“Kuat sikit lari!” jerit Mikael. Mereka berlima masih lagi sesat untuk keluar daripada bangunan ini. Bangunan ini penuh dengan kunci-kunci ketat serta banyak penjaga yang berbadan sasa menunggu mereka.
“Mica, belakang aku.” Mikael menggengam kuat pergelangan tangan Mica begitu juga dengan Khai. Mereka sebenarnya mahukan Mica.
Sebenarnya mereka tidak lagi menggunakan kuasa mereka kerana mereka tidak tahu mereka sudah mempunyai kuasa ketika mereka menjadi bahan eksperimen tempoh hari. Kuasa yang paling kuat dan boleh mengendalikan bumi adalah kuasa segala alam.
Ketika lima orang penjaga berbadan sasa mahu menyerang mereka, Mikael sudah tidak pedulikan sesiapa. Tiba-tiba, Mikael menghalakan penumbuknya ke arah penjaga tersebut, jelma anak panah kilat keluar daripada tangannya dan disasarkan ke arah ketiga-tiga penjaga berbadan sasa tersebut. Dengan sekelip mata mati dan menjadi abu.
Mikael terkejut tetapi dia mengabaikan perasannya yang terkejut. Mereka terus berlari setelah dapat menewaskan tiga penjaga berbadan sasa tersebut. Mica dan Khai berpegangan tangan sambil berlari agar mereka tidak lagi terpisah.
Share this novel