SESSION 5

Horror & Thriller Series 1139

" Setakat mana engkau jayakan
nyawa engkau pun dalam genggaman
ada hati mahu menang! "

"Roze! Marsha! Jas! Linda! Yan! Bangun cepat! Kita kena tinggal dari sini."

Aku dan lain - lain terjaga dari tidur tangan aku menggosok - gosok mata aku entah bila aku boleh terlelap pula disitu.

Jam dipergelangan tangan kiri menunjukkan pukul 4.00 pagi.

Eh sekejap! Mase mula - mula aku bangun sebab kedengaran riuh - rendah orang ramai juga pukul 4.00 pagi.

Kini aku bangun juga pukul 4.00 pagi apa kena dengan aku ke jam aku yang ada masalah?

Kepala aku terasa berat sekali terasa ada cengkaman kuat dibahagian kepala sampai ke otak.

Aku memegang kepala aku yang tiba - tiba berat semacam.

"Roze are you okay?"

kedengaran suara Chens dibelakang aku menoleh memandangnya hanya mengangguk tapi lihat sahaja air muka aku mungkin dia atau yang lain - lain dapat meneka yang aku sedang tahan kesakitan yang entah dari mana datang tiba - tiba menyerang.

"Kalau kau nak rest then tenangkan diri kiteorang boleh tunggu takut melarat nanti. "

"Betul kata Chens better kau rest jer dulu tengok muka kau ni dah pucat sangat aku tengok."

Kata Marsha dengan nada risau aku mengangguk lemah.

Dalam beberapa jam juga kepala aku beransur pulih hanya sedikit terasa perit seketika mungkin masa ini aku dengan kawan - kawan lain boleh meneruskan perjalanan.

Ada satu tangan seseorang menghulurkan kepada aku.

"Jom! jangan risau aku kan ada? "

aku memandang tepat si mata hazel itu, tangannya yang dihulurkan aku mencapai dengan erat ada senyuman ikhlas terbit diwajahnya.

Tangan itulah membuat aku rasa tenang dan selamat sentiasa.

Hampir setengah jam juga kami keluar dari bangsal semata - mata hendak memastikan diorang diluar sana tidak melihat satu pun bayangan atau kelibat dari kami.

Perlahan - lahan kami membontoti masing - masing dan kami terpaksa memegang tangan antara satu sama lain hanya memastikan masing - masing tidak hilang dan keadaan selamat.

Terdapat lorong yang begitu gelap disitu dalam rancangan Chens dan Adam kiteorang terpaksa lalu lorong itu nak tak nak kiteorang kena lalu juga.

Aku tahu masing - masing tak nak lalu disitu lagi - lagi perempuan macam aku dengan mereka yang lain memang lemah semangatlah kalau begini lagi tempat yang sunyi dan gelap.

Ade dua laluan lorong rumah Madam dan laluan lorong gelap kalau lalu lorong rumah Madam gila itu belum tentu selamat dan risiko yang diambil sangatlah tinggi dan sebab itulah kami mengambil keputusan untuk lalu lorong gelap.

Semakin kiteorang hampir di lorong gelap semakin erat Chens menggenggam tangan aku.

Aku melihat tepat ke anak matanya macam tahu - tahu jer situasi begini.

'Everything its fine.'

seperti biasa suara itu membisik kepadaku yang cuba menenangkan aku.

Entah kenapa lorong yang kami tengah lalu terasa jauh sekali terdapat dihujung sana ada bias - bias cahaya mungkin cahaya dari lampu.

Dalam kami meneruskan perjalanan tiba - tiba terdengar suara tangisan yang mendayu - dayu dari seseorang membuatkan kami semua terhenti sekali lagi kami memandang antara satu sama lain dan meneguk air liur mungkin kita akan menghadapi benda yang sama seperti patung boneka mannequin yang cuba membunuh aku dengan Linda.

Kayu besbol yang aku pegang aku eratkan lagi.

"Lily? "

Tiba - tiba Marsha menyebut nama seseorang yang cukup aku kenal nama itu sebelum ini.

Terlihat seorang perempuan tubuh kecil yang sama seperti aku sedang berlari di satu pintu entah kenapa kaki kami juga turut melangkah mengikut perempuan yang bernama Lily seakan - akan kami sudah dipukau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience