BAB 4

Romance Completed 876

“Strettttt!” bunyi tayar kereta berdecit akibat brek yang ditekan secara
mengejut! Kuza memegang dadanya yang berdegup kencang tika itu. Mujur
dia sempat menekan brek keretanya dengan segera. Kalau tidak tak dapat
dia membayangkan apa yang bakal terjadi selepas itu.

Kereta yang hampir berlanggar dengan Kuza itu menekan hon keretanya
dengan kuat sekali tanda marah dengan pemanduan Kuza yang cuai. Kuza
akur memang salahnya, dia mengangkat tangan tanda maaf. Mujur tak
berlaku kemalangan besar.

Kuza menarik nafas perlahan, hati yang tiba-tiba berdegup kencang
membuatkan dirinya rasa tak selesa dan resah. Dengan lafaz bismillah
Kuza memulakan semula pemanduannya ke tadika Raufara .

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Kuza datang ke tadika Raufara untuk
mengambil anaknya pulang. Dia memarkir keretanya di hadapan bangunan
tadika Raufara yang berwarna pink itu.

Suasana tadika hari ini kelihatan agak suram pada pandangan Kuza , dia
cuba menyedapkan hatinya mungkin kerana dia datang mengambil Raufara lewat
dari hari biasa dan kanak-kanak lain sudah pulang membuatkan suasana di
situ nampak lain. Tapi Kuza memang tak dapat mengelak daripada datang
lewat kerana kerjanya di pejabat tadi terlampau banyak.

Dengan teratur langkah kakinya disusun memasuki kawasan tadika Raufara .
Salam diberikan... Tak sampai beberapa minit muncul kelibat cikgu tadika
Raufara . Wajah cikgu Raufara tika itu sangat lain. Tiada senyuman yang
menghiasi wajahnya seperti biasa.

Kuza mula diserang rasa tak sedap hati.

“Puan Kuza ...” nada suara cikgu Raufara juga lain, tak seperti biasa.

“Ya, saya. Mana Raufara ... cikgu? Selalunya kalau saya datang dia dah
tunggu di depan pintu ni. Dia tengah tidur ya?” soal Kuza sambil tersenyum.

Cikgu Raufara diam. Wajahnya nampak sugul.

“Raufara mana, cikgu?” sekali lagi Kuza menyoal.

“Puan, saya ada berita buruk mengenai Raufara . Raufara sekarang dekat
hospital... Raufara ...” Cikgu Raufara menggigit hujung bibirnya... serba
salah hendak meneruskan kata-katanya.

“Apa? Hospital?!” Tak dapat tidak, suara Kuza tertinggi kerana terkejut.
Hati Kuza dipagut rasa kurang enak. “Kenapa dengan Raufara ?”

“Dia dilanggar kereta tadi petang. Puan saya minta maaf... salah saya
semua ni terjadi. Saya yang cuai... saya cuba hubungi puan tadi tapi tak
dapat.” Air mata cikgu Raufara mengalir laju. Sungguh dia tak jangka
perkara sebegini boleh berlaku. Semuanya betul-betul diluar jangkauannya.

Kuza mengucap panjang. Serasa jangtung berhenti berdegup tika itu!
Anaknya di hospital. “Kita ke sana sekarang!” Kuza cemas.

Sepanjang perjalanan ke hospital tak henti-henti Kuza berdoa moga
anaknya selamat. Tak kering lidahnya berzikir memohon bantuanNya dan
setibanya di hospital mereka bergegas ke wad Raufara ditempatkan.

Riak Kuza betul-betul cemas, tiada perkara lain yang dia boleh fikirkan
ketika itu melainkan nasib anaknya. Sebaik sahaja sekujur tubuh Raufara
terpapar di matanya Kuza terus mendapatkan anaknya. Dipeluk dan dicium
dengan penuh kasih sayang. Air matanya mengalir melihat keadaan Raufara
yang masih belum sedarkan diri ketika itu. Kepala, tangan sebelah kanan
dan kedua belah kakinya berbalut dengan kain. Mukanya jelas kelihatan
calar dan luka yang telah dirawat.

“Ya Allah, sayang ummi...” rintih hati Kuza .

“Raufara sayang... bangun sayang. Ummi datang ni.” Tersedu-sedu suara
Kuza . Sungguh dia tak sangka perkara ni boleh terjadi kepada anaknya.
Pagi tadi ketika dia hantar anaknya semua elok-elok belaka. Senyuman
anaknya masih jelas dalam ingatannya dan sekarang senyuman itu sudah
pudar. Tiada.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” Kuza memalingkan kepalanya kebelakang,
soalan itu ditujukan kepada cikgu Raufara .

“Raufara kena langgar lari, puan. Dia tunggu puan macam biasa sambil
bermain tadi. Tapi bola yang dia main terlepas keluar dari kawasan
tadika... dia cuba ambil bola tu... tapi tiba-tiba ada kereta yang laju
terus melanggar Raufara . Raufara tak sempat nak lari puan... dan saya...
saya minta maaf puan. Saya tak sempat nak selamatkan Raufara .” Air mata
cikgu Raufara masih tak berhenti mengalir cuma masih mampu dikawal sekarang.

Hancur luluh hati Kuza mendengar penjelasan Cikgu Raufara . Langgar lari.
Manusia mana yang busuk sangat hatinya? Sampaikan dah langgar budak
sekecil ini boleh lari daripada pikul tanggungjawabnya! Hatinya diserang
rasa marah.

Matanya kembali menatap wajah Raufara yang pucat itu. Diusapnya kepala
anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Satu-satunya anak dia terlantar
di hospital angkara manusia tak bertanggungjawab.

“Saya minta maaf puan. Salah saya, saya yang cuai.” Cikgu Raufara tak
henti-henti meminta maaf.

Kuza kelu... hatinya sedang berperang. Serba sedikit Kuza rasakan semua
ini terjadi kerana salah cikgu Raufara yang membiarkan anaknya bermain
seorang diri diluar. Tapi dia pun patut dipersalahkan juga! Dia datang
lewat untuk mengambil Raufara . Kalau dia tak lewat pasti semua ini tak
terjadi!

Sekarang dia keliru. Dia bukan malaikat. Dia tahu cikgu Raufara tak
bersalah tapi Kuza tak tahu hendak letakkan salah itu kepada siapa.

“Boleh cikgu tolong tengok Raufara . Saya nak ke surau sekejap... saya
belum solat lagi.” Kuza terus keluar dari bilik itu.

Panjang doanya kali ini dipanjatkan pada illahi. Pada siapa lagi kita
sebagai makhluk hendak mengadu kalau bukan pada pencipta kita...

Dia pohon kekuatan untuk menghadapi semua ni dan...

“Ya tuhanku... aku tahu semua yang aku miliki cuma pinjaman seketika
daripada engkau buatku. Tapi aku mohon ya Allah... panjangkanlah tempoh
itu untuk anakku Raufara supaya kami dapat bersama untuk suatu tempoh
masa lagi.”

Dia pernah rasa kehilangan orang yang dia sayang bukan sekali tetapi dua
kali... permergian ayah yang tersayang dan suami yang tercinta.

Lama Kuza merintih di atas sejadah tika itu. Tak dia peduli pandangan
orang yang sedang memandang dia dengan pelik tika itu. Selepas seketika,
hatinya mula rasa tenang. Mungkin kerana segala keresahannya sudah
diluahkan sebentar tadi.

Kuza kembali ke bilik sakit Raufara semula tapi dia diserang rasa pelik
sebaik sahaja dia mendekati katil Raufara kerana tika itu bukan cikgu
Raufara sahaja yang ada disitu...

“Encik, ini la ummi Raufara .” Cikgu Raufara memperkenalkan Kuza kepada
lelaki itu dan lelaki asing itu senyum kepada Kuza . Kuza tak membalas
senyuman itu dia masih keliru. Siapa dia?

“Puan, saya kenalkan encik ni la yang selamat Raufara . Dia yang hantar
Raufara ke hospital tadi.”

Barulah Kuza sedar, segera bibirnya membalas senyuman lelaki itu
walaupun terlambat sedikit. “Terima kasih encik sebab selamatkan anak saya.”

“Tiada apa yang perlu diterima kasihkan. Walaupun saya tak kenal Raufara
tapi dah jadi tanggungjawab saya untuk tolong dia tadi.”

Kuza kembali duduk di sisi Raufara . Anaknya itu masih tidak sedarkan diri.
Sebentar tadi sebelum memasuki bilik ini semual Kuza sempat berjumpa
dengan doktor yang merawat Raufara untuk mengetahui keadaan Raufara tika
itu. Hancur luluh hatinya bila doktor cakap keadaan Raufara agak parah.
Dia mungkin tak akan sedarkan diri untuk beberapa hari atau minggu
kerana kecederaannya sangat parah. Kepalanya terhentak kuat manakala
sebelah tangan dan kakinya patah.

“Raufara ... bila sayang ummi ni nak bangun? Raufara tak nak borak dengan
ummi ke sayang? Hari ni dekat kelas Raufara buat apa, Raufara tak nak cerita
dekat ummi ke?” suara Kuza kembali serak.

Tangan anaknya yang tak berbalut digapai dan dicium lembut beberapa
kali. Disangka hatinya tabah menghadapi keadaan ini tapi bila kembali
melihat keadaan Raufara ternyata dia tak kuat. Hatinya lemah melihat anak
kesayangannya terbaring tak bergerak.

“Raufara , sayang ummi... princess ummi marahkan ummi ya sebab datang
ambil Raufara lewat?” sendu Kuza mula jelas kedengaran.

Cikgu Raufara yang sebentar tadi kering air matanya kembali basah semula,
dia faham perasaan Kuza . Ibu mana yang tak sedih melihat anak terlantar
sebegini.

“Ummi janji lepas ni ummi tak lewat lagi. Ummi salah. Raufara bangun la.
Jangan tidur lagi sayang. Ummi takut...”

Dan lelaki asing tadi memerhati dari belakang... turut sama dapat
merasai kepiluan hati Kuza . Seolah-olah mereka berkongsi hati walaupun
baru kali pertama dia bersua muka dengan ummi Raufara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience