“Makan Mica…” suruh Zara. Perlahan-lahan Mica menyuapkan makanannya di dalam mulut. Mikael berbisik kepada Zara agar bertanyakan tentang identiti Mica dengan lebih mendalam. Zara menjengilkan matanya memberitahu Mikael supaya dia bersabar terlebih dahulu kerana Mica baru sahaja mahu menyesuaikan dirinya dipersekitaran baru ini.
“Mana zombi-zombi semua tu? Dah pupus ke? Kenapa suasana menjadi pulih seperti biasa?” bertubi-tubi pertanyaan Mica membuatkan Mikael berkerut manakala Zara terdiam.
“Apa yang kau merepek? Zombi kebenda? Ni mesti kau banyak main game zombi kan sampai kau cakap meraban je ni?” gelak Mikael. Zara mencubit perut Mikael.
“Adduuhhh duhh…” aduh Mikael. Zara memberikan jelingan maut padanya. “kau tahu tak ni pusat apa, Mica?” tanya Zara lemah-lembut. Mica menggelengkan kepalanya.
“Ni pusat kuaritin.” berkerut Mica cuba memahami apa yang disampaikan oleh Zara. “Pusat kuaritin untuk apa? Kenapa dengan aku kena kuaritin?” tanya Mica lagi. Zara mengeluh.
“Pusat ni nak baiki mental kita yang penuh dengan imiginasi yang agak teruk dan khayalan semata-mata.” keterangan Zara membuatkan Mica semakin keliru.
“Mica, kau ingat tunang kau? Khai?” Mica menggelengkan kepalanya. “Kau tengok dekat hujung sana, ada seseorang sedang memerhatikan kau. Dia sebenarnya dah lama tunggu kau tetapi dia kecewa sebab kau tak ingat dia masa pertama kali kau sedarkan diri. Dia amat merindui kau.” kata Zara lagi.
Mica memegang kepalanya sambil menangis. “Kenapa dengan aku?!” jerit Mica. Lantas Khai mendapatkan Mica dan memeluk sekuat hatinya.
Share this novel
.