SESSION 6

Horror & Thriller Series 1139

" Lihat siapa yang ada bersama engkau
kerna jiwa dan raga kita
sentiasa bersama....."

Seperti biasa Adam terlebih dahulu mengetuai berjalan dan memastikan kami mengikutnya dari arah belakang.

Dia memberi isyarat supaya kami semua berhenti dan membongkok kerana terdapat bayang - bayang manusia sedang berjalan mungkin mereka yang masih mencari mangsa lagi seperti kami semua untuk dijadikan patung mannequin seperti tadi.

Dalam hati aku dan mungkin kawan - kawan aku yang lain juga berdoa agar dilindungi dan dapat keluar dari tempat ini yang aku tak berapa nak pasti.

Setelah bayang - bayang itu pergi sedikit rasa lega kami rasakan Adam memberi isyarat sekali lagi untuk meneruskan berjalan dengan perlahan - lahan dan memastikan tiada satu pun bunyi.

Dalam hati ku asyik bertanya bilalah hari nak siang kenapalah masa terlalu lambat sangat nak berjalan.

Sampai sahaja di depan pintu, Adam membuka pintu perlahan - lahan kelihatan seperti bilik stor kerana terdapat pelbagai koleksi ngeri patung boneka mannequin ada tinggal badan, separuh badan dan ada yang sebelah tangan sahaja yang tinggal.

Patung - patung mannequin ini semua tidak sama seperti dalam kedai - kedai pakaian atau aksesori kerana patung - patung mannequin ini kellihatan seorang manusia yang asli dah telah diawetkan seakan - akan boleh hidup dan bergerak seperti patung boneka mannequin yang menyerang kami tadi.

Kami berjalan penuh berhati - hati semata - mata tak nak terpijak mana - mana barang disitu.

Entah dari mana dia muncul tiba - tiba kepala patung mannequin terjatuh betul - betul depan kaki Linda membuatkan Linda tersentak dan terjerit kecil.

Tindakan refleksnya terus tangan Adam dipaut dengan kuat.

Sekali lagi irama muzik kotak yang selalu dipamerkan di kedai - kedai hadiah dimainkan lagi.

Argghhh! Tak kan lah sekali lagi kiteorang nak jumpa makhluk gila ni!

Aku tau masing - masing tengah berdebar walaupun hanya menunjukkan reaksyen biasa tapi muka pucat masing - masing tak dapat nak disorokkan.

Aku seperti biasa bersedia menghayun kayu besbol pada patung - patung mannequin itu lagi.

Semakin jauh kami berjalan semakin dekat dengan bunyi itu aku tahu semua kawan - kawan aku disini termasuk aku sekali benci mendengar irama kotak muzik ballerina yang tengah dimainkan.

Ada satu pintu yang tidak berkunci kalau diikutkan plan Adam kami harus lalu jalan sebelah kanan tapi disebabkan pintu menuju ke kantin terkunci terpaksalah kami lalu jalan sebelah kiri kerana terdapat hanya satu pintu tidak berkunci dan kami mengharapkan pintu itu dapat tembus ke kantin atau mana - mana laluan untuk kami keluar dari tempat ini.

Seperti biasalah Adam mendahului untuk membuka pintu yang tidak dikunci itu dengan perlahan - lahan terdapat lima patung mannequin sedang asyik menari - nari mengikut irama muzik ballerina.

Kalau satu patung mannequin boleh tahan lagi kalau lima patung mannequin?

Seperti kelas tarian sahaja kami melihat patung - patung itu menari dengan gaya lenggoknya yang keras kerana mereka patung diperbuat daripada lilin yang tidak dapat menari dengan lembut seperti manusia tetapi menakutkan terasa nak terkeluar sahaja jantung ini dari tempat asalnya.

Sekali lagi Jasmin tersenggol kerusi - kerusi di situ masing - masing memandang tepat ke arahnya.

Haihhhss! Kami menepuk dahi serentak dengan perlahan time - time ni lah si Jasmin nak tersenggol sana tersenggol sini macam manalah dia tak perasan ada kerusi disitu wahai, cik Jasmin oi!

'Jasmin! Why are you sooo carelesss?'

Tanya Linda dengan nada dikeraskan tetapi perlahan hanya kiteorang sahaja boleh dengar takut patung - patung mannequin disitu mendengariynya ada perasaan berbaur marah disitu mungkin dia trauma apa yang berlaku pada dia tadi.

'I am so.... sorry!'

Jasmin mencebik bibirnya meminta simpati.

'Huhh, speechless!'

Linda masih tak berpuas hati Adam di sebelahnya cuba menenangkannya kembali.

'Guys! Rilex come on.."

Chens juga cuba mengawal situasi tidak mahulah bertengkar disini lagipun bukan masa sesuai nak bergaduh, bergurau - senda ke apa? sekarang ni fokus kepada misi!

Kami menoleh kembali kearah patung mannequin tadi.

'Ada satu, dua, tiga, empat.......' Yan sempat mengira patung - patung mannequin disitu tetapi seperti tidak cukup satu sahaja.

'satu lagi.... Dah takda?'

Kami mengerutkan dahi masing - masing memandang antara satu sama lain seperti biasalah kedengaran sepasang tapak kaki sedang berjalan - jalan kearah kami.

"Krekk....

"Krekk....

"Krekk....

"Krek....

Kami terpaksa berpecah - pecah kerana ada laluan yang menghalang untuk kami menyorok bersama.

Nasib menyebelahi aku dengan Chens kerana sempat menyorok almari kayu saiz agak besar berhampiran disitu.

Aku mengharapkan kawan - kawan aku yang lain sempat menyorok juga.

Di celah - celah almari ini terdapat lubang kecil untuk melihat ruang persekitaran.

Sekali lagi bunyi tapak kaki menghala kepada aku dan Chens.

Semakin dekat tapak itu menghampiri kami semakin kuat jantung aku berbunyi.

"krek....

"krek....

"krek...

"krek...

Aku menekup muka aku dengan tangan tak sanggup melihat makhluk itu berjalan menghampiri kami berdua.

Aku dan Chens hanya mampu berdiam diri dan berserah kepada-NYA.

Tiba - tiba almari kami terkuak sendiri membuatkan aku terjerit kecil dan menutup mata dengan serapat yang mungkin.

'Hey! Ni kiteorang lah! '

aku membuka mata perlahan - lahan.

'korang ke rupanya?'

aku melafaz lega mujur bukan patung mannequin gila yang membukanya.

'mana dia pergi? '

tanya Chens kepada mereka

' Tak tau?'

masing - masing menggeleng - gelengkan kepala.

' Sekarang ni kita kena beredar dari sini sebelum patung - patung itu datang kembali disini! '

Adam memberi arahan kepada kami dengan segera kami menuju ke pintu masuk kedalam kantin apa yang telah diaturkan oleh Adam tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience