BAB 2

Romance Completed 876

Raufara memandang wajah umminya yang tampak sugul. Perlahan-lahan anak
kecil yang berusia 5 tahun itu bergerak mendapatkan umminya.

“Ummi…”

Kuza tak sedar.

“Ummi…” sekali lagi sekecil itu menyeru umminya. Bahu umminya digoncang
perlahan.

Kuza tersedar. Dipalingkan kepalanya kepada Raufara … si cantik hatinya.
Buah hatinya dan arwah suaminya yang tercinta, Rauf .

Zulaikha Raufara binti Ahmad Rauf .

“Ummi… Raufara nak tanya satu benda boleh?”

Kuza tersenyum.

“Apa sayang? Tanya banyak pun boleh.”

“Abi hensem tak?”

Kuza ketawa kecil mendengar soalan puterinya. Ditarik perlahan puterinya
ke dalam pelukannya.

“Hensem… hensem sangat.” Dia membisikkan ayat itu di tepi telinga puterinya.

“Hurmm… hensem macam Shah Rukh Khan tak?”

Makin besar ketawa Kuza . Dia tak salahkan Raufara yang tak ingat wajah
abinya kerana cuma dua bulan sahaja Raufara sempat bermanja dengan abinya.
Mana mungkin ingatan si kecil itu kuat sedangkan dia masih kecil. Gambar
dengan orang yang betul kadang-kadang berlainan mungkin sebab ini Raufara
menyoal ibunya.

“Abi lagi hensem daripada Shah Rukh Khan. Kalau Raufara nak tau… abi la
lelaki yang paling hensem dalam hidup kita.” Bibirnya terukir senyuman
manis, terbayang-bayang raut wajah arwah suami yang tercinta di matanya.

Raufara menganggukkan kepalanya tapi riak wajahnya masih jelas tampak
keliru.

“Tapikan ummi, ustazah Raufara cakapkan… lelaki yang paling hensem sekali
dekat dunia ni Nabi Yusuf. Betul ke, ummi? Tapi ummi cakap abi yang
paling hensem. Macam mana tu? Raufara tak faham.” Polos si anak kecil
bertanya pada umminya.

Kuza tersenyum kecil mendengar soalan anaknya itu. Kanak-kanak memang
suci… pemikiran mereka betul-betul lurs dan naif. A kata kita A la
katanya. Betullah orang cakap, didikan ibu bapa yang bakal mencorak
peribadi anak itu sendiri.

“Betul sayang… apa yang ustazah Raufara cakap tu betul. Tapi bagi ummi
lelaki yang paling hensem dalam hidup kita adalah abi. Nabi Yusuf semua
orang cakap dia hensem. Tapi bagi abi pula… ada yang cakap ya dan tak.
Tapi pada pandangan kita, abi yang hensem. Macam tu la maksud ummi. Ok,
Raufara faham?”

Gadis kecil itu menggaru sedikit kepalanya. “Ummi terang panjang sangat.
Raufara peninglah…” Gadis kecil itu merengek manja. Pada siapa lagilah dia
boleh bermanja melainkan pada umminya yang seorang ni.

“Ok, tak apa… macam ni. Nabi Yusuf hensem… abi pun hensem!”

“Tapi siapa lagi hensem? Abi ke Nabi Yusuf?”

Kuza ketawa kecil… seronok melayan keletah anaknya yang masih mahu
bersoal jawab dengannya tentang siapa lagi hensem.

“Raufara … Nabi Yusuf tu ciptaan Allah s.w.t. kan?”

Raufara mengangguk laju kepalanya.

“Abi pun ciptaan Tuhan kan?”

Raufara mengangguk lagi…

“Ingat tak ummi pernah cakap ciptaan Tuhan ni tak ada cacat celanya.
Semuanya cantik-cantik belaka.”

Raufara diam sejenak… tangannya mengurut-urut dagunya yang licin. Dia
seperti memikirkan sesuatu.

“Maknanya apa?” Kuza sengaja menduga anaknya.

“Maknanya… dua-dua hensem…”

Kuza mengusap kepala anaknya sambil tersenyum. “Ha, pandai pun anak ummi.”

Raufara tersengih menayang giginya yang putih bersih dan tersusun rapi
itu. Kuza merenung wajah puterinya yang sedang tersenyum itu… saling tak
tumpah seperti wajah abinya… Rauf .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience