BAB 13

Romance Completed 876

Zarraz menanti kedatangan Kuza dengan sabar.

Wajah tenang milik Kuza akhirnya muncul. Zarraz tersenyum menyambut
kedatangan Kuza dan senyumannya berbalas. Wajah tenang itulah yang
menghantui mimpinya saban malam…

“Dah lama tunggu?”

Zarraz menggeleng perlahan.

“Tak, saya pun baru sampai.”

Kuza mengangguk. Kerusi yang berhadapan dengan Zarraz ditarik perlahan.
Sopan perlakuan Kuza itulah yang menarik minat Zarraz . Yang mengikat rasa
hatinya pada Kuza .

Kuza yang sopan, Kuza yang baik dan Kuza yang mencuri hatinya…

Zarraz mempelawa Kuza untuk memesan makanan tapi Kuza menolaknya dengan
baik, Kuza ingin terus ke agenda utamanya untuk berjumpa hari tu. Di
cari seluruh kekuatan yang ada di dalam dirinya untuk meluahkan
jawapannya pada lamaran Zarraz .

“Zarraz … awak lelaki yang baik.”

Zarraz memandang Kuza .

“Cukup baik malah terlalu baik untuk perempuan macam saya. Jujur saya
cakap, awak layak dapat yang lebih baik dari saya. Saya ni seorang
janda, awak lebih layak cari seorang gadis, Zarraz .”

Zarraz mengeluh perlahan. “Kuza , berapa kali saya nak cakap yang saya tak
kisahkan status awak. Saya sayang awak seadanya. Saya terima awak bukan
sebab status tetapi rasa hati saya untuk awak.”

Kuza tersenyum kecil. Mulia sungguh hati lelaki di hadapannya ini.

“Saya tahu… tapi saya minta maaf.”

Perlahan-lahan kotak baldu yang berisikan cincin yang Zarraz berikan
padaya sebelum ini ditolak ke arah lelaki itu. “Saya memang tak boleh
terima awak… pintu hati saya memang sudah tertutup untuk lelaki lain.”

Badan Zarraz tersandar ke belakang… perit rupanya rasa bila cinta hati
kita ditolak mentah-mentah tanpa kita sempat menunjukkannya.

“Saya dambakan cinta sejati yang kekal selamanya biarpun pahit
perjalanan untuk meraihnya. Tetapi demi redhaNya saya akan tempuh. Cinta
saya hanya milik seorang lelaki dan lelaki itu adalah arwah suami saya.
Dia cinta mati saya. Maafkan saya.”

Kuza diam seketika… terbayang masa hadapan bilamana dia terpaksa menahan
sakit telinga mendengar umpat keji orang pada dirinya. Hanya kerana dia
seorang wanita tanpa suami. Janda… tapi dia tak peduli…. Kalau itu
sahaja jalannya, dia akur dan dia akan tabah. Dia tak akan lagi lemah
dengan umpat keji tu. Dia akan tabah demi Rauf han… demi arwah Rauf .

“Saya bimbang kalau saya terima awak. Saya tak mampu untuk menyayangi
awak sebagaimana layaknya seorang suami meraih cinta isterinya. Saya
harap awak faham.”

Pada sesetengah orang mungkin mereka menyangkakan yang Kuza sangat bodoh
kerana tidak memilih Zarraz yang setia dan sangat kasihkan padanya. Tapi
percayalah memang ada di dunia ini orang yang dilahirkan setia pada yang
satu walaupun cintanya itu telah pergi dan dunia telah memisahkan mereka.

Zarraz membetulkan duduknya. Perlahan-lahan dia memandang wajah tenang
Kuza . Untungnya arwah Rauf memilik wanita sebaik Kuza sebagai
permaisurinya di syurga kelak.

“Saya faham dan saya hormat keputusan awak, Kuza .” Tanganya mencapai
kotak baldu yang diletakkan di atas meja oleh Kuza sebentar tadi. Tiada
guna kalau dia memaksa andai kata hati Kuza memang sudah tiada ruang
buat dia. Zarraz akur dan mengundur diri…

Zarraz tersenyum kecil. Senyuman yang ikhlas. “Jujur saya cakap. Saya pun
dambakan cinta seperti yang awak cakap tu. Cuma mungkin bukan awak
orangnya.”

Kuza mengangguk faham...

Sekarang semuanya sudah terlerai. Tak perlu lagi dia lari daripada Zarraz
dan tak perlu lagi Zarraz mengejarnya. Memang sudah tertulis jodoh Zarraz
Uwais bukan Kuza Nauleya dan sebaliknya…

Kuza meminta diri dan selepas salam diberi dia terus berlalu pergi
meninggalkan Zarraz sendirian di situ.

Zarraz hanya mampu memandang dari belakang sahaja. Sememang Kuza seorang
yang setia seperti maksudnya namanya Kesetiaan. Dan setianya hanya untuk
lelaki yang bergelar suaminya walaupun lelaki itu sudah lama tiada.

Ada orang kata jodoh kita yang tertulis dekat Loh Mahfuz ada tujuh
orang…. Kalau jodoh yang pertama tak berkekalan kita akan berjumpa
dengan jodoh kita yang kedua dan begitulah seterusnya. Jadi jodoh
seseorang itu bukanlah tak wujud tapi cuma tak berpanjangan sebenarnya.
Wallahualam.

Dalam kisah Kuza Nauleya …

Datanglah seribu Zarraz sekalipun, Rauf yang satu juga pilihan hati Kuza .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience