06

Zombie Completed 9098

Terpaksa Mica membawa Firaz bersamanya. Firaz beberapa kali mohon supaya tidak ditinggalkan oleh Mica. Tiba-tiba Mica terdengar bunyi derapan kaki seseorang. Lantas, Mica menarik Firaz dan menyorok di sebalik tembok lebar. Kelihatan beberapa makhluk zombi itu sedang merayau-rayau dengan cara jalan yang terhuyung-hayang.

“Firaz, kau duduk diam. Zombi banyak dekat hujung sana.” Firaz mengangguk. Dia memperkuatkan lagi genggamannya pada tangan Mica.

“Jangan bergerak..” Mica terasa ada seseorang mengacukan pisau pada bahagian belakang bahunya. Firaz terkejut. “Sia…siapa?” tanya Mica tergagap. “Bagi aku beg galas kau. Aku nak.” garau suara lelaki itu tetapi Mica perasan suara tersebut amat dikenalinya.

“Khai?” panggil Mica perlahan sambil mengalirkan air matanya. “Mica?” pisau yang tadi diacukan pada Mica ditarik semula kemudian Khai menarik tubuh Mica masuk ke dalam dakapannya erat. Mica tergamam. Firaz hanya melihat mereka berdua berjumpa semula hanya terdiam.

“Abang… kenapa tinggalkan sayang?” tanya Mica sebak. Khai mengetatkan lagi pelukkannya pada tubuh Mica. “Maafkan abang. Abang pentingkan diri sendiri.” akui Khai. Mica tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana doanya termakbul untuk bertemu semula dengan Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience