BAB 7

Romance Completed 876

Seperti biasa Zarraz datang melawat Raufara hari ni... memandangkan hari ni
cuti umum sengaja dia datang lebih awal berbanding hari biasanya. Dia
tersenyum memandang patung beruang yang agak besar saiznya di tangannya.
Mesti Raufara suka dengan teddy bear ni... bisik hatinya.

Setibanya dia di wad yang menempatkan Raufara , dia diserang rasa terkejut.

“Mana Raufara ?”

Kelibat Kuza juga tak kelihatan.

“Nurse mana little girl yang duduk di wad ni?” cemas suaranya.

“Oh... dia dekat emergency room sekarang. Tadi dia sesak nafas
tiba-tiba dan doktor syak jantungnya ada masalah.”

Zarraz mengucap panjang. Terduduk sekejap dia di situ sebaik sahaja
mendengar penjelasan nurse tadi. Mesti Kuza bertambah sedih sekarang.
Belum lagi anak kecilnya itu sedar tapi ada pula penyakit lain datang
menyerang.

Baru Zarraz hendak melangkah keluar dari bilik itu, kelibat Kuza muncul
bersama-sama maknya, Hajah Hanum dan mak longnya, Puan Hanim. Wajah
sugul Kuza menyapa pandangan matanya.

“Kuza , Raufara mana?” Itu sahaja yang mampu Zarraz tuturkan.

Mendengar pertanyaan Zarraz , menitik terus air mata Kuza . Tak mampu dia
hendak menjawab persoalan Zarraz sekarang... jiwanya galau.

“Maaf mak cik bertanya. Anak ni siapa?” Hajah Hanum menyoal Zarraz .

“Saya Zarraz . Kawan Kuza mak cik.” Dengan nada yang sopan Zarraz menjawab
soalan mak Kuza .

Hajah Hanum mengangguk kepalanya. Ini kali pertama dia berjumpa dengan
Zarraz kerana sebelum ini dia tak pernah bertemu langsung dengan Zarraz
dan sebelum ini dia cuma mendengar cerita daripada Kuza sahaja.

Zarraz memandang Kuza yang duduk di kerusi dambil merenung kosong lantai.
Dia tahu hati Kuza rasa sakit. Dia pun turut sama merasainya kesakitan itu.

“Dah lama ke kamu dengan Kuza berdating?” tiba-tiba sahaja entah dari
mana jatuh idea Puan Hanim untuk bertanya kepada Zarraz soalan itu.
Memang soalan itu biasa sahaja tapi dengan keadaan Raufara sekarang agak
biadap soalan yang ditanya tu. Tapi pandai pulak radio bergerak ni
pakai istilah dating bagai. Boleh tahan advance mak cik sorang ni.

Terkejut Zarraz dengan soalan itu.

“Kakak!” Hajah Hanum menegur perlakuan kakaknya tu.

“Apa? Salah ke kalau aku tanya dia? Kalau betul diaorang tak ada apa-apa
tak kan budak lelaki ni boleh datang sini selalu? Mesti dia ada apa-apa
hubungan dengan Kuza kan?”
Hajah Hanum mengusap dadanya... menahan sabar dengan perangai kakaknya
yang suka mencampuri hal keluarganya ini. Kuza pula diam tak berkutik,
dia dengar kata-kata mak longnya tu tapi dia terlalu letih untuk
berbalah dengan mak longnya tu.

“Bila nak langsung majlis dengan Kuza ?” sekali lagi dia menyoal.

Zarraz terkial-kial di situ. Selalu dia dengar cerita daripada Kuza
tentang perangai mak longnya ini tapi bila dia berjumpa sendiri barulah
Zarraz faham kenapa Kuza kadang-kadang boleh jadi stress dengan mak
longnya.

“Subhanallah, kak Hanim! Raufara tengah bertarung nyawa sekarang.
Tolonglah hormat perasaan Kuza , kak.”

Puan Hanim mencebik bibirnya... dia terus duduk di sebelah Kuza setelah
ditegur adiknya itu. “Aku tanya pun nak marah. Bukan aku buat fitnah.”
Bibirnya membebel-bebel.

Kuza dengar dengan jelas kata-kata mak longnya itu.

“Mak cik minta maaf Zarraz .”

Zarraz senyum kepada Hajah Hanum. “Tak apa mak cik. Tak ada apa yang
perlu dimaafkan pun. Yang penting sekarang kita doa Raufara selamat.”

Zarraz memandang Kuza . YaALLAH kau tabahkanlah hati wanita dihadapanku
ini. Kau selamatkanlah permata hatinya, Raufara . Penuh mengharap Zarraz
berdoa di dalam hatinya tika itu.

Susah senang kita... bukan pada kita terletaknya semua keupayaan untuk
mencapai sesuatu. Manusia cuma boleh usaha... yang menentukan
segala-galanya hanya Dia yang esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience