BAB 9

Romance Completed 876

Zarraz melunjurkan kakinya di atas tikar yang dibawanya dari rumah.
Setiap kali dia datang mereka akan duduk bersantai di taman hospital.
Ala-ala piknik. Raufara suka betul duduk macam tu dengan uncle Zarraz dan
umminya di situ. Macam sebuah kelaurga bahagia kalau orang lain
melihatnya. Sampaikan staf-staf di hospital sering salah sangka yang
Zarraz adalah ayah kepada Raufara .

“Besar nanti Raufara nak jadi apa?” soal Zarraz kepada Raufara yang
sedang bermain dengan permainan doktor yang baru di beli oleh Zarraz .

“Raufara nak jadi doktor!” Lantang anak kecil itu menyatakan
cita-citanya.

“Kenapa nak jadi doktor? Jadi cikgu la seronok.”

“Tak nak. Raufara nak jadi doktor sebab Raufara nak jaga ummi. Biar ummi
hidup lama-lama. Boleh Raufara duduk dengan ummi. Kalau Raufara tak jadi
doktor nanti tak ada siapa boleh jaga ummi. Raufara tak nak ummi mati
cepat macam abi. Kalau abi sempat tunggu Raufara jadi doktor mesti abi ada
lagi sekarang. Kan ummi?”

Terkejut Kuza dengan jawapan Raufara ... tak terduga jawapan itu yang Raufara
luahkan. Tak dapat tidak hatinya terusik. Raufara rindukan abinya.

“Tapi doktor kena cucuk-cucuk orang... Raufara nak ke?” Zarraz menyakat,
cuba menceriakan suasana semula. Dia nampak riak wajah Kuza yang sudah
berubah ketika itu.

“Nak... nanti Raufara nak cucuk buntot ummi kalau umminotty tak nak
makan ubat.” Petah si kecil tu menjawab.

Terburai terus ketawa Zarraz . Kuza pula membulat matanya... tak sangka
jawapan itu yang akan terkeluar dari mulut anaknya yang berumur 5 tahun itu.

“Apa? Raufara nak cucuk buntot ummi? Sampai hati Raufara . Ummi nak merajuk
dengan Raufara .” Kuza berpura-pura merajuk.

Zarraz membisik sesuatu di tepi telinga Raufara . Terus si kecil itu
mengekek ketawa. Entah apalah yang dibisikkan oleh Zarraz pada Raufara tapi
selepas itu Raufara terus mendapatkan umminya.

“Sini, doktor Raufara nak periksa hati ummi.” Raufara menarik tangan umminya
supaya lebih dekat dengannya terus ditekapkan stetoskop mainan itu ke
dada umminya.

Berkerut-kerut dahi Raufara . Kuza memerhatikan sahaja gelagat anaknya
sambil tersenyum.

“Hurmmm... dup dup dup...” Raufara membuat bunyi.

Kuza dan Zarraz ketawa melihat telatah Raufara .

“Hati ummi cakap apa?”

“Hati ummi cakap... petang esok kita keluar jalan-jalan dengan uncle
Zarraz lepastu kita pergi zoo!”

Raufara bergive me five dengan Zarraz .

“Apa? Tipulah Raufara ni.”

Raufara membuat muka serius. “Pernah ke doktor Raufara tipu ummi sebelum ni?
Tak kan. Ummi notty ni nak kena cucuk buntot.”

“Eh, buntot kita pulak yang dicucuknya. Meh, sini budak kecik... ummi
gigit buntot tu. Pandai betul buat cerita.” Terus ditangkap Raufara dan
Kuza mengacah-acah hendak menggigit anaknya itu.

Raufara pula apa lagi... ingat sesenang abc nak serahkan bontotnya untuk
digigit? Cepat-cepat dia meloloskan diri daripada Kuza tetapi Kuza lagi
cekap. Tak sempat Raufara nak larikan diri terus dia terjatuh dalam
pelukan umminya. Raufara mengekek ketawa bila digeletek umminya.

Zarraz yang dari tadi memerhatikan gelagat dua beranak tu tersenyum
simpul. Sungguh... kalaulah diberi peluang dia pun nak turut sama nak
tumpang rasa bahagia Kuza dan Raufara . Tapi persoalannya boleh ke?

“Ummi boleh kan?”

“Boleh apa sayang?”

“Kita keluar jalan-jalan dengan uncle Zarraz esok? Please...”

Senyuman Kuza memudar sedikit, dia mengerling Zarraz yang sedang duduk
bersantai di hadapannya.

Hendak kata tak boleh tak sampai hati pula dia nak mematahkan hati
anaknya, nak kata boleh patah hati dia pula kena dengar umpat keji mak
long kalau dia dapat tahu yang mereka bertiga keluar bersama-sama. Nanti
ada la tu cerita lain pula yang di jajanya pada maknya bukan Kuza tak tahu.

Kuza menarik nafas dalam...

“Ok.”

Itu jawapannya.

Hati anaknya lebih penting berbanding hatinya.

Zarraz dan Raufara membuat gaya YES! Kuza cuma mampu menggelengkan
kepalanya sahaja melihat telatah mereka berdua.

Seketika kemudian Kuza meninggalkan Zarraz dengan Raufara berdua sebentar,
dia perlu menjawab panggilan telefon yang tiba-tiba berbunyi.

Zarraz melayan Raufara bermain dengan alat permainannya.

“Uncle... Raufara suka uncle sebab uncle baik.” Tiba-tiba sahaja
Raufara meluahkan rasanya. Spontan.

Zarraz senyum. “Uncle pun suka Raufara sebab Raufara comel.” Pipi gebu
Raufara dicubit manja dan anak kecil tu tersengih lebar. Suka bila dipuji
sebegitu.

Sepi seketika.

“Sekarang Raufara dah tahu apa yang kawan-kawan Raufara rasa. Raufara dah tak jeles dah dengan diorang.”

“Apa yang kawan-kawan princess rasa?”

“Rasa best main dengan ayah diorang. Raufara ada uncle.” Senyumannya
makin melebar. Bercahaya.

Tiba-tiba Zarraz rasa sebak. Kesian dengan nasib anak kecil ini...
membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Membesar dengan hanya melihat
gambar abinya sahaja. Zarraz faham rasa rindu yang Raufara rasa sekarang.

“Kalau Raufara nak uncle jadi ayah Raufara boleh tak?” polos si kecil tu
bertanya.

“Raufara nak panggil uncle ayah. Tak nak panggil uncle... boleh tak?”

“Uncle duduk dengan ummi dengan Raufara . Boleh tak?”

Bertalu-talu soalan Raufara kepada Zarraz . Sehinggakan kelu lidah Zarraz
hendak memberi jawapan. Tapi yang sebenarnya jawapannya dia sudah ada...
dia rela hati menjadi ayah Raufara sebabnya dia memang sudah jatuh sayang
dengan Raufara . Raufara anak yang baik dan menyenangkan hati mana mungkin
dia menolak untuk menjadi ayah kepada anak yang baik ini.

Tapi...

Bukan perasaan Raufara sahaja yang perlu diambil kira. Perasaan Kuza pun
sama penting...

“Uncle....”

“Raufara . Sayang ummi kena mandi sekarang. Jom masuk dalam balik. Dah lama
Raufara main dekat luar ni.” Tiba-tiba sahaja Kuza muncul mendapatkan
anaknya. Dia tak mahu mendengar jawapan Zarraz .

“Tapi ummi, Raufara belum habis main dengan ayah.”

Terkejut Kuza bila Raufara membahasakan Zarraz dengan panggilan ayah. Zarraz
pun sama terkejut bila anak kecil itu memanggilnya ayah.

“Raufara boleh sambung main dengan UNCLE esok... kita masuk ya. Uncle
ada kerja, dia kena balik sekarang.” Kuza memujuk Raufara , sengaja ditekan
perkataan uncle itu. Bukan niatnya hendak menghalau Zarraz tetapi
sebelum perbualan Raufara dan Zarraz melencong lebih dalam biarlah dia
menghalangnya daripada terjadi.

Ayah Raufara cuma seorang dan itu hanya abinya sahaja. Tak ada yang lain.

“Betul cakap ummi tu. Esokkan kita nak keluar jalan-jalan. Jadi, Raufara
kena tidur awal hari ni. Ikut cakap ummi ya princess.”

Wajah Raufara kembali ceria mendengar jawapan Zarraz . Segera dia berdiri,
menyalami tangan Zarraz dan terus memegang tangan umminya pula, bersedia hendak masuk ke dalam wadnya semula.

Kuza nampak Raufara sangat akur dengan kata-kat Zarraz . Tak pernah
sekalipun Raufara membantah kata-kata Zarraz .

Zarraz cuma memerhatikan sahaja langkah Kuza dan Raufara yang melangkah masuk ke dalam hospital dari belakang. Raufara berpaling ke belakang sambil melambai kepada Zarraz dan Zarraz mebalasnya juga dengan lambaian serta senyuman manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience