BAB 5

Romance Completed 876

Kuza merenung ke luar tingkap hospital. Hujan renyai seolah-olah turut
mengerti hatinya yang sedang menangis ketika itu. Jari-jemarinya yang
runcing menyentuh tingkap itu... dia menulis menggunakan jari di tingkap
itu.

‘Sayang...’

“Sayang... nanti bila abang dah tak ada. Sayang jaga Raufara baik-baik
tau. Dialah satu-satunya harta kita dunia dan akhirat yang paling
berharga sekali. Tatang dia dengan kasih sayang dan ingatkan dia dengan
penciptaNya. Jangan biarkan dia jauh daripada tali Allah... abang sayang
Kuza dan Raufara .”

Kata-kata terakhir Rauf ketika mereka berbual di telefon buat dirinya
sebelum suaminya itu terkorban dalam nahas kemalangan. Sekalipun tak
pernah dia lupa... tersemat kukuh dalam ingatannya sampai bila-bila.

Air mata mengalir di pipinya... “Abang, Kuza minta maaf... Kuza gagal.”

“Awak tak gagal, semua ni diluar kawalan awak. Bukan salah awak.”

Kuza terkejut, segera dia berpaling ke belakang. Sangkanya Rauf ‘hidup
semula’ tapi itu cuma bayangannya. Yang mati tetap mati... tak mungkin
hidup semula.

“Ini untuk awak.” Lelaki itu menyuakan secawan kopi kepada Kuza .

Mata Kuza jatuh pada cawan kertas di tangan lelaki itu.

“My treat. Ambil la... panas ni.” Adu lelaki itu tetapi masih dengan
senyumannya. Manja. Tiba-tiba Kuza teringatkan arwah suaminya. Suara
mereka sama dan juga perwatakan mereka yang mudah mesra dengan orang
baru mereka jumpa. Sama...

Kuza menyambut huluran lelaki itu... “Terima kasih.”

“Sama-sama... mind if I join you here?”

Kuza tak menjawab soalan lelaki itu dia cuma tersenyum kecil tak
berperasaan sebelum kembali memandang ke luar tingkap. Hujan masih belum
berhenti ‘menangis’ seperti dirinya juga.

Lelaki itu tak terasa pun dengan kelakuan Kuza , dia faham wanita itu
masih sedang bersedih.

“Hujan ni cantik kan... tapi gerimis dia mengundang sayu kadang-kadang.”
Tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara memecahkan kesunyian antara mereka.
Dia menyisip air kopi dicawannya dan Kuza mengerling perbuatan lelaki di
sebelahnya itu dengan ekor hujung matanya sebelum bibirnya tersenyum.

Betul.

Kadang-kadang bila tengok hujan yang renyai boleh buat hati rasa sayu
yang mendayu. Rasa macam terbawa-bawa perasaan ni.

“Awak doktor falsafah ke?” akhirnya Kuza bersuara juga.

Lelaki itu tersenyum sambil pandangannya masih setia memerhatikan ke
luar tingkap tapi sebenarnya dia suka bila Kuza mula memberi respon
kepadanya.

“Falsafah hidup bukan untuk orang yang bergelar doktor falsafah sahaja.
Kita orang yang biasa pun boleh berfalsafah kan?”

Kuza menggangguk perlahan.

Sepi lagi.

“Dugaan bukan untuk mematahkan semangat kita tapi nak buat kita lagi
kuat. Awak dan Raufara adalah satu. Kalau awak tak kuat, Raufara tak akan
ada semangat nak teruskan hidup. Stay strong...be a supermom that
Raufara can rely on you.”

Lelaki itu berdiri menghadap Kuza sambil tersenyum. Kuza terjeda.
Matanya tak berkelip memandang lelaki itu.

“Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Usai memberi salam, lelaki itu
menghilangkan diri disebalik pintu bilik sakit Raufara meninggalkan Kuza
yang masih dalam keadaan terdiam di situ. Cuba mencernakan kata-kata
lelaki itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience