SESSION 1

Horror & Thriller Series 1139

"Tidurlah nyeyak sampai tidak
terjaga pun tidak mengapa kerna
bangun dari jaga
serupa tiada bezanya......"

Malam semakin larut, waktu begini aku dengan kawan - kawan serumah masih belum tidur apa lagi masing - masing melayan media sosial kalau bukan aktiviti kami apalah kami nak buat tengah malam buta ni selain melayan internet.

Selalunya hujung minggu kiteorang akan pergi dataran tapi disebabkan lepas shooting sempena hari guru kiteorang tak larat nak pergi sana dan berehat kan diri di rumah sewa sahaja.

Aku macam selalu lah kalau nak dekat 2:00 pagi aku akan mati kan telefon dan cas telefon lepastu barulah tidur tapi sebenarnya memang tidak baik pun cas telefon semasa kita tengah tidur tapi dah jadi habit aku setiap kali hendak tidur kononnya bangun dari tidur bateri penuh 100 %

Dalam jam 4:00 pagi kedengaran suara orang begitu riuh rendah sekali aku pun terjaga dalam tidur aku nak tahu juga apa yang terjadi.

Aku gosok - gosok mata aku yer lah kan kalau bangun dari tidur mestilah pedih sebab kilauan cahaya dari lampu.

Tak tau kenapa rasa sejuk sangat malam tu aku ambil selimut dan menyelubung ke tubuh pelik nak kata hujan tak pun dalam minggu ni belum lagi tanda - tanda mahu turun hujan jenis orang macam aku ni sering melihat ramalan cuaca mungkin pagi buta ni hujan mula nak turun alhamdulillah.

Aku lihat sekeliling dalam bilik disitu orang begitu ramai berpusu - pusu keluar dari bilik seperti mengejar atau dikejar sesuatu hairan macam mana bilik yang aku duduk ni boleh muat orang lebih dari 10 orang dan macam mana bilik aku bertukar jadi bilik asrama seperti PLKN cumanya katil yang bertingkat dan digabungkan depan katil ada ruang kosong jarak beberapa meter terlihat loker - loker besi disitu.

Aku semakin hairan kepala aku ligat berputar apa jadi dengan aku?

Dan mana kawan - kawan serumah dengan aku?

Tiba - tiba tangan aku ditarik automatik badan aku tersentak kerana tindakan refleks rupa - rupanya seorang perempuan berambut bob pendek menarik tanganku.

"Jom turun"

aku hanya mengikut sahaja katanya aku turun perlahan - lahan dari tangga katil kerana katil ini 3 tingkat belum lagi aku pernah nampak selain katil 2 tingkat moden betul bilik ini.

"Nak tanya yang ramai - ramai tadi lepastu berlari keluar bising - bising tu kenapa yer?"

Aku sebenarnya takut nak tanya soalan kepada mereka yer lah kan tiba - tiba muncul entah dari mana tiba - tiba tanya soalan aneh - aneh tapi tak salahkan?

"Kau ni budak baru kan? "

seorang perempuan rambut kerinting tanya kepada aku.

Nak tak nak aku mengiyakan sahaja tak kan lah aku nak bagitau yang aku ni tiba - tiba muncul atau jatuh dari langit tak pasal - pasal orang kata aku gila tak pun dihumbankan ke dalam tong sampah besar.

"Kau nak tau ke orang ramai - ramai tadi yang bising - bising pastu berlari macam kejar sesuatu?"

Tanya si rambut bob pendek lalu aku mengangguk laju macam burung belatuk tanda nak sangat tahu.

"Ade seorang ni namanya Lily melarikan diri pastu yang ramai - ramai tadi ambil kesempatan melarikan diri juga kononnya nak mengejar Lily atau mencari Lily!"

Terang rambut bob pendek kepadaku, dahi aku berkerut - kerut tidak faham dengan situasi dan solasi.

Siapa Lily? kenapa pula nak melarikan diri? aku mencubit - cubit lengan tanganku, 'sakit' tapi aku masih dalam situasi itulah tengok drama Thailand banyak sangat sampai diri pun terpengaruh ingatkan buat begini akan sedar dari mimpi ngeri so.... bermakna yang aku alami sekarang ni realiti bukan fantasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience