BAB 10

Romance Completed 876

Jari telunjuk Zarraz lincah menyentuh permukaan telefon pintar
Samsungnya. Sesekali bibirnya tersenyum lebar. Gambar-gambar Raufara yang
sedang membesar memenuhi ruang telefonnya. Jari telunjuknya berhenti
slide gambar... gambar Raufara sedang makan ais krim sambil mulutnya
comot membuatkan Zarraz tersenyum. Dia slide ke tepi... gambar Raufara
sedang bermain belon... gambar Raufara sedang merajuk... gambar Raufara
teruja. Semuanya comel-comel belaka.

Memang Zarraz terpaksa mengaku yang dia sangat sayangkan Raufara .
Macam manalah dia tak jatuh sayang kepada anak kecil ni. Zarraz ingat
lagi semasa Raufara mula-mula sedar daripada komanya dulu, Raufara ‘kenal’ dia!

Tipulah kalau Zarraz cakap dia tak terkejut bila Raufara yang dalam keadaan
lemah itu boleh kenalnya sedangkan Raufara tak pernah langsung berjumpa
dengannya dalam keadaan sedar. Zarraz sangkakan Raufara mungkin tak kan
kenalnya lagi selepas sedar. Tapi jangkaannya ternyata meleset.

“Raufara kenal uncle?”

Raufara menggeleng kepalanya. “Raufara tak kenal muka uncle tapi Raufara
kenal suara uncle. Masa Raufara tengah tidur uncle selalu cakap dengan
Raufara . Raufara dengar je suara uncle baca cerita-cerita princess
dekat Raufara . Masa uncle borak-borak dengan Raufara pun Raufara dengar.”

Semangat si kecil bercerita pada Zarraz .

“Uncle punya suara sedap, Raufara suka bila uncle baca quran dekat
Raufara tapi Raufara tak boleh nak balas. Raufara dah cuba uncle. Tapi tak
boleh juga, Raufara pun pelik kenapa bila Raufara nak cakap dengan uncle
tak boleh, dengan ummi pun. Penat tau Raufara .” Bibir kecil itu mengeluh.

Takjub? Allah sahaja yang tahu perasaan Zarraz masa tu. Sampai mati pun
Zarraz tak mungkin lupakan kenangan yang satu itu. Sungguh dia tak sangka
perbuatannya yang berbual dengan Raufara semasa dia sedang koma
mengeratkan lagi hubungan mereka. Raufara memang anak yang bijak...

Jarinya terhenti sekali lagi tetapi kali ni bukan gambar Raufara
sebaliknya gambar umminya Raufara yang sedang duduk sambil memegang
handphonenya. Gambar Kuza yang Zarraz curi-curi ambil ketika mereka
bertiga keluar hari itu.

Zarraz merenung sisi wajah Kuza yang tenang itu. Bibirnya
mengukir senyuman.

“Kuza Nauleya ...”

Tiba-tiba bibir yang dihiasi senyuman tadi bertukar muram. Zarraz
mengeluh perlahan sambil mengusap belakang tengkuknya.

Jatuh cinta?

Jatuh hati?

Jatuh sayang?

Jatuh suka?

Hah...

Empat soalan satu jawapan. Dan jawapannya adalah YA. Zarraz memang dah
terlalu cintakan, sayangkan, sukakan Kuza . Kalau orang cakap hati kita
boleh bernyanyi... hati Zarraz saban hari menyanyikan nama Kuza .

Aduh, parah betul bila hati dah suka tapi takut bertepuk sebelah tangan.

Sekali lagi bayangan wajah Raufara dan Kuza bermain-main di mindanya.
Zarraz mahukan mereka berdua menjadi ratu dan puteri hatinya di dunia dan
juga akhirat nanti.

Dia hendak menjadi payung tempat Kuza dan Raufara berteduh dan dahan
tempat mereka bergantung harap. Mungkin sekaranglah masa yang terbaik
untuk dia meluahkan perasaannya.

Zarraz nekad dia ingin melamar Kuza .

Kalau jodoh tak ke mana...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience