03

Zombie Completed 9098

“Awak tunang saya?” tanya Mica kemudian dia menundukkan wajahnya. “Ni gambar kita bersama-sama dulu di pusat membeli-belah dan juga ditepi sungai.” cerita Khai dengan semangatnya.

“Awak….” Percakapan Mica tersekat tatkala dia memegang kepalanya yang sakit berdenyut-denyut. Khai menenangkan Mica semula.

“Sa…ya cuba ingat tapi saya dapat sikit je.” beritahu Mica. Respon positif itu membuatkan Khai berasa sedikit gembira.

“Tak apa sayang… abang faham. Perlahan-lahan ya. Abang sentiasa tunggu sayang.” Khai mencium dahi Mica lama. Mica tidak berbuat apa-apa seolah-olah dia rela dicium dahi oleh Khai. Khai menyuap Mica makan dan Mica makan dengan selera apabila disuap oleh Khai.

Sesudah makan, Khai merebahkan diri sebelah Mica yang sedang lena diulit mimpi. Khai mengusap wajah Mica, gadis ini pernah derita disebabkan dia meninggalnya kerana sikap dia yang pentingkan diri sendiri. Dia cukup menyesal kerana membuatkan hati Mica terluka. Sekarang dia berjanji akan sentiasa bersama Mica sepanjang akhir hayatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience