SESSION 13

Horror & Thriller Series 1139

Manusia tidak serik melakukan kesilapan
Selagi ada ruang untuk dibetulkan
Selagi itulah hidupnya dihantui membuat kesalahan......

Terketar - ketar tangan aku apabila melihat badan makhluk ngeri itu penuh dengan darah menghempap badan Chens seakan dia juga sudah tidak bernyawa tiada hembusan nafas dan tiada suara usikan dari dia aku betul - betul terduduk lemah di sisi Chens.

Adam menarik dengan sekuat hati si makhluk itu terus dia mencampak jauh dari kami semua aku hanya memerhatikan Adam memberi bantuan oksigen kepada Chens baju penuh darah yang dipakai oleh Chens dikoyakkan

"1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8"

setiap kali nombor sebutan itu berulang setiap itu lah kedua - dua tangan Adam tidak berhenti pam ke dada Chens juga bersilang mendengar pernafasan Chens sudah 10 minit dia tetap tidak memberikan tindakan refleks.

Adam memandang kami semua pandangan yang teramat sangat kami kecewa semua menundukkan muka sunggul masing - masing aku masih tidak percaya kenapa semudah itu mereka percaya yang Chens sudah tiada? Kenapa cepat sangat berputus asa?

Adam mengambil kain untuk menutup badan Chens seolah - olah dia sudah meninggalkan kami semua aku terus merembat kain yang ditutup badan Chens terus aku melempar jauh - jauh terkejut Adam melihat perbuatan aku.

"Roze kau kena sedar yang dia dah tak de?"

"NO! " aku menggeleng - gelengkan kepala tidak percaya sekali pon apa yang dikatakan.

"Roze percayalah dia dah tak de tolonglah!

"KENAPA KORANG AKU BUAT MACAM NI KENAPA TERLALU CEPAT BERPUTUS ASA KORANG SENDIRI KATA KITA NAK BEBAS DARI SINI KELUAR SAMA - SAMA TAPI.. "

"Roze! "

"Jangan cakap apa - apa lagi dengan aku!

"Roze!" masing - masing menyebut nama aku kepala aku betul - betul terasa nak meletup

"KAU TAHU KENAPA AKU DENGAN SEMUA NI MUDAH SANGAT BERPUTUS ASA SEBAB AKU DENGAN SEMUA ORANG DAH MALAS NAK HADAP SEMUA INI KAU TAHU BERTAHUN - TAHUN AKU TERPERANGKAP KAT SINI SAMA DENGAN CHENS SI MARSHA ENTAH HILANG KEMANA AKU LAGI SANGGUP MATI DARIPADA HIDUP MACAM NI! "

Adam menggoncang bahu aku hanya pandangan membatu barulah aku sedar siapa diri aku dan siapa aku untuk mengarah - arah mereka semua tiba - tiba terasa ada satu beban yang sungguh menyakitkan menghinggap kepala aku seperti tembus kedalam otak aku mengerang kesakitan yang susah nak mengawalnya sehingga dapat merasakan badan aku sudah jatuh ke atas tanah kedengaran suara sayup - sayup memanggil nama aku.

Pantulan cahaya begitu menyilaukan mata susah aku untuk melihat sekelilingnya kedengaran suara siren ambulans begitu bingit sekali dan berganti silang dengan suara - suara manusia begitu riuh rendah di situ.

Aku ingin menghampiri di kawasan itu tetapi ramai orang menyerbu terlebih dahulu membuatkan pergerakkan aku terbatas situasi ini seperti pernah berlaku cuma tidak tahu di mana? hanya mata aku mampu menyaksikan agenda tersebut.

Terlihat darah pekat mengalir atas jalan tar seperti ada kemalangan baru sahaja berlaku sedang kepala aku meninjau - ninjau dan memanjang leherku ingin melihat siapa kemalangan tersebut kerana kejadian betul - betul berhampiran rumah sewa aku tapi sayang wajahnya kelihatan blur susah aku hendak memfokuskan tiba - tiba mata aku mengalih tiga susuk tubuh yang aku amat kenali iaitu kawan - kawan serumah aku pelik mereka juga berada disitu dan amat lah bingung sekali mereka nangis teresak - esak seperti dalam kemalangan tersebut adalah kenalan rapat.

Aku ingin memanggil nama mereka tetapi mulut ku terkunci tidak mampu aku berkata - kata hanya boleh memerhatikan mereka dari jarak jauh sahaja anggota keselamatan mediks telah mengangkat pesakit terbabit dalam kemalangan tersebut di atas strecher dan di naikkan di dalam perut ambulans dan terus bergegas menuju ke hospital.

Hanya sekelip mata aku sudah sampai di hospital aku tidak tahu bagaimana aku boleh berada di sini seperti tarikan daya dengan kelajuan kilat cahaya aku terpacak di sini tapi mengapa boleh terjadi?

Di sudut ruang penunggu terlihat beberapa manusia begitu sangat aku kenalinya siapa lagi kalau bukan mama dan papa riak wajahnya yang penuh sunggul sekali apa yang mereka sedang menantikan belum sempat aku hendak pergi kepada mereka siren ambulans berbunyi lagi tanda ada pesakit menuju ke kecemasan dan para - para mediks datang menyorong strecher yang ada pesakit itu, pelik kenapa mama dan papa menyambutnya sambil menangis teresak - esak seperti kehilangan orang yang disayang hati aku mula tidak sedap siapa dia sebenarnya di atas strecher itu.

Depan bilik pembedahan mama dan papa tidak dibenarkan masuk mama sudah meraung bagai orang hilang akal papa disitu memujuk mama sayunya hati apabila melihat mereka begitu tetapi mengapa mereka menangis bagai orang gila untuk orang luar adakah mama dan papa tidak pedulikan aku lagi siapa aku di mata mereka

"Ma...

"Pa....

Air mata aku mengalir tanpa sedar, aku menggagahkan diri untuk lihat siapakah dia di mata kawan - kawan aku dan mama papa yang mereka begitu risau sekali. Aku dengan berani menolak pintu bilik pembedahan disitu beberapa doktor berusaha menyelamatkan pesakit tersebut hairan mengapa mereka tidak sedar kehadiran aku disini terlalu penting sangat kah pesakit itu perlu diselamatkan.

Mata aku meninjau - ninjau teringin sangat melihat pesakit itu aku melangkah satu maju lagi, alangkah terperanjatnya aku wajah yang aku kenal sangat - sangat yang begitu mirip dan sama secetak itu tidak mungkin berlaku. Ia.. Ia adalah AKU

"TIDAKKKKKK!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience