“Kamu berlima takkan terlepas daripada kami!” mereka dikerumuni dengan beberapa penjaga berbadan sasa sekali lagi. Khai melindungi Mica dengan tubuhnya. Penjaga berbadan sasa tersebut terus menyerang mereka bertubi-tubi sehingga Khai terlepas Mica daripada lindungannya.
“Sayang!” jerit Khai. Jeritan Khai sama sekali tidak menarik perhatian penjaga-penjaga tersebut. Penjaga tersebut lebih tumpukan kepada Mica seorang. Mica juga buntu apabila mereka memerhatikan Mica.
“Tolong!” jerit Mica sekuat hatinya. Penjaga-penjaga itu mula berdiri disekeliling Mica. Mica berasa takut.
Khai,Zara,Mikael dan Naz buntu mahu menyelamatkan. Mikael mahu menggunakan kuasa ajaibnya tetapi tersekat. Mica cuba memejamkan matanya.
Tidak sampai beberapa saat, Mica membuka semula matanya setelah dia berasa tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Kelihatan penjaga-penjaga tersebut menjadi keras seperti ais batu. Mica terkejut apabila kedua-dua belah tangannya turut ada kesan ais batu. Adakah dia seperti Mikael juga? Ada kuasa ajaib yang tak pernah ada pada makhluk yang bergelar manusia.
Share this novel