SESSION 4

Horror & Thriller Series 1139

"Hidup dan mati siapa yang boleh tentukan
jangan pandai - pandai engkau nak uruskan
kerna engkau bukan urusan ku! "

"Roze!"

Semua orang mendapatkan aku dan memeluk tubuh aku perlahan - lahan aku membuka mata dan melihat sekeliling.

Satu persatu aku melihat wajah - wajah mereka dahi aku berkerut - kerut apa sebenarnya yang terjadi?

Eh! aku tak mati lagi sekali lagi aku memegang pipi, tangan, kaki tidak ada satu pun tercedera selain bahu aku terasa perit sekali mungkin diterkam makhluk gila tadi.

Aku tercari - cari mana patung boneka hodoh tu pergi di hujung katil terdapat dua badan patung boneka telah terbelah dua tapi tak tahu angkara siapa?

"kau okay tak?"

Tiba - tiba seorang lelaki rambut blond coklat bertanya kepada aku.

Aku hanya mengangguk kepala aku, kelihatan
ditangan lelaki itu terdapat pedang samurai mungkin angkara dia menyebabkan patung boneka terbelah dua.

Hairan sejak bila ada lelaki ni? dua orang pulak tu setahu aku disini hanya perempuan - perempuan sahaja.

"Jom korang ikut kami berdua kita dah tak banyak masa sekarang ni sebab kiteorang dengar Madam Allen dengan yang lain nak awetkan kite jadi patung boneka lilin yang korang nampak tadi untuk dipamerkan di kedai - kedai tersohor antarabangsa!"

"Separuh tadi yang cuba melarikan diri begitu juga Lily dengar - dengar mereka dibunuh dan diawet."

Dengar sahaja dari mereka berdua sedikit demi sedikit aku faham.

So bermakna yang melarikan diri tu mereka yang sudah tidak tahan diseksa lagi dan terpaksa mencuba melarikan diri begitu juga Lily yang tiba - tiba melarikan juga dan mereka memberi alasan dan kesempatan untuk mencari Lily sekarang ni aku masih tertanya - tertanya siapa Lily mengapa begitu penting sekali sampai orang sanggup mencari dan memberi alasan padahal untuk melarikan diri dan kenapa harus jadikan korban sebagai patung boneka mannequin untuk dijadikan hiasan kedai dan tarikan orang ramai?

Marsha menepuk bahu aku menanda isyarat yang perlu kita harus tinggal ditempat ini terus aku mengambil kayu besbol tadi membawa pergi.

Dua lelaki tadi membawa kami sebuah bangsal lama.

"Kita terpaksa tinggal kat sini sementara waktu sebab diorang yang lain tengah meronda - ronda untuk mencari mangsa lagi kiteorang yakin yang tempat ni selamat sebab aku dengan Adam dah kaji tempat ni dari semalam lagi and aku tahu yang korang masih buntu macam mana nak keluar dari tempat ini jangan risau kiteorang sedaya upaya berusaha macam mana nak keluar dari tempat ni dan memastikan semua akan selamat."

Lelaki rambut blond coklat itu sedaya upaya meyakinkan kami terasa lega sedikit kerana ada manusia sudi mengeluarkan kami dari tempat ini.

Aku dapat merasakan yang Marsha trauma untuk menghadap situasi ini sekali lagi atau mungkin sebelum ini dia banyak kali mengalami penderitaan kerana semasa patung boneka mannequin tadi menyerang membuatkan mukanya bertukar pucat lesi kalau ditoreh belum tentu keluarnya darah.

Sekali lagi aku cuba faham situasi dan solasi
aku duduk atas para begitu juga lelaki rambut blond tiba - tiba duduk di sebelah aku.

" Kau ni mesti budak baru kan tengok muka yang tak pernah nampak pun aku dah tahu"

Mata aku hanya memerhatikan sahaja gelagat lelaki si rambut blond coklat tu.

" Ops! aku lupa nak intro dulu by the way nama aku Chens tengok muka pun tahu kan yang aku asal dari mana?"

Lelaki berambut blond atau digelar Chens tersengih - sengih menampakkan barisan gigi putihnya.

Wajah kacukan dari thailand - melayu memperkenalkan diri yang telah menyelamatkan aku tadi diterkam oleh patung boneka mannequin tadi.
"Urmmm nama kau?"

Aishhh! Boleh pula aku tenung muka dia lama - lama tahulah mamat depan aku ni handsome seperti jejaka dalam Drama 'My Ambulance. '

"Sorry, nama aku Roze."

hanya sedikit ringkas sahaja pengenalan aku kepadanya.

' ouh Roze cantik nama macam tuannya sama padan cantik'

kedengaran suara bisikan dari Chens yang tidak berapa nak jelas itu terus aku memandangnya cepat - cepat Chens menukar topik.

"Maksud aku Roze dalam kumpulan Blackpink tu sama nama macam kau."

'Jangan bagitahu yang lain yang aku minat kumpulan Blackpink lagi - lagi bernama Roze ni!'

Chens membisik - bisik ke telinga aku supaya orang lain tidak mendengar perbualan kami.

aku hanya tersenyum sahaja mendengar jenaka lawak tak jadi itu dari Chens si rambut blond.

" Oh ya! Lelaki yang ikut dengan aku tadi namanya Adam dia pun sama macam aku juga."

Aku hanya mengangguk - angguk kepala dan melihat Adam membantu si Linda merawat lukanya mungkin kesan dari terkaman tadi yang lain sedang berehat kerana letih dengan berlaku peristiwa tadi.

"Aku rasa kau kena rawat ni baju bahagian bahu kau tu berdarahlah mungkin kesan cengkaman dari patung boneka mannequin tadi?"

Chens menarik tangan aku membawa kepada Adam membuat aku terpaksa mengikut dia sekali.

"Adam bagi antiseptik, iodin, kapas dengan bandages pastu tolong ambik air bersih sebab aku nak cuci luka ni kalau lama - lama takut kuman nanti."

Aku hanya memerhatikan sahaja tingkah laku pergerakan Chens lihat sahaja gayanya memang tidak kekok memegang peralatan persis seorang doktor pakar mungkin lelaki dihadap aku ni bekas seorang pelajar medical agaknya.

Selesai siap Chens balut bahu kiri aku dia memberikan aku seteguk botol air mineral.

"Kalau kau nak rest kau rest jer kesian pula aku tengok kau pasal aku kau jangan risau kiteorang boleh jaga korang and kiteorang boleh jaga diri sendiri."

Aku akur sahaja arahan dari Chens entah kenapa aku rasa selesa sangat dan berasa selamat bila dengan lelaki rambut blond itu.

Sebelum ini belum pernah aku rapat mana - mana lelaki kalau ada yang cuba - cuba hendak merapatkan diri dengan aku free - free aku bagi tendangan tak pun sekadar jelingan maut tahap maksimum.

Hendak aku merehatkan diri sempat Chens mengenyitkan mata hazelnya kepada aku.

Haihh! Dah kenapa mamat ni ke aku yang sedang berkhayal tu lah asyik tengok drama Thailand sampai drama pun terbawa - bawa kesini.

Aku menukar posisi kedudukan dan mengalihkan dari pandangan Chens yang tiba - tiba membuatkan jiwa aku entah kenapa jadi kacau bilau dan asyik tidak menentu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience