SESSION 8

Horror & Thriller Series 1139

"Manusia terlalu bongkak!
sanggup gadaikan nyawa
hanya kerana wang
sanggup bertunduk bertuhankan syaitan.. "

"Gedebuk! "

Kawan - kawan aku yang sedang dibuai mimpi terus bangun kerana terkejut mendengar objek terjatuh di hadapan kami begitu juga
Linda dan Jasmin yang tengah mamai daripada tidur terus berpeluk erat dalam ketakutan apabila mendengar bunyi itu tersebut.

"T.....to...tolong...!"

"T....to...to...long..!"

"Aarrghhhhhh!!"

Yan menjerit dengan sekuat hati bagaikan terkena histeria apabila makhluk itu merangkak - rangkak menghampirinya.

Terlampau banyak darah mancut - mancut membuatkan kami terasa hendak muntah tambahan pula bau yang hanyir memasuki rongga - rongga hidung kami.

Rupa - rupanya makhluk itu juga seperti kami 'manusia' tetapi separuh badannya hilang dari anggotanya terkejut kami dibuatnya terasa nak pecah dada aku melihatnya.

Sumpah! aku tak pernah melihat seperti ini sebelum ni? Aaaaaarrhhh, jiwa aku kacau tempat apa sebenarnya ni? Dan kenapa aku terlibat sekali? Why? Aku? Semua muka kelihatan pucat sepucatnya seperti mayat hidup.

Bunyi seretan objek tajam berhampiran dengan kami bunyi yang membuat kami menutup telinga kerana sakit dek ngilu dan berdesing.

Perlahan - lahan kami meninggalkan tempat ini setiap bunyi seretan objek tajam itu kami melangkah dengan penuh hati - hati.

Tiba - tiba bunyi seretan itu menghilang tetapi.......

"Sa...tu..... Cak! "

"Du....a... Cak!

"Eh, takda juga? " bunyi degupan jantung berkencang dengan hebat seperti acara sukan marathon.

Kami terlihat bayang - bayang seseorang mungkin dia yang membunuh manusia tadi satu per satu dia membuka pintu.

"klak...

"Ni mesti ada?"

"he..he..he..he.."

bunyi suara ngilainya yang halus itu membuatkan bulu roma tengkuk aku meremang dan setiap dia bersuara dan bunyi pergerakannya setiap itu jugalah aku asyik menelan air liur sampai habis aku hendak menelannya lagi.

"PAM!! "

Bunyi pintu kantin dihentak dengan kuat membuatkan kami tersentak terkejut mendengarnya.

Aduhh... banyak - banyak pintu? Pintu ini jugak kau nak masuk! Sekali lagi aku mengeluh dengan lemah hanya mampu berserah kepada maha Esa.

"Ti....ga..Cak!"

"Eh, tak kan takda lagi? "

"He... He....He... "

"Aku Tahu......."

"Nak main sorok - sorok ke? "

"He... He... He... "

Kini dia betul - betul dihadapan kami bunyi seretan tajam itu rupanya adalah sebilah kapak ditanganya banyak lumuran darah merah pekat pada objek tajam itu dan diseretkan sampai lantai pun ada kesan darah.

Kami tidak sempat hendak keluar dari kantin ini tapi alhamdulillah kami sempat menyorok dibawah meja nasib ketujuh - tujuh kami muat dan duduk serapat - rapatnya yang mungkin semata - mata tak nak terkeluar dari tempat kami menyorok.

Kini dia berhenti betul - betul dihadapan kami kapak yang dipegangnya digoyang - goyangkan selepas itu.....

"hurmmm......hurmm....

"hurmmm......hurmm....

Mata aku menutup rapat - serapatnya saat ini debaran semakin terasa tangan aku sudah berpeluh - peluh, aku tidak melihat rakan - rakan aku yang lain walaupun mereka ada berdekatan dengan aku mungkin mereka juga berdebar apa yang aku rasa.

Ya Allah selamatkan lah hamba mu ini ya Allah aku mohon perlindungan mu dari syaitan yang di rejam.... Aku hanya mampu berdoa dalam hati.

Sekali lagi dia bernyanyi dan mengheretkan kapak yang berlumuran darah itu.

"Di mana dia......

"Buah hati saya....

"Buah.....hati saya....

"Ada di.....

Aku mengharapkan sangat apa yang aku alami sekarang ni bukan lah realiti tapi hanya rekaan mimpi sahaja.

"BANG!!

Bunyi kapak dicampakkan di atas meja di tempat kami menyorok membuatkan Linda terjerit kecil akibat terkejut cepat - cepat dia menutup mulut sehinggakan berjujuran air mata mengalir di pipi mungkin tiada harapan untuk kami keluar dari tempat ini.

Adakah kami bersedia dan rela riwayat kami tamat di sini?

tiba - tiba aku teringatkan kepada mama dan papa aku terlalu banyak dosa aku kepada mereka 'Ya Allah ampunilah aku....

Dia mengambil kapaknya kembali yang dicampakkan di atas meja tadi sekali lagi dia menghampiri tempat kami.

Haishhh, bila lah dia nak keluar dari sini...? Bukan hatiku sahaja yang berkata demikian mungkin rakan - rakan aku yang lain juga mengharapkan benda itu pergi dari sini.

Satu.... Dua... Tiga.... Em....

"Klak....

Bunyi pintu terbuka kami lihat sekali lagi tiada bayang - bayang mahupun kelibat dia tadi berada di sini kami bernafas lega betul - betul lega dapat merasakan nyawa kami betul - betul di hujung tanduk, mungkin dia sudah pergi ke tempat lain.

Chens menyuruh kami cepat - cepat beredar dari tempat ini kemungkinan dia akan datang sini pada bila - bila masa sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience