BAB 11

Romance Completed 876

Zarraz menanti kedatangan Kuza . Mereka dah berjanji untuk makan tengahari
bersama-sama hari ini. Entah kenapa setiap kali berjanji dengan Kuza dia
akan datang 15 minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Dia tak nak
Kuza menantikan kedatangannya sebaliknya dia lebih rela menanti Kuza .

Akhirnya, wanita yang ditunggu sampai jua. Kuza memberi salam sebelum
menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Zarraz .

“Saya lambat lagi ke?” polos Kuza menyoal Zarraz .

Lelaki itu tersenyum... “Awak tak pernah terlambat tapi saya yang selalu
awal.”

Kuza ketawa kecil. “Dah order?”

“Belum... waiter.” Zarraz melambai tangannya kepada pelayan restoran
tersebut.

Masing-masing leka dengan makanan yang dipesan. Tapi dalam diam Zarraz
mencuri-curi pandang ke arah Kuza . Wajah yang sentiasa tenang tapi
sentiasa menarik minat Zarraz . Tapi hari ini Zarraz dapat rasakan ada
sesuatu yang menggangu Kuza .

“Kenapa muka macam monyok je ni? Ada yang tak kena ke, Kuza ?”

Kuza masih menunduk, garfu di tangan menguis nasi di pinggan... keluhan
kecil dilemparkan.

“Let me guess... Mak long awak datang bawa mulut lagi ke rumah awak?”

Kuza tersenyum kecil. Pahit. “Memanglah pergi mana-mana kena bawa mulut.
Awak ni tak kan nak tinggal pula mulut dia dekat rumah.” Dia cuba untuk
buat lawak tapi hambar.

Zarraz menggelengkan kepalanya... “Dia cakap apa?”

“Tak cakap apa pun... tapi dia bawa gambar.”

“Gambar? Gambar apa?” Jus oren diteguk perlahan.

Kuza mengangkat bahu... “Gambar bakal suami sayalah agaknya.”

Terbatuk terus Zarraz ! Merah terus mukanya menahan perit di tekak.

“Eh, awak... ok tak ni? Air... air... tisu. Nah, tisu!” Kuza cemas
melihat Zarraz yang tiba-tiba terbatuk kuat.

Zarraz mengangkat tangannya tanda dia ok. Sebelah lagi tangannya menutup
mulutnya dengan napkin yang disediakan di restoran itu. Terkejut beruk
dia dengar jawapan Kuza .

What on earth? Bakal suami?! No!

“Awak setuju ke?”

Berkerut dahi Kuza . “Setuju apa?”

“Yalah, kan mak long awak bawa gambar calon suami untuk awak. Awak
setuju ke kahwin dengan salah sorang calon tu?”

Kuza tersenyum sipis... entah sinis entah tak ada apa-apa maksud. Zarraz
tak boleh nak tafsirkan senyuman Kuza kali ni tapi yang pasti bukan
perasaan yang positif.

“Tak...”

Zarraz memandang Kuza .

“Tak akan setuju.”

“Macam mana kalau ditakdirkan suatu hari nanti awak jumpa seorang lelaki
yang betul-betul sayangkan awak dan Raufara . Awak setuju kahwin dengan
lelaki tu?” soal Zarraz .

“Tetap tak akan setuju. Saya tak akan kahwin lagi. Kahwin cuma sekali
dalam hidup saya. Rauf adalah suami saya dunia dan akhirat tak ada yang
lain.”

Zarraz mengeluh kecil mendengar jawapan tegas Kuza .

“Tapi Raufara masih kecil... dia perlukan kasih sayang seorang ayah. Awak
tak boleh pentingkan diri sendiri, awak kena fikirkan juga perasaan
Raufara . Mungkin pada luarannya dia nampak gembira tapi dalam hati dia
mungkin dia rasa kosong atau tak sempurna macam kawan-kawannya yang ada ayah,” ujar Zarraz tentang pendapatnya atau lebih tepat tentang isi hatinya.

Kuza memandang Zarraz . Tak dapat tidak memang dia terpaksa setuju dengan
apa yang diperkatakan oleh Zarraz . Bukan sekali dua Raufara bertanyakan
perihalnya abinya. Dan bukan sekali dua juga Raufara mengatakan dia
cemburu melihat kawan-kawannya yang lain mempunyai ayah sedangkan dia
tak ada.

“Saya tak nak Raufara ada dua ayah. Raufara kena belajar terima hakikat yang
abi dia cuma seorang dan abi dia dah tak ada sekarang.” Kuza masih tegas
dengan pendiriannya.

“She’s too young to understand adult’s pain. Bila awak menderita tak
semestinya awak kena tarik Raufara untuk turut sama rasa sedih awak. This
is not fair for her. She’s only five!” Entah kenapa tiba-tiba Zarraz
teremosi. Jawapan Kuza yang betul-betul pentingkan diri buatkan dia rasa
marah.

Perbualan santai tadi terus menjadi tegang. Sepanjang persahabatan
mereka, ini kali pertama Kuza dan Zarraz seolah-olah bertegang urat.
Bergaduh!

“Ada ayah baru tak semestinya Raufara akan lupa abinya. Abinya tetap ayah
kandungnya dunia akhirat. Tak akan pernah terputus hubungan mereka anak
beranak. Salah ke kalau Raufara nak tumpang kasih sayang seorang ayah pada
lelaki lain? Salah ke kalau lelaki lain yang sayangkan dia nak jadi
ayahnya? It is too wrong for that? Answer me Kuza Nauleya .”

“Drop the topic, Zarraz . Please...” Kuza dah tak sanggup bincang
tentang hal ni. Dia menyuap baki nasi ke dalam mulut walaupun pada
hakikatnya, nasi tersebut dah terasa pahit untuk ditelan. Terasa kasar
menyelusuri tekaknya. Perit!

Zarraz memejam mata. Mencari kekuatan.

“Marry me.”

Sekotak baldu berwarna biru gelap ditolak betul-betul di hadapan Kuza .

Kuza terkejut!

“Izinkan saya untuk jadi payung yang boleh menaungi awak dan Raufara dari
panas dan hujan.” Anak mata hitam pekat milik Zarraz tepat memandang anak
mata Kuza .

Suapannya terhenti matanya menatap wajah bersih milik Zarraz yang setia
merenungnya.

“Apa yang awak cakap ni? Awak bergurau kan?” Kuza ketawa kecil... ketawa
yang dibuat-buat. Sambungnya lagi. “Kan saya dah cakap... drop the
topic. I will never married again or change my decision, end of the
discussion.”

“No, I’m serious... this is not a joke. I really love you... I
want to marry you. And I want both of you in my life.”

Kuza hilang kosa katanya. Sangkanya Zarraz tak mempunyai apa-apa perasaan
terhadapnya tapi ternyata sangkaannya meleset jauh.

Zarraz sukakannya... atau lebih tepat Zarraz cintakannya!

“Zarraz , saya tak akan kahwin lagi.”

“Walaupun lelaki itu adalah saya?”

Kuza terdiam. Dia mengangkat pandangan matanya semula melawan mata Zarraz .

“Yes, even if the man is you.”

“Kuza , ambil masa selama manapun yang awak perlu. Pertimbangkan balik
lamaran saya. Awak pegang cincin ni, kalau awak setuju awak pakai cincin
ni dan kalau betul awak rasa tolak lamaran yang adalah yang terbaik.
Pulangkan kepada saya.”

Kuza tak berkata apa-apa lagi. Sebaliknya terus melangkah dari situ.

Zarraz mengeluh. Hilang terus semua bayangan pertemuaanya dan Kuza pada
tengahari tadi. Tetapi wajah ayu milik Kuza yang tenang luarannya tapi
disebaliknya seolah-olah ada satu ruang kosong yang membuatkan wanita
itu seperti keseRaufara masih kekal di mindanya...

Dia ikhlas membantu Kuza dan Raufara .

Tetapi dia takut semua kebaikan yang dia berikan kepada Kuza dan Raufara
disalah erti. Dia tak nak dituduh mengambil kesempatan atas budi yang
telah dia berikan. Bukan itu niatnya. Dia ikhlas. Sebab itu selama lima
bulan lebih dia memendam perasaannya kerana dia takut perkara seperti
tengahari tadi akan terjadi.

Dan apa yang dia takuti sememangnya terjadi.

Sepanjang lima bulan dia mengenali hati budi Kuza , betul-betul buat dia
terpaut hati pada wanita berwajah tenang itu. Dan hatinya juga turut
jatuh sayang kepada Raufara yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

Dia ikhlas hendak jadikan Kuza sebagai permaisuri hatinya dan Raufara
sebagai puterinya. Dia ingin melindungi mereka dan terus menyanyangi
mereka hingga ke akhirnya tapi mungkinkah Kuza akan berikannya peluang itu?

“Yes, even if the man is you.”

Kata-kata tegas yang terlahir daripada bibir Kuza betul-betul buat Zarraz
makan hati...

“Yes, even if the man is you.”

Zarraz merenung kembali siling biliknya yang kosong itu. Adakah Kuza akan
menerima lamarannya itu? Zarraz buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience