SESSION 9

Horror & Thriller Series 1139

"Terlalu banyak soalan di minda
Satu - persatu pasti terlerai
Siapa engkau yang sebenarnya
Pasti tidak percaya...."

Kilauan cahaya matahari memantulkan balik pada bumi nilai hari itu begitu tenang sekali.

Hujung minggu ini aku, Shasa, Nini dan Suhaila mesti pergi jalan - jalan bersama tidak kisahlah dimana pun kami tetap hendak spend time bersama.

Selalunya Aeon mall, Nilai tempat sasaran kami melepak atau berpusing - pusing disitu bukan nak beli apa - apa pun tapi hanya sekadar mencuci mata sahaja tapi mungkin hari ini kami terasa hendak pergi lebih jauh sedikit dari nilai mungkin kami akan pergi ke Seremban jalan - jalan di sekitarnya.

Tempat jam 10:00 pagi kami sudah sampai di Seremban sebelum itu kami jalan - jalan melihat pemandangan kota Seremban sampailah kami berehat di sebuah cafe untuk menghilangkan rasa penat dan dahaga.

"Aku rasa macam nak masuk Palm mall lah nak tengok baju - baju sebab hari selasa group aku dah start presentation so mana tahu ada baju yang sesuai? "

Itulah Nini setiap ada presentation setiap itu lah beli baju katanya baju dalam almari sudah bosan memakainya tapi bila tibanya presentation takda pula dia nak memakainya.

"Aku rasa nak ikut Nini lah aku nak tengok kasut."

Suhaila dan Shasha berkata dengan serentak kalau masing - masing nak masuk Palm mall bermakna aku pun kenalah ikut sekali dengan diorang manalah tahu ada kedai - kedai disitu menarik perhatian aku untuk membeli ke apa?

Hampir dekat 2 jam aku dalam kedai pakaian kalau dah namanya perempuan memang sesatlah nak keluar dari kedai sedang sibuk mereka memilih baju, seluar, dress, blaus dan apa - apalah sekejap masuk bilik persalinan sekejap keluar balik bilik persalinan lepastu panggil kakak yang kedai pakaian itu pening kepala melayan kerenah mereka.

Aku mengambil keputusan untuk keluar dari kedai pakaian itu dan pergi jalan - jalan sekitar mall di situ hilanglah sedikit bosan aku menunggu tiga ketul itu.

Aku berjalan sampailah aku terpacak betul - betul kedai bernama 'MANNEQUIN HOUSE' sungguh comel dan klasik kedai itu lain dari lain kedai - kedai yang ada disini sebelum ini tidak pernah nampak pun nama kedai ini dimana - mana cawangan mungkin kedai baru kat sini.

Terasa mata aku dipukau apabila melihat pelbagai koleksi patung - patung mannequin disitu sungguh cantik dan comel seakan - akan bernyawa.

Tanpa aku sedar kaki aku sudah melangkah masuk ke dalam kedai ini.

"Hai selamat datang ke Mannequin House" seorang wanita yang comel menyambut aku dengan ramah sekali aku membalasnya dengan senyuman sahaja mungkin kedai ini pemiliknya kataku dalam hati.

"Boleh saya tengok yang ini sekejap?"

Mataku betul - betul tertumpu pada patung mannequin dihadapan aku bukan pakaian yang dipakai oleh patung itu tetapi patung mannequin itu yang menarik perhatian aku.

"Sure why not kalau nak tengok lagi ada banyak yang cantik - cantik kat dalam?"

Aku mengangguk - angguk kepala baru sahaja aku mengikut pemilik kedai tersebut terasa tangan aku dicengkam dengan kuat oleh seseorang membuatkan aku terbantut untuk mengikut pemilik kedai itu.

"Urmm nanti saya akan menyusul cik sebelum tu saya nak tengok yang kat sini dulu?"

Aku memberi alasan untuk melihat disini terlebih dahulu terus pemilik kedai tadi mengangguk dan beredar dari situ.

'Cik! mohon jangan datang kedai ini lagi kerana saya juga seperti cik ingin melihat sajaha patung - patung mannequin sahaja tetapi saya dibunuh dan dijadikan patung mannequin!'

Aku memandang tepat pada mata guli patung mannequin seperti manusia yang asli tangan patung itulah yang mencengkam pergelangan tangan aku dengan kuat membuatkan aku terkejut tadi 'hidup kah patung ni? ' kata aku dalam hati tiba - tiba air mata patung mannequin dihadapan aku mengalir seperti ada perkara yang tersirat yang ingin disampaikannya kepadaku dan aku cuba fahami bahasa isyarat pergerakan patung mannequin itu tetapi aku hanya mengusap - ngusap tangan itu dan membelai rambutnya walaupun aku tidak faham apa yang disampaikannya tapi hati naluri aku mengatakan ada sesuatu yang berlaku berlaku padanya.

' Aku mohon sangat!'

' Lari! Lari! Lari!'

tangan patung mannequin tadi melepaskan genggaman tanganku kerana pemilik kedai datang kembali sempat aku memberi note kecil meletakkan pada tangan patung mannequin itu.

"Cik jom ikut saya."

Aku menoleh sekali lagi kearah patung mannequin tadi betul - betul mengharapkan aku tidak ikut pemilik kedai ini.

Baru sahaja aku nak masuk bersama pemilik itu tiba - tiba telefon aku berdering keluar tertera bernama Nini.

Aku memberi isyarat kepada pemilik itu yang aku tidak jadi hendak tengok lagi koleksi patung mannequin itu membuatkan air muka pemilik itu tiba - tiba bertukar suram walaupun dia hanya senyum manis kepadaku cepat - cepat aku keluar dari kedai itu membuatkan bulu roma naik secara tiba - tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience