"Jaga dan lena seperti tiada bezanya
sehinggakan dua - dua
tidak dapat engkau nak beza....."
"Kau tak payahlah nak cubit - cubit badan kau ini bukan dalam mimpi tau ini R.E.A.L.I.T.I!"
Perempuan berambut bob menegur aku mungkin dia melihat tingkah laku aku tadi.
"Sekarang ni kita kena fikir macam mana kita semua nak keluar dari tempat ni?"
Seorang lagi perempuan rambut lurus paras sebahu merenenungkan matanya satu persatu memandang kami.
Aku hairan sekali lagi dah kenapa nak keluar dari tempat ni? Aishhh, terlalu banyak soalan berputar dalam kepala otak aku ni!
"Itu kita fikir - fikirkan cara nak keluar dari tempat ni."
kata perempuan berambut kerinting itu lagi.
"At first, kita kenalkan diri kita dulu sebab kat sini pun ade budak baru datang ke sini."
"pertama kali nama aku Marsha dan aku dah tinggal sini dekat 5 tahun so aku paling senior lah kat sini. "
Kami semua mengangguk - anggukkan kepala apabila dia memperkenalkan dirinya Marsha si rambut kerinting kini giliran perempuan berambut bob pendek pula mengenalkan diri.
"Hai semua nama aku Jasmin korang boleh panggil min atau jas so aku duduk sini pun baru 3 tahun."
"Aku Yan, Dayanti"
"Aku pon sama macam Jasmin"
Yan si rambut lurus paras sebahu mengenalkan diri.
Mata aku mengalih sesuatu satu tubuh yang sedang nyeyak tidur waktu sebegini pun dia masih lena dibuai mimpi?
" Yang kau tengok tu Lin atau nama panjangnya Linda dia memang macam tu ribut ke takde ribut dia tetap buat kerja hal sendiri macam tu lah tapi macam mana pun dia tetap baik. "
"Walaupun perangai dia agak menjengkelkan."
Jasmin menyampuk kata - kata Marsha.
Marsha memberitahuku serba sedikit pengenalan tentang Lin atau nama sebenarnya Linda aku hanya sekadar mengangguk tanda respon kepada Marsha.
"Mesti kau tengok Linda tu macam pernah nampak kan? "
Aku mengangguk - angguk kepala aku, Yer! Aku macam pernah nampak dia sebelum ni tapi dimana?
" Kalau kau nak tahu Linda tu dari ahli kumpulan 'The Wannababes' mesti kau tak percaya kan? "
Ialah siapa yang tidak kenal Linda salah seorang ahli kumpulan yang paling termashur dan popular sekali di sekolah Sri Bangsar seketika dahulu ramai yang teringin masuk dalam kumpulan itu kalau The Wannababes menawarkan atau menerima ahli baru 3 hari 2 malam belum tentu nyeyak tidur asyik memikirkan populariti sahaja.
"Then mesti kau tertanya - tanya macam mana Linda boleh ada kat sini?"
aku mengangguk lagi sekali ingin nak tahu sangat kenapa si Linda dari ahli The Wannababes boleh ada kat sini?
Seperti tiada logik langsung keberadaannya disini.
Marsha memotong percakapan Yan membuatkan Yan terus senyap membisu mungkin Marsha adalah seorang sahaja senior disini membuatkan yang lain menghormatinya apa sahaja arahannya.
"Takpa lah itu nanti - nanti kiteorang cerita sedikit demi sedikit tentang kiteorang dan macam mana kita boleh ada kat sini?"
"Eh! Sebelum tu kau tak kenal pun diri kau kat kiteorang?"
Tegur Jasmin memandang aku, aku hanya tersenyum menayangkan barisan gigi cantik aku.
"Hai korang nama aku Roze just panggil Roze jer and mesti korang tahu kan yang aku baru beberapa minit ada kat sini...?"
Masing - masing mengangguk kepalanya setelah aku memperkenalkan diri
"Okay semua dah kenalkan diri kan sekarang ni kita cari jalan macam mana nak keluar dari sini!"
Kata Yan yang masih menanya soalan yang sama melihat reaksi mukanya seperti tidak sabar dan gelisah mahu keluar dari tempat ini.
" Okay sebelum tu kita tak boleh terburu - terburu buat keputusan korang tahu kan tempat ni macam mana dan dah berapa ramai yang melarikan diri tapi sorang pun tak berjaya melepaskan diri..?"
Marsha yang paling lebih makan garam dia lebih tahu tentang situasi di tempat ini.
Aku pula diam membisu tidak berani masuk campur hal urusan mereka aku cuba fahami tetapi tetap tidak fahami.
Apa dah jadi sebenarnya kenapa nak sangat keluar dari tempat ni?
" Sorry aku nak tanya lagi boleh?"
semua mata - mata tertumpu pada aku membuatkan aku semakin rasa bersalah pula hendak bertanya.
" Kenapa kita semua tak ikut sekali yang ramai - ramai tadi melarikan diri kan lebih mudah dan senang?"
"Tidak serabut kepala otak memikirkan bagaimana keluar dari tempat ini?"
"Macam Marsha cakap dah berapa ramai pun yang cuba keluar dari tempat ni tapi sorang pun tak berjaya yang ramai - ramai tadi cuba melarikan diri belum tentu mereka berjaya tapi kalau nasib menyebelahi mereka ada harapanlah mereka keluar dari tempat ini. "
Aku menganggukan kepala hanya sedikit informasi aku faham apa yang disampaikan oleh Jasmin.
Kedengaran pintu kayu bilik kami dihempas dengan kuat membuatkan semua tersentak mendengar bunyi itu.
"HOI! KORANG SEMUA TAK RETI NAK TIDUR KE DAH PUKUL BERAPA NI? ESOK KALAU AKU KEJUTKAN SORANG TAK BANGUN LAGI SIAPLAH KORANG! LAGI SATU KALAU KORANG ADA CUBA - CUBA NAK LARIKAN DIRI MACAM DIORANG TADI MEMANG NAHASLAH!"
Seorang perempuan bermuka garang menengking - nengking kami dan sebelah tangan kananya memegang kayu coti yang mempunyai kesan darah terus beredar dari tempat itu sambil mengheret kayu cotinya.
Semua disitu muka kelihatan pucat lesi sama seperti aku melihat perempuan garang entah dari mana tiba - tiba datang dan marah dengan penuh emosi.
Share this novel