Siang mengganti malam suram
Episod lepas tidak akan berulang
Engkau pasti tidak kembali kisah silam?
Mata aku terus terbuntang dan bangun dari tempat aku baring. Eh, sekajap bagaimana aku boleh disini? Aku melihat sekeliling bilik ini kecil tapi cantik kerana tersusun sangat rapi rumah siapa ni? Ahhhh, terlalu banyak fikiran bermain di minda.
Tiba - tiba teringat peristiwa tragedi hitam yang aku sudah kehilangan seseorang yang begitu penting dalam hidup aku tapi kenapa aku mengatakan dia sangatlah penting.
"Chens....
"Aku tak dapat nak teruskan hidup macam ni kalau kau pun dah takde depan mata aku, gelak aku, nangis aku, marah aku, siapa lagi kan sudi mendengarnya kalau lepas ni berlaku lagi aku serahkan jiwa aku kalau nyawa aku tergadai sekali pun aku berserah kehendak -NYA dan...."
" Mana boleh macam itu, selagi nyawa aku dikandung badan selagi tu lah aku berusaha melindungi orang yang aku sayang. "
Aku terkesima betul - betul tidak percaya mahu menangis, gembira campur nak marah pun ada semua perasaan seperti mahu dihamburkan sekali gus sahaja adakah benar di depan mata aku adalah dia ke aku bermimpi atau desolasi semata - mata.
Dia membawa semangkuk bubur dan segelas air kosong terus meletakkan diatas meja bersebelahan katil yang aku tengah tersandar lemah dia duduk di birai katil betul - betul sebelah aku, empangan aku mula bertakung bila - bila masa sahaja akan melempah keluar.
"Come? "
Dia mendepangkan kedua - dua tangannya sambil senyum sengetnyer yang sebelum ni aku begitu kerek sekali senyuman itu tapi itulah senyuman yang paling aku rindu sekali perlahan - lahan aku mendekatinya terus dia menarik badan aku dan memeluk aku sekuat hati seperti tidak mahu melepaskan dan seakan tidak akan berjumpa dengannya selepas ini.
Bahunya terhincut - hincut dan kedengaran keesakkan yang halus adakah dia menangis? Aku terpana?
"aku gagal jaga kau, aku gagal lindungi kawan - kawan dan aku gagal bawa semua keluar dari sini."
Aku senyap hanya mendengar segala rintihan dia luahkan dan bertemankan degupan jantung begitu sukar mengawalnya kerana tindakan refleksnya.
"kau tahu aku jadi tak keruan bila kau tak sedarkan diri masa tu aku fikir kau dah takda lagi kat dunia ni 3 hari kau terbaring
kat sini. "
Aku kaget apabila Chens mengatakan aku tidak sedar selama 3 hari tapi rasa baru sehari aku tidak sedarkan diri.
Aku jadi buntu dan keliru mungkin terlalu banyak spekulasi di ruangan minda aku.
Chens menyambung luahannya lagi.
"kau tahu masa kau tak sedar lagi aku yang tukar pakaian kau, mandikan kau pastu... "
Terus aku menolak bidang sasanya apabila dia sendiri mengatakan dialah yang menguruskan segalanya untuk aku.
Eiiiiiiii, mereng ke mamat sepet ni nyahhh kau jauh - jauh di sana selimut disitu aku rentap dengan kuat aku menyelubung seluruh tubuhku dan duduk serapat - rapatnya yang mungkin terus merah bagai udang fresh dipanggang wajah aku ketika itu.
"Tak guna kau, Chens!"
pandai betul si mamat mata biru ni berlakon, ceh!
Dia melemparkan riak selamba badaknya ishhh geram nyer si sepet ni rasa nak cubit - cubit pon ada!
Dengan perlahan - lahan dia merangkak ke atas katil menuju kepada aku terbuntang aku melihat tindakan dia apa yang dia nak buat pula lepasni tak kan lah lepas dia pengsan terus jadi biul sebegini kini wajah dia betul - betul depan mata aku bunyi hembusan nafas halus jelas kedengaran terus aku menutup selimut pada muka aku.
" Janji dengan aku kau jadi milik aku and be my wife after kita keluar dari sini, okay? "
Sekali lagi aku terkesima perlahan - lahan selimut aku turunkan seluruh darah menyerbu ke jantung menyebabkan jantung terus mengepam dengan laju atas tindak balas refleksnya terketar - ketar tangan aku walaupun suasana bilik memang tidak sejuk hanya penggunaan angin tingkap luar sahaja.
Dengan beraninya sekali lagi dia mengangkat tangan kanan aku dan menguncupnya lama.
Arghhhh, damainya ketika itu perasaan yang tidak pernah aku rasa sebegini.
Tiba - tiba pintu bilik terkuak cepat - cepat aku menarik tangan sempat pula dia mengenyitkan mata birunya, haishhh pandainya dia ambil hati manusia seperti aku
"By the way yang pasal aku cakap tukar baju kau tu aku tipu jeww"
Terus dia melompat dari katil sebelum bantal mini melayang ke arah muka kacaknya.
"CHENS!!"
PAP!
Tepat tu memang lah tepat tapi sayang sasaran tu ke arah lain bantal mini yang aku baling tersasar pada orang lain tapi yang pasti bukan kawan - kawan aku yang mengejutkan aku beliau tangkas menepis balingan aku wahhh, macam handal ilmu persilatan dia mengambil bantal mini tersebut lalu menghampiri aku dengan senyuman tuanya.
"Cu, dah sedar yer.... "
Mungkin aku patut gelarkan sebagai datuk kerana wajahnya sudah dimamah usia.
Lihat dari sudut luar dia sesoarang tua yang baik tapi dari dalam tiada siapa yang tahu selain maha esa.
Aku hanya menerbitkan senyuman sahaja aduhh, rasa bersalah pula perbuatan aku tadi.
"Arrrr, pakcik errr atok errr encik pasal tadi saya tidak sengaja dan mintak maaf.."
Ini semua gara - gara mamat sepet tu kalau dia tak mulakan dulu takda lah aku rasa bersalah tadi sehingga nak sebut pun tergagap - gagap.
"hahahaha, takpe lah cu sekadar panggil tok pon dan memadai."
"baik tok. "
aku tertunduk rasa bersalah masih menebal kuasai diri mata aku sempat mengerling si mata biru itu yang sudah terjengkit - jengkit hendak keluar dari pintu terus tok tadi mengambil tongkatnya terus di ketuk kepalanya terhambur ketawa aku melihat reaksinya menahan kesakitan dan menggosok kepalanya berkali - kali, aku menjelir lidah tapi dia mencemikkan bibirbya minta belas kasihan lah tu, werkkkk!
"Tok, saya nak tanya sedikit hanya hal agak kepentingan sahaja boleh? "
"boleh cu sebelum tu jemput makan petang sama - sama"
Aku akur dan tunduk hormat kepada beliau.
Sungguh menajubkan bahkan di alam nyata belum tentu kewujudannya benar lah tuhan itu maha kehendak - NYA aku melihat sekeliling rumah tok ramai kanak - kanak riang berlari sana - sini malah semuanya indah - indah belaka tidak dapat aku gambarkan seolah aku sudah di alam lain atau alam ghaib (bunian) benarlah kata - kata orang apabila masuk alam lain sudah lupa asal - usulnya.
"Tok bagaimana kami boleh ada di sini? "
Tanya ku penuh berhati - hati takut ada kata yang mengguris hati.
Tok melemparkan pandangan jauh tapi aku tidak pasti ke mana renungannya itu dilemparkan lamanya orang tua ni hendak bersuara susah sangat kah soalan aku berikan?
lama dia mendiamkan diri tiba - tiba tok bersuara agak terkejut kami disitu, tok ni selalu tiba - tiba.
"Hutan yang korang semua tumpang itu adalah milik keturunan kami Sang kelembai yang menjaganya tapi malangnya sudah terbunuh seorang wanita pembuat patung lilin atau mannequin malah kedudukan ini sudah dirampas segalanya."
tok itu terus menunduk kesepian mungkin rasa sedihnya tidak hilang lagi yang lain sudah mengerut dahi tidak faham atau cuba faham apa yang dispekulasikan oleh orang tua itu tadi.
sebentar, wanita pembuat patung lilin? adakah dia juga mengurung kami dan mengumpulkan semua manusia dan diawetkan semata - mata koleksi dimata manusia?
Tiba - tiba aku teringat sebuah kedai yang aku tidak pasti apa nama kedai itu dan banyak koleksi patung mannequin seakan manusia tulen dan benar - benar hidup.
"Tok cakap pembuat patung tu perempuan kan boleh bagitahu siapa nama dia? "
Tok merenung aku sedalam - dalamnya membuatkan aku terkulat - kulat di situ aku dah tersalah cakap ke?
Terus dia berlalu pergi dari situ dan meninggalkan kami semua terus Jasmin, Linda, Dayanti, Adam dan Chens mengajak aku ronda - ronda kawasan itu.
Haihhhhh, tenangnya tasik biru bercampur ungu ni walaupun pelik tetapi masih tenang kerana airnya, masing - masing sudah menjulurkan kaki ke air tasik huuuuu sejuk dan menyegarkan cuma Marsha tidak ada ketika ini hanya tuhan sahaja yang tahu dalam hati kami masing - masing bila Marsha hilang secara tiba - tiba tapi selagi kami hidup selagi itulah kami mencarinya tanpa henti.
"Korang boleh aku tahu apa dah jadi dengan kita semua ni? "
aku memecahkan kesunyian, masing - masing pandang antara satu sama lain sekali lagi susah sangat ke soalan aku tadi?
"Tok tu lah yang selamatkan kita semua kau tahu tok tu ada kuasa hebat tau dia mampu menukarkan hutan yang diceritakan tadi pada....
terus Yan menutup mulut Jasmin dengan tangan dikaup rapat - rapat sampai lemas si Jasmin itu hingga terkapai - kapai.
"Oh my god you are so obviously girl kan tok tu dah bagi arahan jangan bagitau! "
Linda sudah menepuk dahi berkali - kali dan mulutnya terkumat - kamit.
"WAIT! "
"rahsia apa ni!"
"SHUSSSSSS"
Serentak mereka shut kepada aku terus aku terdiam seketika.
"Okay, Iam quite? "
Adam memulakan ceritanya masing - masing tekun mendengarnya.
5 Hari lalu,
"BUK! "
"ROZE! "
"ROZE! "
Malam itu terus berlarut dengan suara kesedihan, kecewa dan marah semua menjadi satu tiada apa yang boleh bertahan jika usaha tiada upaya hendak diteruskan.
Satu cahaya aneh menerangkan satu hutan yang peliknya apabila hutan itu telah bertukar menjadi sebuah rumah - rumah kecil dan sebilangan manusia tidak pasti ianya datang dari mana dan tidak tahu adakah mereka manusia atau jin mengelilingi kami semua.
Datang seorang tua yang bertongkat dan mengetuk tongkatnya pada tanah dan dia melihat Chens sudah kaku disitu paling mengerikan dia telah membelah dada Chens dengan tongkatnya dan tangan tok itu terus masukkan kedalam dada Chens dengan izin Tuhan Chens telah diselamatkan.
"korang jom balik, hari dah nak senja tok dah larang kita jangan balik lewat!"
terus cerita tergendala apabila Jasmin sudah menjerit dan berlari meninggalkan kami masing - masing sudah mengangkat punggung dan beredar dari sini.
sampai sahaja rumah tok tiada kelibat tok dalam rumah mungkin tok pergi menziarah rakan baiknya di seberang sana tiba - tiba Dayanti memecahkan kesunyian yang masing - masing letih selepas berlari tadi.
" Guys tengok ni!"
kami semua lihat disitu ada sepucuk surat di atas meja tapi surat itu tidaklah pelik yang hairannya ada mohor perkataan "Mannequin House" seperti pernah dengar sebelum ini?
House Mannequin,
seronok bukan larikan diri sampai tidak tahu penghujungnya sampai kawan sendiri sanggup korbankan hanya kepentingan masing - masing dan masih bergembira walaupun sebentar lagi ada yang menderita tidak mengapa bersukalah selagi persekitaran korang masih ada jangan lupa kawan kamu ada genggaman aku!
habis sahaja kami membacanya terdapat map dibelakangnya, Arghhhh takda masa lah nak bermain teka - teki lagi, asyik - asyik serabut jadikan sebagai satu alasan!
lampu sudah bertukar menjadi malap - malap seperti tidak lama lagi akan mati cepat - cepat kami mencari pintu utama untuk keluar dari sini.
masing - masing sudah dapat merasakan ada petanda tidak baik akan datang nampaknya kami harus bersedia dari sekarang dan aku tahu debaran masing - masing semakin menggila sama juga seperti aku terus Chens membuka pintu dan amat mengejut kami apabila terdongak ke atas terlihat sesuatu yang menakutkan tetapi bukanlah satu tapi jumlah yang banyak masing - masing diam tidak berani bersuara.
Share this novel