“Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Mika. Mikael hanya menjeling ke arah Mika. Zara hanya mengeluh panjang manakala Khai hanya termenung memikirkan pekara yang terjadi. Naz pula membelek-belek segala barang yang ada di dalam rumah tersebut.
“Rumah ni milik seorang askar.” Mika hanya memandang sepi ke arah Naz. “Siapa nama dia?” Mika bertanya. Naz membelek-belek lagi gambar tersebut sehingga sekeping nota kecil terjatuh di atas lantai.
“Nama dia Hanz Evenge.” beritahu Naz. Mikael terus merampas gambar tersebut serta nota. “Dia ni macam aku kenal.” kata Mikael. Mereka semua mengambil tempat masing-masing untuk berehat.
Mika masih lagi terkebil-kebil melihat suasana persekitaran sekarang. Otaknya blur dan dia hanya duduk diam sebelah Khai, teman lelakinya. Khai sentiasa bersama Mika kerana dia takut sekali lagi dia berpisah dengan kesayangannya.
Mereka semua tidur dengan nyenyak sekali akibat kepenatan kecuali Mika. Dia tidak selesa untuk tidur dan hatinya tergerak untuk menaiki tangga ke tingkat atas keseorangan. Khai pula berdengkur apabila diulit mimpi yang indah.
Share this novel