BAB 12

Romance Completed 876

Kuza seolah-olah nampak bayangan Rauf dalam diri Zarraz . Salahkah kalau
dia menganggap Zarraz sebagai Rauf ? Tempat dia berkongsi rasa?

Mungkin kerana Zarraz sangka mudah untuk didampingi membuatkan Kuza rasa
sangat selesa bila bersama lelaki itu. Tambahan pula, Zarraz sangat
persis arwah Rauf . Zarraz yang memahami bila dia mngadu tentang mak
longnya. Zarraz yang penyayang bila dengan anak kecil. Zarraz yang sangat
bertolak ansur... Zarraz yang hati baik... Zarraz yang berbudi bahasa dan
tahu hormat orang tua.

Sungguh, dia lelaki yang sempurna.

Baru sekarang Kuza sedar. Rupanya selama ini dia silap. Kuza cuma nampak
bayangan Rauf dalam diri Zarraz . Dia lupa yang Rauf tetap Rauf dan Zarraz
tetap Zarraz mereka adalah dua orang yang berbeza walaupun memiliki
perwatakan yang sama.

Sama tapi tak serupa.

Serupa tapi berlainan.

Kuza tekad… cincin di dalam kotak baldu tu ditenung lama. Keputusannya
sudah dibuat. Selepas membuat solat istikarah semalam, nampaknya Dia
yang esa dah tunjuk jalan yang patut Kuza ambil.

Perlahan-lahan kotak baldu itu ditutup dan dimasukkan ke dalam
beg tangannya. Kemudian telefon bimbitnya pula dicapai. Nombor Zarraz
dicari… butang call ditekan.

Kuza sabar menunggu panggilannya bersahut.

“Assalamualaikum.” Suara Zarraz kedengaran.

Kuza tersenyum kecil. “Waalaikummusalam.” Perlahan dia
menjawab salam sang jejaka.

“Ya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong, Kuza ?” sopan nada
Zarraz bertanya
dalam lembut suaranya.

“Boleh kita jumpa esok petang?”

“InsyaALLAH. Dekat mana?”

“Tempat biasa.” Pendek jawapan Kuza .

“Ok. Kalau awak tak keberatan boleh saya tahu tujuan awak nak jumpa saya?”

Kuza menarik nafas panjang… “Saya dah ada jawapan untuk lamaran awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience