Kereta terus meluncur laju tapi kali ini Mikael yang memandunya kerana Zara sudah keletihan dan dia tertidur. Khai dan Mica melepaskan rindu kasih mereka di tempat duduk belakang manakala Naz masih lagi membelek templat yang dibaca oleh Mica sebentar tadi. “Korang aku lapar.” mengadu Mica sambil menggosok-gosok perutnya. Mikael mengangguk..
“Kau rasa wujud lagi restoran kat sini tak?” jenaka Mikael. Dia buat lawak, dia sendiri gelak. Mica membuat riak wajah “krik krik” ke arah Mikael. Mikael mencapai beg di bawah kakinya lalu membaling ke arah Mica.
“Nih. Aku ada ambil makanan sampingan dalam beg tu. Makan… tapi beringat orag lain belum makan.” Mica tersenyum lalu Mica dan Khai berkongsi makanan.
5 jam perjalanan mereka masih belum jumpa tempat yang selamat. Tiba-tiba kereta ini kehabisan minyak dan berhenti betul-betul di hadapan satu bangunan kabin yang luas dan mempunyai kebun sayur dan buah. Kelihatan 3 orang sedang menuju ke arah mereka.
“Masuk..masuk!” jerit orang itu. Tanpa berlengah, Mikael terus masuk ke dalam tempat tersebut dan memakir keretanya di tepi kabin tersebut. Mereka keluar dari perut kereta dan berkenalan dengan 3 orang tersebut.
Fify, Will dan Harith kenalan baru mereka mengajak mereka masuk ke dalam kabin dan menikmati makanan yang dimasak oleh Fify manakala Will dan Harith terus bercerita tentang keadaan bumi sekarang. Mica dan Zara sudah mula rapat dengan Fify.
Mica merasakan tempat ini kemungkinan besar tempat yang selamat untuk mereka berteduh. Mikael dan Naz terus merebahkan diri mereka di atas lantai dan terus tertidur manakala Khai bersama dengan Mica dan Zara berbual-bual dengan Fify, Will dan Harith. Mica mula berasa bahagia apabila dia jumpa orang yang memberi mereka tinggal bersama.
Share this novel