13

Zombie Completed 9098

“Tolong!” jerit mika apabila sekumpulan makhluk pelik mengelilinginya apabila dia menaiki ke tingkat tiga. “Sayang!” jerit Khai apabila dia tersedar ketiadaan Mika disebelahnya. Khai dan Naz segera berlari ke tingkat atas apabila mendengar punca suara jeritan Mika.

“Mika, kau okey tak?” Mika masih kaku lagi walaupun Naz sudah membunuh makhluk-makhluk tersebut. Mika menutup kedua-dua belah telinganya. “Jangan takut sayang.” Khai memujuk Mika. Mika cuba berdiri dan mendakap tubuh Khai.

“Makhluk tu dah banyak dekat luar kawasan rumah ni. Mungkin sebab dia dapat bau darah kita.” kata Naz. Mereka segera turun ke bawah dan mengejut Zara dan Mikael. Mikael mendengus kuat apabila dia dikejutkan secara terkejut.

“Tak pernah nak bagi aku tenang sikit.” amuk Mikael. Zara menjeling.

Sedang mereka dalam kelam-kabut, rumah tersebut diserbu oleh orang yang memakai sut lengkap berwarna kelabu dan memakai topeng. Naz, Mikael dan Zara ditangkap. “Lepaskanlah!” marah Mikael. Khai dan Mica masih lagi berpegangan tangan walaupun dua orang cuba memisahkannya. Rupa-rupanya Mica menggunakan kuasanya untuk tidak terpisah daripada Khai manakala Khai memejamkan matanya lalu dia mengeluarkan kuasanya bercahaya biru iaitu batu ais. Khai membeku tangannya dengan tangan Mica. Manakala Mica memejamkan matanya lalu menggunakan imiginasinya menggerakkan barang-barang yang ada di dalam rumah tersebut untuk menyerang orang tersebut.

“Lepaskan kawan-kawan aku!” anak mata Mica bertukar menjadi warna merah dan tangannya menjelma satu cahaya merah bermakna dia sedang mengeluarkan kuasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience