SESSION 7

Horror & Thriller Series 1139

"Masih kau tak sedar lagi?
berapa banyak dosa engkau lakukan
jangan mimpi untuk engkau pergi
pada bahagia.... "

Kini hanya tinggal satu pintu sahaja di hadapan kami dan kami mengharap sangat pintu itu dapat menghubungkan ke kantin.

Seperti biasa Adam mengetuai untuk memulas tombol pintu tidak berkunci itu.

"Klak..

Sebaik sahaja pintu itu terbuka.. .

"OMG! "

mata kami terbuntang seluas - luasnya.

Tak pernah - pernah si Linda dan Jasmin berani mendahului kami selalunya merekalah paling penakut sekali untuk berjalan ke hadapan tiba - tiba jadi seorang berani.

" Wow, This is paradise!"
Setakat ini, tempat inilah paling selamat bagi kami semua.

Ya! Betul - betul selamat hanya seketika lah di atas meja terdapat pelbagai makanan seperti bomboloni, steak, tart telur, tart jam macam - macam hidagan ada.

Mungkin makanan ini dihidangkan kepada orang - orang berpengaruh besar disini.

Tak kisah lah berpengaruh ke tidak berpengaruh ke kami tetap nak makan kerana sejak tadi kami tidak menjamah apa - apa lagi secebis roti croissant di atas meja itu pun jadilah mengalas perut yang asyik bergendang - gendang sejak tadi.

Selesai kami makan seperti biasalah kami merehatkan diri dan buang segala kepenatan
ada yang merejangkan setiap sendi dan otot bagi melepaskan segala kelenguhan dan kelesuan.

" Aku rindu sangat suasana rumah, suasana halaman rumah aku, tempat kerja aku dan ibu ayah aku... "

Marsha dari tadi diam membisu tiba - tiba bersuara meluahkan rasa rindunya kami semua memandang wajah sayunya.

Semua tertunduk sayu begitu juga dengan aku tiba - tiba teringat pada kawan - kawan serumah aku bagaimanalah reaksi mereka apabila dapat tahu esok pagi tiba - tiba kehilangan aku yang entah kemana.

Mesti sekarang ni ibu bapa aku berasa sedih dan membuat laporan polis atas kehilangan aku tak pun sudah disiarkan di siaran televisyen amboi!

Sampai kesitu aku fikirkan ingat kau retis?

"Ini semua salah aku kalaulah aku tak melawan kata - kata mama mungkin aku tidak terperangkap disini mungkin ini dosa - dosa aku kepada mama. "

Jasmin turut meluahkan perasaannya air matanya mengalir di pipi Yan teman serapatnya memujuknya.

" Fasha, Shasha, Sazzy, Diana, Nana and Fazura I'm miss you so much..."

mungkin Linda juga berfikir seperti ku dan yang lain - lain juga dan turut rindu pada rakan - rakannya The Wannababes.

Pada masa itu masing - masing meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada.

Selesai sahaja sesi meluahkan perasaan masing - masing sudah terbuai mimpi kini hanya tinggal aku dengan Chens sahaja.

" Roze! "

aku memusingkan badan menoleh menghadapnya.

" Sini aku tengok luka kat bahu kau."

Aku seperti biasa mengikut sahaja arahannya.

Aku perhatikan sahaja gerak - gerinya, Yer! betul - betul persis seorang doktor pakar sahaja lelaki mata biru depan aku ini.

"Kau kenapa tengok aku macam tu?"

cepat - cepat aku menggelengkan kepala.

"Aku bekas pelajar medical mungkin sekarang ni aku dah jadi doktor perubatan tapi tu lah mustahil kan kalau dah terperangkap kat sini?"

Dia meneruskan kerjanya kini hanya tinggal balut sahaja pada bahu aku.

sudah diduga dan tepat tekaan ku yang mata lelaki hazel ini adalah bekas pelajar medical pegang alatan perubatan pun tidak kekok.

"Kau tahu tak dah berapa kali aku cuba nak keluar dari tempat neraka ni? "

sekali lagi aku menggelengkan kepala aku.

Dia menarik nafas sedalam yang mungkin, mungkin masa ini sesuai untuk dia mengambil ruang bagi dia meluahkan rasanya.

" Hampir dekat 5 tahun aku disini sama seperti Marsha and dah berkali - kali aku cuba nak keluar dari sini pelbagai cara dan strategi aku gunakan tapi tak menjadi - jadi mungkin kalau kali ini aku dapat keluar dari neraka ni aku nak ubah kesilapan aku yang lalu dan masa tu aku nak cari kau pastu aku nak lamar kau jadi isteri aku."

"boleh ulang sekali lagi tak yang last kau cakap tadi tak berapa nak jelas lah? "

"Ha? Ouhh yang last tu erk?"

" Aku cakap bila aku dah keluar dari tempat ni aku nak jumpa kau pastu ajak kau keluar makan."

" Eh, macam lain jer ayatnya? "

"Iyer betul, itulah ayat yang aku cakapkan tadi!"

Chens mencuit hidung aku membuatkan aku tergelak kecil disitu.

Tak mungkin aku jatuh cinta si mata hazel ini kenapalah hati aku rasa tak menentu sahaja.

"Klakk..

Tiba - tiba kedengaran pintu kantin itu terkuak aku dan Chens memandang antara satu sama lain

Adakah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience