata mahu bertemu dengan aku. Gambar dia pun aku tidak tahu. Ah! Pedulikanlah. Yang penting dia sentiasa menjadi penghibur aku..Amboiiiii….

Aku terus mendail nombor telefon Aisyah. Lama kami berborak. Ternyata dia juga sangat gembira dengan berita yang aku sampaikan. “Nanti dah dapat gaji, kenalah belanja aku.”kata Aisyah separuh bergurau. “Beres. Nanti apa-apa hal kita roger-roger lah. Okay lah, aku ada hal. Nanti ada masa, aku call kau balik.”kataku menamatkan perbualan. Sejurus aku mematikan talian, aku terus mendail nombor telefon Luthfi pulak. Banyak pulak kredit aku nak call orang ni. Hehe

“Helo, assalamualaikum. Hye, Luthfi!”, kataku separuh teruja.

“Waalaikumusalam. Hye, Jihin! Kenapa call aku ni? Nak belanja aku makan ke?,”jawabnya bergurau.

“A’ah, nak belanja kau makan. Tapi lepas aku dapat gaji bulan depanlah,”kataku. Sebenarnya aku nak bagi hint dekat dia. Hehe

“Alaa.. lamanya nak tunggu. Tapi kenapa mesti minggu depan?,” tanya Luthfi. Mungkin dia hairan.

“Sebenarnya aku ada benda nak bagitahu kau ni. Aku dah dapat kerja! Aku dapat offer jadi pensyarah dekat UiTM Shah Alam. Bulan depan aku dah boleh masuk kerja,”kataku gembira. Aku juga berharap Luthfi turut gembira apabila mendengar tentang perkara ini seperti Aisyah.

“Oh, yeke. Tahniah, Jihin. Maksudnya, kau kena berhenti kerja dekat sekolah itu ?,”tanya Luthfi. Tapi kedengaran suaranya seperti tidak gembira dengan perkara yang baru didengarinya itu. Tidak gembirakah dia? Tapi kenapa?

“A’ah, esok aku kena bagitahu dekat guru besar sekolah itu tentang tawaran ini,”ucapku.

“Okaylah, Jihin. Aku ada hal sikit ni. Lain kali kita bersembang lagi. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.

“Waalaikumusalam.” Jawabku perlahan. Kenapa dengan Luthfi itu? Tiba-tiba saja dingin. Tiada angin, tiada rebut. Haaihh.. macam-macamlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience