07

Zombie Completed 9098

Selesai mereka menukar baju, mereka dihidangkan dengan makanan yang enak. Khai dan Mica sepantas kilat memakan makanan tersebut kerana kelaparan.

“Kita kena apa ni? Kita sesat dekat dunia mana ni…” keluh Zara. Mica hanya memerhatikan suasana bangunan ini.

Lima pembantu tadi masih lagi setia bersama mereka, sedikit pun mereka tidak renggang dari mereka. Mikael masih dalam keadaan mood yang tidak baik. Dia masih lagi dalam keadaan marah. Mereka ditarik pula masuk ke dalam karavan berwarna biru gelap dengan hiasan kilau-kilauan.

“Nak kemana?” sinis pertanyaan Mikael. “Permainan.” jawab salah satu pembantu disitu.

“Permainan apa, bodoh?” tanya Mikael lagi tetapi soalannya diabaikan.

“Sayang, sini dengan abang.” Khai menarik lembut lengan Mica ke sisinya. “Ya abang…” kata Mica. Mica masih lagi blur dengan keadaan sekelilingnya. Dirinya bagaikan rusa masuk kampung. Mica masih lagi berawang-awangan. Dia seperti mimpi apabila dia berada disini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience