SESSION 3

Horror & Thriller Series 1139

"Larilah sepuas hati kau!
jangan menoleh ia kembali
takut nanti engkau tiada jumpa
pangkal jalan nanti... "

"Marsha kita dah takda banyak masa lagi nak mendiam kiri dah banyak kali kita semua cuba bertenang dengan situasi ni sekarang kita kena tukar baju dan cari jalan macam mana nak keluar dari tempat ni!"

"Kau tak dengar tadi apa yang Madam Allen cakap tadi aku dah tak sanggup kena seksa lagi! "

Yan menggoncang - goncang bahu Marsha yang tiba - tiba diam membisu.

Aku pula hanya melihat sahaja gelagat mereka dan masih tengah buntu tidak tahu apa - apa, perkataan seksa dan Madam Allen tadi juga memasuki minda persoalan dalam benak fikiran aku.

Mungkin lama kelamaan aku akan faham situasi dan solasi.

Selesai sahaja siap kami menukar pakainan nasiblah badan Jasmin agak sama saiz dengan aku tak kan lah aku nak pakai baju Pinjamas tidur ni pulak kan.

Yan terlebih dahulu perlahan - lahan membuka tombol pintu sampai sahaja pintu kayu hadapan kami semua terlihat satu patung lilin atau lebih jelas lagi patung mannequin yang sedang menari - nari mengikut irama muzik ballerina.

Kami semua memandangnya dengan membatu tidak tahu kenapa badan kami semua terasa sudah dipaku atau dipukau dengannya.

Marsha membisik - bisik kepada kami semua menyuruh kami perlahan - lahan mengundurkan diri jangan sampai patung mannequin itu melihat kita semua.

Kami akur segala arahan Marsha berikan tadi perlahan - lahan kami mengundurkan diri dan cuba berhati - hati untuk tidak berbunyi tiba - tiba kepala Jasmin terhantuk pada pintu kayu yang agak kuat membuatkan semua meneguk air liur dan pandang antara satu sama lain.

Semua melihat ditempat tadi dimana patung mannequin sedang asyik menari - nari tiba - tiba hilang begitu sahaja air muka semua bertukar begitu juga aku.

Tiba - tiba lampu di syiling bertukar malap membuatkan kiteorang semakin resah masing - masing masih tertanya - tanya mana patung boneka tadi menghilangkan diri.

Kedengaran muzik kotak ballerina mengalunkan bunyi serta bunyi orang sedang bernafas yang tersangatlah dekat pada kiteorang terasa bunyi itu betul - betul disebelah cuping telinga.

Kami tidak dapat duduk rapat - rapat kerana pergerakkan kami terbatas menyebabkan posisi masing - masing jauh antara satu sama lain.

Entah kenapa aku merasakan bunyi degupan jantung semakin kuat alahai masa ni lah jantung nak berkencang dengan kuat aku mengeluh dengan lemah.

Belum pernah lagi aku menghadapi situasi sebegini dan belum pernah lagi penampakkan jin atau makhluk halus betul - betul hadapan mata aku sebelum ni hanya melihat di movie tak pun di video gaming yang selalu juga aku bermain kepunyaan adik lelaki bongsu aku kalau real sekalipun aku hanya menyaksikan orang terkena histeria itu pun 4 tahun lepas aku duduk asrama yang setiap tahun pasti ada yang terkena rasukan syaitan laknatullah.

Bunyi muzik ballerina dan orang bernafas juga sudah hilang kini kedengaran bunyi sepasang tapak kasut ballerina sedang menghampiri kami.

Aku tahu semua memejam mata rapat serapat mungkin kerana tidak mahu melihat wajah hodohnya yang semakin hampir dengan kami.

'Orang kata kalau kita rasa kehadiran dia bermakna dia betul - betul dekat dengan kita'

dulu aku mengakui apa yang orang kata adalah mitos sekali sekarang ni aku benar - benar mempercayai apa yang dikatakan orang.

Perlahan - lahan mata aku membuka begitu juga lain terlihat patung boneka separuh mukanya hancur mungkin disebabkan terkena api kerana terdapat arang hitam separuh tubuh patung boneka memang begitu ngeri sekali mendekati tubuh Linda yang masih nyeyak dibuai mimpi.

Jasmin dan Yan disitu menekup mulut mungkin menahan untuk menjerit dan hanya terpaku menyaksikan patung boneka disitu.

Mungkin Linda dapat merasakan sesuatu objek yang cuba mengacaunya yang sedang dibuai lena.

Baru sahaja Linda nak mengomel kerana menganggu tidurnya Linda terus menjerit dengan sekuat hati kerana melihat wajah patung yang begitu hodoh terus patung tadi mengeluarkan jeritan yang sangat nyaring membuatkan kiteorang tutup telinga kerana tidak tahan pekikkan dari patung mannequin itu.

Patung mannequin terus menerkam badan Linda membuatkan Linda semakin panik dan cuba melepaskan diri dari cengkaman patung mannequin sehingga air mata Linda mengalir di pipi mungkin dirinya tidak berdaya untuk melepaskan diri.

Terlihat kayu besbol berdekatan dengan aku cepat - cepat aku mengambilnya dan terus menghayun dengan kuat menyebabkan separuh badan patung boneka hancur kini giliran aku pula diterkam dengan kuat kayu yang tadi aku pegang menghalang patung boneka cuba menerkam aku dengan kuat.

Linda yang terlepas terkaman oleh patung mannequin tadi terus melompat dari katil tingkat 3 menuju ke Marsha entah dari mana keberanian dia datang sanggup lompat dari tempat itu kerana semua tahu yang Linda salah seorang ahli The Wannababes yang ayu lemah - gemalai bertukar menjadi perempuan yang berani.

Hanya aku bertempur dengan makhluk dihadapan aku tidak sanggup melihat wajah patung boneka yang begitu hodoh sekali.

Dulu aku bertempur hanya dalam game kini aku bertempur betul - betul depan mata aku.

Kudrat aku dengan kudrat makhluk tu berbeza sekali walaupun dia hanya patung boneka diperbuat lilin dan badanya tinggal separuh badan kerana perbuatanku tetapi kudrat patung boneka tu tetap kuat membuatkan aku semakin berputus asa mungkin sampai sini sahaja riwayat hidup aku.

Selamat tinggal semuanya perlahan - lahan aku melepaskan kayu dan memejam mata dengan serapat yang mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience