BAB 8

Romance Completed 876

*Sebulan berlalu...*

“Uncle!” Raufara menjerit riang.

Bibir Zarraz terhias dengan senyuman lebar sebaik sahaja
ternampak wajah comel Raufara . Cepat betul masa berlalu, terasa seperti
baru semalam dia datang hospital dan Raufara masih terlantar koma tapi
Raufara yang dulu terlantar sakit sekarang sudah hampir pulih bahkan
semakin girang. Memikirkan hal yang satu itu sudah cukup
untuk membuatkan hati Zarraz rasa gembira.

Sekali imbas dia memandang sekeliling bilik wad Raufara . Tak terlihat pula
Kuza ...

“Hey, lil princess... whatcha doing?” Zarraz menyoal Raufara dalam nada
seperti kartun Phineas & Ferb kerana dia tahu Raufara suka betul tengok
kartun ni.

“Raufara tengah baca buku. Ummi cakap kena study sebab minggu depan
Raufara ada ujian.” Petah anak kecil itu menjawab soalan Zarraz .

Berkerut dahi Zarraz . “Tapi Raufara kan tak sihat sekarang?”

“Ummi cakap... walaupun Raufara dekat hospital tapi Raufara kena belajar
juga sebab nanti kalau Raufara tak belajar Raufara dapat nombor banyak.”

Lagi panjang kerutan Dahi Zarraz . “Dapat nombor banyak?”

“Nombor satu dari belakang la maksud Raufara .” Tiba-tiba Kuza datang
menyampuk dari arah belakang.

“Awak dari mana?” soal Zarraz .

Kuza mengangkat tinggi bungkusan di tangannya. “Need to feed her
something... punya la bijak saya ni. Bawak makanan tapi pingan dengan
sudu tak bawak. So, pergi pinjam daripada nurse tadi.”

Membulat mulut Zarraz ...

“Ummi, Raufara dah habisstudy... can I play with uncle Zarraz now?”
polos si kecil meminta izin umminya.

“Yes, you may princess.”

“Yeayy!” Raufara bersorak girang, dia sudah hendak turun dari katil tapi
cepat-cepat ditahan Kuza .

“Aaa... aaa... wait my little daie.Eat your meal first then only
you can play with uncle Zarraz .”

“Ala... kejap lagi la Raufara makan.” Rengek anak kecil tu. Sejujurnya dia
bosan duduk di hospital. Sebab itu bila Zarraz datang menemaninya dia
rasa seronok.

“Raufara makan dulu ok? Makan banyak-banyak baru ada tenaga. Bila ada
tenaga baru boleh main lama-lama.” Zarraz memujuk si kecil itu supaya
mengikut arahan umminya sambil mengusap lembut kepala Raufara .

“Ok.” Laju sahaja si kecil itu mengikut kata-kata Zarraz . Dia mengambil
sudu yang disua oleh Kuza kepadanya. Dia menyuap nasi ke dalam mulut
sambil memandang Zarraz .

“Uncle tunggu Raufara tau...” nasi yang penuh di dalam mulut tersembur
keluar beberapa butir, Zarraz ketawa. Comel betul...

“Annur Raufara , cuba senonoh sikit. Kunyah sampai habis baru cakap.”

Raufara mengekek melihat umminya marahnya. Ala, marah-marah sayang...

“Ok, uncle tunggu Raufara makan sampai habis. Nanti kita main toys
yang uncle baru beli untuk Raufara .”

Membulat mata si kecil itu bila tahu ada permainan baru yang menantinya.
Kuza pula sudah menggeleng kepalanya. Setiap kali datang setiap kali itu
juga ada sahaja benda yang Zarraz belikan untk Raufara . Kalau tak untuk
Raufara , untuknya. Sudah ditegah berbuat demikian... tapi manusia yang
bernama Zarraz Uwais ni boleh tahan degilnya. Sama macam arwah
suaminya... tegas dengan pendiriannya. Biarlah orang lain membantah,
menghalang sekalipun. Kalau dia tahu apa yang dia buat tu betul dia buat
juga.

Kuza memandang Raufara dan Zarraz bersilih ganti. Macam anak dan ayah.
Mesra... kalaulah arawah Rauf masih ada mesti Raufara manja macam
sekarang... dia tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience