BAB 6

Romance Completed 876

“Hai, princess...”

Kuza yang sedang mengelap tubuh kaku Raufara mengangkat
wajahnya. Ingin tahu gerangan yang datang melawat Raufara hari ni.

Bibirnya mengukir senyuman...

Pelawat tetap Raufara . Saban hari lelaki itu datang melawat Raufara dan
setiap kali itu juga buah tangan dibawanya. Walaupun Kuza meminta lelaki
itu untuk berhenti datang ke sini tetapi lelaki itu buat tak tahu sahaja.

“Princess macam mana hari ni?” Dia melabuhkan punggungnya di sebelah
katil Raufara , bertentangan dengan tempat Kuza berdiri.

Tangan Kuza yang tadi sibuk mengelap wajah pucat anaknya kini bergerak
mengelap bahagian tangan Raufara pula.

“Macam selalu la uncle Zarraz . Raufara tak boleh bergerak banyak lagi...
tapi hari ni Raufara dengar surah al-mulk dengan yassin tadi dengan ummi.”
Kuza menjawab bagi pihak Raufara .

Sejak dua minggu yang lalu beginilah keadaan mereka. Kuza yang setia
menunggu anaknya dan Zarraz pelawat tetap wad kanak-kanak itu. Baik Kuza
mahupun Zarraz tak jemu berbual-bual dengan Raufara walaupun mereka tahu si
kecil itu tak akan menjawab soalan mereka tetapi mereka yakin yang Raufara
boleh dengar kata-kata mereka.

“Wah, bagusnya... nanti bila Raufara dah bangun. Kita recite surah
al-rahman sama-sama pula ok? Asyik Raufara dengan ummi je. Uncle pun
nak join.” Zarraz galak berbual-bual dengan Raufara walaupun si kecil itu
tidak memberi respon.

Zarraz mengusap lembut ubun-ubun rambut Raufara . Wajah kecil itu pucat lesi
tapi masih jernih riaknya... wajah anak kecil memang menenangkan hati
orang dewasa bila kita melihat mereka. Wajah suci yang belum terpalit
dengan sebarang dosa.

“Awak datang lambat hari ni? Banyak kerja ke?” Kuza menyoal setelah
suasana sepi sementara tadi.

Zarraz tersenyum memandang Kuza . Manis.

“Banyak sikit dari hari biasa sebab foreign investor dari Abu Dhabi tu
banyak kerenah sikit. Itu yang saya lambat sikit datang sini berbanding
hari biasa.”

Tiba-tiba sahaja Kuza tertawa kecil dan perbuatannya itu mengundang
kerutan di dahi Zarraz .

“What? Did I say something wrong?” soalnya.

“Tak ada salah apa pun... cuma banyak betul sikit awak hari ni.”

Kerutan di dahi Zarraz masih belum pudar. Dia cuba mengingati kembali apa
yang dia cakap pada Kuza sebentar tadi. Beberapa saat kemudian baru dia
faham.

“Ya... sikit.” Dia pun turut sama tergelak.

Entah apa la yang lawak sangat dengan sikit tu... tak faham betul tapi
boleh pula dua manusia tu gelak sebab perkataan sikit tu.

Kuza hendak mengambil jug air di atas meja yang terletak di tepi Raufara
tetapi dihalang oleh kedudukan Zarraz .

“Tepi sikit boleh uncle Zarraz ? Nak ambil jug air tu... nak isi air
sikit dalam tu.” Kuza menahan ketawa.

“Baik ummi Raufara ... saya ke tepi sikit.”

“Nanti alang-alang nak ke toilet tu tolong basuh sikit buah epal yang
saya bawa ni boleh? Tiba-tiba rasa macam nak makan sikit buah epal ni.”
Zarraz turut bermain dengan Kuza . Dia mengeyitkan matanya pada Kuza . Comel!

Kuza menggelengkan kepalanya. Hatinya berdesis, Zarraz ... Zarraz ... macam
budak-budak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience