14

Zombie Completed 9098

Mica menjadi lemah apabila dia terlalu kuat menggunakan kuasanya. Naz dan Khai memapah Mica dan berjalan pergi ke arah kereta kepunyaan orang bersut kelabu tadi. Zara mengambil alih memandu kereta tersebut manakala Mikael duduk disebelahnya.

Mica hanya termenung melihat luar tingkap, dia merasakan badannya sakit-sakit sewaktu mengeluarkan kuasa secara automatik dan maksimum. Khai menarik sedikit badan Mica menyuruh baring di atas pehanya.

“Kita nak pergi mana sekarang ni?” tanya Zara. Mikael sibuk menyelongkar “dashboard” kereta tersebut mencari bahan-bahan untuk mereka keluar daripada tempat puaka ini.

“Aku jumpa tempat apa ni?” tanya Mikael. Mica terus bangun dan merampas templat tersebut. Mikael menjeling dan mendengus. “Ini bangunan yang masa kita kena buat eksperimen.” ingat Mica. Mereka terdiam kemudian Mica menyambung pembacaannya.

“Bangunan ini dibina atas nama Perlin Serith Jr. Bangunan ini adalah tempat bekerja para saintis membuat bahan eksperimen yang luar biasa kepada haiwan mahupun manusia. Bangunan ini sepatutnya dirobohkan kerana menggunakan salah guna kuasa, menggunakan kuasa sendiri untuk membuat bahan eksperimen menggunakan manusia.

“Maknanya, kita ni tergolong dalam kalangan merekalah. Dah berapa ramai mereka semua ni buat eksperimen dekat orang?” tertanya-tanya Naz.

“Agak-agak dia buat eksperimen dekat semua orang sampai semua manusia pupus dan menjadi makhluk dekat luar tu?” teka Zara. Mereka sekali lagi terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience