“Semua ahli sila buat satu bulatan kumpulan masing-masing. Kami melonggarkan peraturan untuk ahli-ahli mencari kumpulan sendiri. Satu kumpulan hanya lima orang sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.” arah ketua.
“Sayang sini…” Khai menarik lengan Mica lembut. Mica hanya turuti.
“Kita dah cukup lima orang. Siapa pandai tulis ni? Aku tak pandai.” kata Mikael. Naz memberi sebatang pen dan sehelai kertas memo itu kepada Zara. Zara mencebik lalu menulis nama-nama ahli kumpulannya.
“Dua perempuan dan tiga lelaki.” kata Mica perlahan. Zara tersenyum. “Kami berempat takkan biarkan Mica sorang-sorang. Mak cik ada sentiasa dengan Mica. Always sayang…” mica mengangguk.
“Abang pun sayang.” kata Khai. Zara menjeling. Khai tersengih.
“Perhatian semua, sila ambil pakaian seragam anda setelah nama ketua anda disebut oleh Pengerusi Besar.” pesan ketua.
Ketua kumpulan Mica adalah Mikael, penolongnya adalah Zara. “Abang, sayang ada ingat yang dunia kita ni dikerumuni oleh zombi? Betul ke?” tanya Mica. Khai terdiam.
“Ya. Tapi kita sekarang dekat tempat yang lain. Bukan lagi dalam dunia zombi.” beritahu Khai. Mica mengangguk faham.
Share this novel