SESSION 11

Horror & Thriller Series 1139

"Bunga yang lawa usahlah di petik
Kerana sifat manisnya
semua layu tergoda
bukankah setiap kecantikan
Ada racunya?....."

Aku merenung sedalam - dalamnya pada unggun api dihadapan aku tetapi mata aku sahaja yang merenungya tetapi fikiran aku melayang ketempat lain.

pada malam itu angin begitu tenang sekali tetapi hati aku tak boleh nak setenang seperti angin yang puas menghembus embun - embunku kerana aku asyik.....

'teringatkan mereka?'

'Apalah mama dengan papa buat?'

'Ingat lagi tak dengan aku agaknya? '

'Aku harap sangat diorang rindukan aku'

'Ma, Pa, adik rindu sangat - sangat.'

Tanpa sedar air mata aku mengalir pada pipi kadang - kadang aku kecewa dengan mereka tidak habis akal fikiran dan hati aku berkata

'mereka tiada usaha mencari aku ke?'

'tiada sidang media dilaporkan atau berita sekadar menyedapkan hati aku? '

tapi aku menepis perasaan itu cuba untuk memahami atau hanya sekadar menyedapkan hati sahaja.

"hai!"

"ha..hai? "

cepat - cepat aku menyeka air mata tak nak orang tau yang aku sedang memendam perasaan sedih aku.

"Dah makan?"

Aku hanya menggeleng tanda belum makan lagi agak terkejut juga kerana baru inilah Linda sudi bercakap dan mengambil berat tentang diri aku.

"Boleh ke aku duduk ni? "

"Boleh - boleh duduk lah!"

Aku menganggukkan kepala dan memerhati sahaja dia duduk di sebelah kiri aku.

Walaupun aku lihat wajah kacukan inggeris - melayu itu memang payah hendak senyum walaupun secebis gula tapi sesekali tidak, hanya menunjukkan muka kesombongannya tapi aku tahu dia seorang yang baik jika kita kenal lebih dalam lagi.

" Aku bukan nak sangat pun cakap dengan kau buang masa jer kan?" Linda hanya berbasa basi kalau bercakap dengan orang luar atau tidak setaraf dengan ikon selebriti seperti The Wannababes memang tidak sudilah nak mengeluarkan suara emasnya aku tidak hairan pun dengan semua itu hanya melayankan sahaja populariti bukan boleh kemana - mana.

"Straight to the point aku nak minta maaf? "

Aku merenung sedalam - dalam muka sombong binti bongkak dihadapan aku
betul ke ini Linda ahli The Wannababes yang begitu mudah memaafkan orang lain bukankah perkataan 'maaf' bagi mereka boleh menjatuhkan reputasi kumpulan mereka? Aku betul - betul tidak percaya apa yang dikatakan olehnya ataupun hanya sekadar gurauan?

" Aku minta maaf pasal tadi?"

" Aku tak patut cakap macam tu dekat kau."

"Aku minta maaf bukan apa tak nak berhutang dengan siapa - siapa."

" I dont like this yahh you know Fasha tak suka kalau ahli kumpulannya ada hutang dengan somebody anywhere but I dont know diorang still rindukan aku ke tak?"

Linda turut melemparkan jauh termenungnya pada unggun api aku faham perasaan masing - masing sudah bertahun - tahun tidak pulang kepangkuan keluarga.

"Its okay Linda Aku dah maafkan by the way aku tak terasa pun apa yang kau cakap tadi."

"Ermm baguslah so clear?"

Aku hanya melemparkan senyuman tapi takdanya Linda nak membalasnya jika dia membalas untung dek badan tapi apa yang untungnya?

"Hai girls boleh join sekali?" tiba -tiba Chens datang mencelah duduk di sebelah kanan aku

"of course urmm korang borak lah aku laparlah?"

"sorry? "

pandai pula si Linda ni berdalih memang saja nak kenekan aku ke apa?

"Adam come here! "

jerit Linda apabila nampak Si Adam lintas depan kami cepat - cepat si Adam datang mana tak cepatnya si buah hati pujaannya memanggil.

Aku hanya perhatikan sahaja Linda dan Adam beredar dari tempat tadi.

"Kau macam mana sakit lagi tak? "

Aku hanya mengangguk sahaja wajah Chens masih tetap aku tak pandang aku tahu Chens sedang tenung muka aku kalau aku pandang boleh cair tengok mata biru dia tu.

"Sini aku cek takut ada luka - luka kat mana - mana? "

Aku menepis tangannya suka - suka pegang anak orang tanpa izin kan dah kena!

"Amboi garang naw? "

dihujungnya dia ketawa kecil malas nak layan biar jer lah gila sorang - sorang aku hanya menjelingnya sahaja

"Aku okay lah lemas jer kot? "

"Amboi, sedapnya mulut! "

ishhh tangan dia tu tak reti duduk diam ke sakit pipi aku kene cubit sekali lagi aku menjeling ke arahnya.

"Lemas jer kau kata? "

"Kau tau jantung aku ni rasa macam nak meletup tengok kau lemas kat sungai tadi?"

'Kau tu future aku mana boleh biar kau jadi apa - apa nanti'

"Apa, kurang jelas lah tadi?"

"Ape bende kau ni? "

Aku perhatikan sahaja dia bangun dan mengambil peti kecemasan daripada Adam seolah tiada apa - apa yang berlaku.

Dahi aku berkerut - kerut cuba mengingati apa yang Chens katakan tadi tapi tidak berapa nak jelas .'Aku silap dengar ke tadi ke ilusinasi aku saja apa yang Chens cakapkan tadi mungkin ialah kot lagipun tak berapa nak jelas.

"Meh lah sini nanti kau sakit susah nanti? "

dengan malasnya aku berganjak menghadapnya rapat sedikit dengannya.

"Degillah minah ni!"

"Adoii, sakitlah!"

Aku menjerit kesakitan sudahlah dia tarik tangan aku hingga terasa pada bahu kerana kesan luka yang baru sahaja nak sembuh aku merenung tajam pada wajah itu selamba sahaja macam tiada berlaku apa - apa.

Dia merawat luka kecil - kecil pada kedua - dua tangan aku mungkin luka sewaktu aku lemas tadi selalunya kalau aku jatuh atau ada luka sedikit mesti mama yang merawat ialahkan mama aku seorang doktor tapi dia hanyalah doktor psikiatri mental 'rindunya kat mama.'

"Tangan kau sejuklah? "

"kau okay tak?"

terus telapak tangannya diletakkan pada dahiku untuk merasa suhu badanku.

"Kau tak tukar baju ke patutlah suhu kau rendah ni boleh terkena strok tau?"

"Aku nak tukar baju dengan apa inilah jer lah baju yang aku ada?"

Aku tak da baju nak ganti dengan apa nanti?aku mencebikkan bibir aku kepadanya tanda simpati kot? Chens bangun dari tempatnya dia melemparkan satu helai t-shirt putih kepada aku hairan mana pulak dia sempat bawa baju ni?

"tukarlah pakai baju tu sebelum aku nak chaw aku dengan Adam sempat packing sebab tulah ada bekalan makanan dengan first aid senang nanti takda lah nanti ada mati kebuluran."

Bagus juga tindakan mamat si mata biru ni bagaikan 'sediakan payung sebelum hujan.' Memang sesuailah pangkat dia menjadi doktor suatu hari nanti.

Chens dan Adam sempat memasang khemah tetapi tak sebesar manapun kalau masuk pun cukup tiga atau empat orang kalau saiz badanya kecil disitulah tempat aku menukar pakaian selesai aku menukar pakainan Chens mengajak aku makan sekali.

Jam menunjukkan pukul 2:00 malam masing - masing sudah ralit dibuai mimpi sedang aku lena juga dibuai mimpi bahu aku ditepuk berkali - kali aku ni mudah terjaga kalau tersenggol, tersentuh atau apa - apa mesti aku akan terjaga dari tidur.

"Roze temankan aku jom?"

"Tak tahan sangat ni aku dah kejutkan yang lain sorang pun tak bangun? "

Nasib baik kau terjaga temankan aku erk? "

rupa - rupanya si Jasmin yang menepuk bahu aku kesian pulak kalau aku biarkan dia aku lihat mukanya seperti ayam berak kapur dah aku tengok.

"Okaylah jom - jom kang kau terkuncil kat sini lagi payah!"

Jasmin melempar senyum kerang busuknya.

Sedikit jauh dari tempat khemah kami Jasmin memberi isyarat suruh aku tunggu hingga dia selesai habis membuang hajat aku hanya mengiyakan sahaja.

Meremang juga lah berdiri ditengah - tengah hutan malam begini ni sebelum ni banyak kali aku tidur dalam hutan sebab selalu mengikut ekspedisi kem jati diri, Aktivti hiking atau Kem persatuan tapi takda lah terlalu 'scary' macam ni tiba - tiba bulu roma tengkuk aku semakin meremang hati aku mula tak sedap
' Ya Allah janganlah ada perkara yang berlaku' cepat - cepat aku mengusir perkara negatif dalam fikiran aku.

Hampir 20 minit aku menunggu si Jasmin keluar dari tempat dia membuang hajat.

"Jas! "

Aku memanggil namanya

"Jasmin!"

lamanya si minah ni buang air kecil pengsan ke? Dalam 5 minit dia tak keluar juga aku mesti tengok dia.

Dah lebih dari 5 minit aku berganjak dari tempat pergi pada Jasmin tempat membuangnya mujur ada lampu torch light aku bawak tadi aku suluh pada tempat Jasmin .

Kosong?

Mana pula minah ni menghilang tiba -tiba aku terlihat samar - samar seperti kain putih sedang meloncat di hujung semak cepat - cepat aku istighfar tak mungkin benda itu aku nampak.

"Jasmin? "

tak kan lah minah ni cuba hendak bermain - main dengan aku tengah malam macam ni lagipun dalam hutan kot takda logik langsung?

Kedengaran suara tangisan yang begitu halus dan nyaring membuat jantung aku rasa nak gugur kali entah ke berapa? Mendengar benda itu menangis terketar - ketar tangan aku nak menyuluh pada tempat itu dan berkali - kali jugalah aku menelan air liur.

"Siapa tu? "

Dengan beraninya aku menegur 'entiti' tersebut sepatutnya aku tidak perlu nak menegur bagai biarkan sahaja kerana ini adalah tempat dia bukannya kita itulah terpengaruh sangat dalam cerita seram Indonesia.

Suara tangisan tadi yang halus dan nyaring itu sudah perlahan tetapi bukan perlahan yang nak beransur menghilang tetapi....

Bunyi suara tangisannya betul - betul rasa sebelah cuping telinga aku bunyi itu membuatkan tindakan refleks aku secara tidak langsung aku terus mencangkung dan tutup kedua - dua telinga dengan serta merta juga aku menututup mata serapat yang mungkin takut hendak pandang pada benda 'mengerikan' itu dalam hatiku tidak putus - putus berdoa kepada Maha Besar agar dapat dilindungi segalanya amin.

Suara tangisan tadi sudah beransur hilang dengan perlahan - lahan tiba tiba entah dari mana datangnya kain putih kafan telah melintas dan terbang keatas kepala aku terus aku menjerit kerana terkejut benda apa yang aku nampak di atas kepala aku terasa lemah luntut aku.

Aku tak tau dimana mereka semua korang aku tak sanggup hadapi seorang diri sekali lagi air mata jatuh ke pipi perasaan takut, cemas, sedih semua bercampur baur tiba - tiba bahu aku ditepuk pula

Dan.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience