SESSION 12

Horror & Thriller Series 1139

"Buai laju - laju ,
sampai pokok sena,
Apa dalam pasu,
sekuntum bunga mawar,
Jangan diambil kerana sudah berpunya.... "

"Roze?"

Suara itu yang membuat aku berasa tenang kadang - kadang terasa annoying juga, suka cari gaduh dan malu hendak memandang wajahnya terus aku memusingkan badan aku untuk menoleh kearahnya.

Aku menghembus nafas dengan selega - leganya apabila Chens yang menepuk bahu aku tadi aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda tiada apa - apa yang berlaku terjadi walaupun baru sahaja aku menyaksikan dengan secara siaran langsung tadi hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku.

"Kau pergi mana tadi puas kiteorang cari
kau? "

"Bahaya waktu malam sorang - sorang kat tengah hutan nanti jadi apa - apa kat kau susahlah nanti kenapa tak panggil jer aku? "

Muka aku terus berubah dan menoleh ketempat lain tidak tahu kenapa rasa sensitif sangat apabila menanyakan soalan begitu hati aku kecewa apabila ditujukan soalan begitu menampakkan aku segala punca dari masalah.

"Kalau tahu aku menyusahkan kenapa cari aku dan kenapa tak biarkan aku sorang - sorang sahaja kat sini ?"

"Aku minta maaf kalau asyik menyusahkan korang kalau korang rasa aku ni beban aku boleh jer tinggal sorang - sorang dalam hutan ni?"

Entah kenapa air mata aku terus mencurah dengan laju pada pipi aku susah betul hendak menahannya walaupun sedaya upaya aku cuba menahan agar tak tumpah tapi apakah daya aku seorang perempuan yang lemah dan mudah tersentuh.

Sekilas pantas Chens menarik bahuku terus muka aku tersembam pada bidang dadanya yang agak sasa itu.

Apa benda dia cuba lakukan kepada aku terus aku menolak dadanya tapi kudrat seorang wanita seperti aku tidak berdaya dan lemah kerana dia semakin erat memeluk bahu aku membuatkan aku terdiam dan terkesima.

"Ushhhh, aku yang sepatutnya minta maaf aku tak sepatut tinggal kau sorang - sorang kalau jadi apa - apa kat kau tadi aku tak boleh nak maafkan pada aku sendiri nanti. "

Aku hanya mendengar sahaja kata - katanya tiba - tiba dia mencium embun - embun kepalaku membuatkan degupan jantung aku berlari pecut seperti maraton dan terasa darah aku berderau laju mengalir seluruh tubuhku membuatkan aku rasa hendak berlari jauh dari situ dan tak nak tunjuk muka ini dihadapannya tanpa berfikir panjang terus aku menolak bidang sasanya dan jauh dari dia.

"Jangan risau aku okay."

Aku hanya melemparkan secebis senyuman walaupun dia sendiri tahu senyuman tadi hanyalah palsu sahaja dan menoleh ketempat lain

'Sudah naik gila ke dia tu atau ada benda lain yang merasuknya?'

Aku meninggalkannya dia berseorangan disitu tidak mahu memandang wajahnya itu.

"Ha pergilah sana sorang - sorang tahu ke jalan balik sesat lagi sekali nanti jangan panggil nama aku lagi? "

Terus aku mematikan langkah dan menepuk dahi aku berkali - kali nak tak nak terpaksalah hadap mukanya lagi.

'Haishhh, kenapalah dengan aku ni?'

Sepanjang tu aku hanya mendiamkan diri sahaja tidak mahu berkata apa - apa lagi biaralah suasana malam yang menyaksikan muka asam keping aku ini.

Setelah sampainya di tempat istirahat kami aku sekali lagi bernafas lega tapi terasa jauh pula dari sini tempat aku sesat tadi rasanya hanya 7 langkah sahaja semasa menemani jasmin menunaikan hajatnya tadi membuatkan aku rasa keliru sekejap.

Jasmin terus meluru kepada aku membuatkan aku tersentak dengan kehadirannya secara tiba - tiba.

"Roze kau pergi mana setahu aku kau yang nak sangat suruh aku cepat - cepat balik
tadi lepastu kau tiba - tiba jer blah camtu penat tau kejar aku panggil bukan kau nak dengar?"

Aku dah mula mengerutkan dahi mustahil aku dengar Jasmin memanggil nama aku setahu aku, aku sendiri memanggil nama dia berkali - kali tapi dia sudah tidak ada disitu.

"Alhamdulillah, sekarang ni Roze dah selamat so tak payah nak fikirkan apa - apa lagi yang berlaku tadi."

"Okay?"

Entah dari mana Adam muncul disebelah Chens semua orang bersepakat mengiyakan kata - kata Adam begitu juga aku kerana tiada mustahil kerana bila - bila sahaja perkara ini akan berlaku sekali lagi cumanya kita perlu berhati - hati mungkin kata - kata itu hanya menyedapkan hati aku sahaja yang tiap kali bercampur aduk yang pelbagai perasaan aku sekarang ini.

Tiba - tiba Linda muncul dengan tercungap - cungap ditambah pula wajah cerahnya menjadi pucat lesinya seperti dikejar sesuatu semua menoleh kearahnya dengan penuh tanda tanya, baru perasan bukankah sepatutnya Marsha ada dengannya?

Sebab tadi Chens bagitahu yang masing - masing berpecah untuk mencari aku agar memudahkan pencarian tapi macam mana lah si mata biru yang jumpa aku terlebih dahulu haa apa - apa jer lah.

" Mar...Mar... Marsha dah kene culik dengan diorang lepastu....."

Belum sempat Linda menghabiskan kata - katanya terus tubuhnya terjelepok mujur Adam sempat menyambutnya dan badan Linda tidak jatuh ke atas tanah.

Adam mencempung tubuh Linda dibawa masuk ke khemah bagi menenangkan keadaan si Linda begitu juga Chens mengikut jejak Adam bagi menghulurkan bantuan kepadanya.

Tekanan nadi dan telah diambil kira oleh Chens memang begitu lemah sekali keadaan Linda mungkin terkejut melihat agenda yang berlaku di hadapan matanya tadi mujur dia sempat melarikan diri daripada ditangkap oleh orang - orang lagak seperti askar jepun yang amat mengerikan itu.

Linda dah mula sedar Adam mencapai air minuman terus diberikan kepada Linda separuh botol air minuman itu ditinggalkan memang benar tekaan aku mungkin Linda sedaya upaya menggunakan seluruh tenaganya untuk melarikan diri.

Tiba - tiba air mata Linda mengalir laju teringatkan peristiwa tadi.

"Marsha.... Marsha.... Marsha"

Terketar - terketar bibir Linda apabila menyebut nama Marsha terselah wajahnya yang belum hilang pucatnya mungkin cukup dahsyat apa yang beraku kepada Linda dan Marsha tadi aku dan yang lain mula menunjukkan riak risau semoga tiada apa - apa berlaku keatas Marsha.

Adam cuba menenangkannya rambut Linda berwarna coklat itu diusap - usap perlahan muka Linda tersembam pada bidang sasa Adam.

Tiba - tiba...

Kedengaran tapak kasut memijak daun - daun kering dan ranting rapuh disitu membuatkan kami berasa cemas sekali lagi Chens memberi isyarat agar masing - masing tidak mengeluarkan sebarang suara atau bunyi serta cahaya dari lampu touch light dipadam serta merta membuatkan tempat menjadi gelap gelita hanya rembulan sahaja dapat menerangi seluruh hutan belantara itu.

Aku terlihat dihujung pohon ara yang besar ada satu lembaga bertenggek di atas pohon itu cepat - cepat kepala aku menoleh pada Chens tangannya pula tiba - tiba merangkul bahuku membuatkan muka aku tersembam pada bidang sasanya dia memberi isyarat menyuruh aku senyap aku hanya mengikut sahaja arahannya tanpa sebarang petah.
"KREK...
"KREK...
"KREK...

bunyi seperti pisau patah sahaja kedengarannya bunyi daun dan ranting patah juga kedengaran apabila ada seseorang atau makhluk lain yang memijaknya semakin lama semakin dekat bunyi itu membuatkan aku menutup mata dengan serapatnya begitu juga Jasmin dan Linda mungkin berasa cemas ketika itu juga.

Adam memberi isyarat kepada kami harus beredar dari khemah ini jika makhluk itu lihat khemah ini kemungkinan dia tahu keberadaan kami disini tetapi harus memancing makhkuk itu agar tidak lalu tempat khemah kami di sini.

Chens memberanikan diri untuk mengumpan makhluk itu membuatkan aku rasa nak telan sahaja si mata biru ini hidup - hidup!

'Kenapalah kau ni berani sangat!'

Terjengil mata aku apabila Chens sendiri mahu mengumpan makhluk hodoh itu sendiri dengan muka dia terlalu yakin sangat

'Aishhh, buat hal lah mamat mata biru ni! '

Aku memandangnya dengan tidak puas hati mungkin berbaur risau juga?

Mata aku tidak lekang asyik perhatikan sahaja gerak geri Chens yang penuh cermat dan berhati - hati agar daun - daun dan ranting dipijaknya itu tidak terlalu kuat di dengarnya sasarannya dia perlu mengalihkan pandangan makhkuk itu dari lalu tempat khemah ini akhirnya Chens berjaya menuju pada semak - semak dia mengambil ranting yang agak besar mungkin dia mahu membaling ke arah makhluk itu tekaan aku tepat balingan itu betul ii terkena kepala makhluk itu.

"AARGHHHHH!"

Jeritan dari makhluk itu tersangatlah kuat sehinggakan burung - burung juga berterbangan dek terkejut mendengar suara ngeri itu juga membuatkan kami berasa takut dan tidak mampu berkata apa - apa.

Semakin lama makhluk itu menjadi agresif seperti makhluk zombie dalam cerita train to busan yang lebih menakutkan 2 kali ganda dari movie horror itu tiba - tiba dia berpatah balik ketempat semak di mana Chens menyorok disitu mungkin dia dapat menghidu siapa yang baling kepadanya.

Aku dapat merasakan jantung aku semakin lama hendak terkeluar sahaja dari tempatnya serta peluh cemas pada dahiku tidak habis - habis menitis dan mengalir pada muka comot aku ini melihat makhluk itu semakin hampir dengan Chens berkali - kali aku berdoa semoga makhkuk hodoh itu tidak ternampak Chens sekalipun bayangan atau kelibatnya badan ini terasa hendak terbang sahaja pergi kepada Chens.

Chens mengambil langkah berhati - hati untuk beredar dari situ hinggalah dia sampai pada pokok yang agak rendang berhampiran dengan semak tadi makhluk hodoh itu tidak lagi agresif apabila tidak dapat menjejaki Chens membuatkan aku dan rakan - rakan lain bernafas lega dan kami juga harus beredar dari tempat khemah ini belum sempat kami nak pergi dari situ malang tidak berbau Chens tersungkur pada akar pokok yang menjalar panjang itu membuatkan dia mengerang kesakitan dia tidak dapat berdiri mahupun bergerak kerana kakinya betul - betul tersangkut pada akar pokok itu jantung aku berdesup apabila makhluk mengerikan itu dengan penuh berdarah serta berbau hair berlari dengan rakus menuju kepada Chens.

Wajah tiada mata tetapi mempunyai deria bau yang sangat kuat makhluk yang mengerikan itu betul - betul berhadapan dengan Chens pisau patah yang dimainkan terus mahu menusuk dada Chens mata aku memejam serapat yang mungkin tidak sanggup melihatnya syukur sempat Chens mengelaknya tetapi kudrat makhluk ngeri itu lebih kuat dari kudrat sesorang lelaki perkasa si mata biru itu

"AARGHHHH!"
sekali lagi jantung, pankreas dan organ - organ lain terasa nak tercabut rasanya apabila Chens menjerit kesakitan apabila makhluk ngeri itu menoreh tangan kiri Chens aku sendiri pun tidak sanggup menahan kesakitan terasa nyilu walaupun bukan aku yang rasa tanpa berfikir panjang lagi aku mengambil kepunyaan Chens dan menuju ke arahnya tangan aku ditahan oleh Linda

" Roze what are you doing? "

mata Linda menjengilkan kepada aku ini bukan masa sesi soal jawab ini antara hidup dan mati bila - bila masa nyawa Chens boleh melayang.

"sokay, trust me!"

tanpa berfikir apa - apa lagi aku terus berlari menuju kepada Chens walaupun aku tahu perbuatan aku betul - betul tak masuk akal langsung dan kenapa aku harus berkorban untuk si dia?

Tidak jauh dari sini tetapi terasa jauh hendak menghampiri Chens dan makhluk hodoh itu pisau berkarat bercampur darah itu hampir - hampir menusuk pada dada iaitu berhampiran pada jantungnya Chens sedaya upaya dia melawan makhluk hodoh itu sehabis yang mungkin tapi apakah daya...

"CHENS!!"

berderau darah mengalir seluruh organ badan membuatkan semua menjadi batu dan tidak berkata - kata hanya mata sahaja menyaksikan agenda di depan kami aku terus melempar objek yang penuh darah itu lutut aku lemah terduduk aku disitu masing - masing menuju kepada Chens dan aku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience